GOTEWELL FESTIVAL BAKAL MENGHIDUPKAN SEMANGAT FITNESS DI SENTUL DEPOT!
Gotewell memperkenalkan Gotewell Festival, acara destinasi di Sentul Depot bagi setiap pencinta fitness.
Bayangkan sebuah ruang komuniti untuk melepaskan diri daripada kesibukan kota, dengan tumpuan sepenuhnya terhadap sukan dan kesejahteraan diri. Terbuka kepada semua peringkat umur dan tahap kecergasan, sama ada atlet mahupun ibu bapa yang sekadar ingin mengamalkan gaya hidup lebih aktif. Bermula 27 November hingga 6 Disember 2026 di Sentul Depot, Gotewell membawakan pengalaman yang merangkumi pemulihan, pergerakan, komuniti, dan kesihatan melalui satu program imersif.
Acara yang bakal berlangsung selama 10 hari ini menandakan sebuah batu loncatan baru bagi jenama ini. Label yang bermula dengan produk penjagaan kulit kini mengembangkan sayap sebagai jenama yang bukan sahaja mengutamakan kesihatan luaran, namun juga dalaman. Gotewell merupakan jenama kesihatan daripada Gote, bertujuan untuk meringkaskan aspek kesihatan harian. Produk pertamanya, Recovery + Glow Blend, merupakan supplemen stik berperisa lemon yang mengandungi kreatin dan kolagen – direka khas buat mereka yang menjalani kehidupan serba sibuk.
Kesinambungan semula jadi Gote
Meskipun sesuatu yang baharu, bagi Gote, langkah ke arah kesihatan menyeluruh ini merupakan kesinambungan semula jadi daripada prinsip yang sentiasa didukung, iaitu untuk menghasilkan produk yang ringkas dan dirancang dengan teliti bagi membantu orang ramai menjaga diri mereka dengan lebih baik. “Gote bermula dengan produk penjagaan kulit, namun penjagaan diri tidak terhad kepada kulit semata-mata,” ujar Han Pin, pengasas Gote. “Melalui Gotewell, kami ingin melihat gambaran yang lebih luas perasaan, pemulihan, serta langkah penjagaan diri sambil menjalani kesibukan hidup. Kami menguruskan hal-hal harian, supaya anda boleh melangkah lebih jauh.”
Festival ini mengakumulasi pelbagai aspek kesihatan moden melalui tujuh zon khusus:
Zone 1: The Vault
Zone 2: The Power Zone
Zone 3: The Cardio Zone
Zone 4: The Reset Zone
Zone 5: The Commons
Zone 6: The Fuel Bar
Zone 7: The Market
Pendaftaran kelas boleh dilakukan di laman web rasmi Gote.
Artikel berkaitan: 7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!
Tahun 2026, kita turut meyambut Hari Bapa dan meraikan bapa-bapa di dunia, termasuklah selebriti tempatan yang bergelar seorang ayah.











