Skip to content

MELON MUSIC AWARDS 2026: MALAM GEMILANG BUAT BINTANG K-POP

MELON MUSIC AWARDS 2026: MALAM GEMILANG BUAT BINTANG K-POP

Kongsikan artikel ini

Melon Music Awards kembali untuk tahun 2026, dengan barisan artis Korea yang diraikan sepanjang tahun ini. 

Berlangsung selama dua hari pada 14 dan 15 November 2026 di Gocheok Sky Dome, Seoul, Korea Selatan, edisi ke-18 MMA mencipta sejarah tersendiri apabila pertama kali dianjurkan dalam format dua malam. Majlis anugerah tersebut menghimpunkan lebih 36,000 penonton sepanjang berlangsungnya acara.

BTS sekali lagi membuktikan pengaruh mereka dalam industri muzik Korea apabila membawa pulang enam trofi di Melon Music Awards (MMA) 2026. Mereka sekali gus muncul sebagai kumpulan paling banyak memenangi anugerah pada edisi kali ini. Lebih manis, kumpulan itu turut meraih dua anugerah utama (Daesang. Mereka meraih gelaran dan anugerah Artist of the Year dan Album of the Year menerusi album terbaharu mereka, ARIRANG.

Selain BTS, IVE turut mencuri perhatian apabila memenangi lima trofi termasuk Song of the Year menerusi lagu popular mereka, “BANG BANG”. Lagu yang merupakan sebahagian daripada album studio kedua, REVIVE+, itu turut membawa pulang anugerah Top 10, Global Top 10, Best Group (Female) dan Music Video of the Year.

Sementara itu, kumpulan sensasi baharu, CORTIS, membawa pulang tiga anugerah termasuk Record of the Year menerusi lagu “REDRED”. Mereka turut memenangi Top 10 dan Global Top 10. Kejayaan ini menjadi detik istimewa buat CORTIS apabila mereka menyifatkan kemenangan anugerah utama tersebut sebagai impian yang sekian lama ingin direalisasikan. aespa pula mencipta sejarah apabila menjadi penerima sulung kategori baharu Global-K Artist of the Year. Kumpulan itu turut memenangi Global Top 10, menjadikan jumlah keseluruhan kemenangan mereka sebanyak dua trofi.

Pengiktirafan tersebut hadir susulan kejayaan lagu “LEMONADE”, iaitu lagu utama daripada album studio kedua mereka yang dilancarkan pada Mei lalu. Lagu berkenaan mendominasi carta harian, mingguan dan bulanan Global-K Chart.

GLOBAL TOP 10 PERKENAL KATEGORI BAHARU

Antara perubahan menarik MMA 2026 ialah pengenalan kategori Global Top 10 yang menggantikan kategori Millions Top 10 sebelum ini. Kategori baharu tersebut dinilai berdasarkan Global-K Chart. Ia merupakan hasil kerjasama Melon bersama Tencent Music dari China dan LINE MUSIC dari Jepun. Berbeza daripada kategori sebelumnya yang mengiktiraf album dengan lebih satu juta penstriman dalam tempoh 24 jam selepas pelancaran, Global Top 10 mengambil kira prestasi muzik di pasaran Korea, China dan Jepun.

Sebanyak 10 artis menerima pengiktirafan Global Top 10 tahun ini, iaitu aespa, CORTIS, G-DRAGON, Hearts2Hearts, IVE, NCT WISH, RESCENE, RIIZE, BTS dan ILLIT. Bagi kategori Top 10 pula, pemenangnya terdiri daripada AKMU, CORTIS, Hearts2Hearts, IVE, KiiiKiii, NCT WISH, PLAVE, BTS, I.O.I dan ILLIT.

ALPHA DRIVE ONE DAN LNGSHOT KONGSI ROOKIE OF THE YEAR

Kategori Rookie of the Year turut menyaksikan dua kumpulan berkongsi kemenangan, iaitu ALPHA DRIVE ONE dan LNGSHOT. Sepanjang dua malam penganjuran, sebanyak 26 artis dan kumpulan membuat persembahan, dengan 14 persembahan berlangsung pada malam pertama manakala 12 lagi dipersembahkan pada malam kedua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LNGSHOT (@lngshot4sho)

Antara persembahan yang mencuri perhatian termasuklah YENA yang membawakan “SMILEY” dalam konsep muzikal teater. RIIZE pula menampilkan kru tarian Minami dari Jepun menerusi “Do Your Dance” serta kemunculan semula I.O.I bagi meraikan ulang tahun ke-10 debut mereka. aespa turut menghangatkan pentas dengan persembahan “WDA”, “Switchblade” dan “LEMONADE”, manakala ATEEZ diberi penghormatan menutup malam pertama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IVE 아이브 (@ivestarship)

Malam kedua pula menyaksikan anggota CORTIS turun berinteraksi bersama penonton, sementara IVE mempersembahkan rangkaian lagu “DEAR. CUPID”, “BANG BANG” dan “Looks Can Kill”. NCT 127 pula menutup tirai malam kedua bersempena sambutan ulang tahun ke-10 debut mereka. Majlis anugerah berprestij itu turut dimeriahkan dengan kehadiran 37 penyampai anugerah termasuk Lee Young Ae, Jang Keun Suk dan Lee Do Hyun pada malam pertama, diikuti Lee Se Young, Byun Yo Han dan Tiffany Young pada malam kedua.

Pemenang Daesang (Hadiah Utama) 

  • Artist of the Year: BTS

  • Album of the Year: BTS — “ARIRANG”

  • Song of the Year: IVE — “BANG BANG”

  • Record of the Year: CORTIS

  • Global K-Artist of the Year: aespa 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CORTIS (@cortis)

Pemenang Kategori Besar 

  • Best Group (Male): BTS

  • Best Group (Female): IVE

  • New Artist of the Year: LNGSHOT, ALPHA DRIVE ONE

  • Stage of the Year: BTS (ARIRANG World Tour)

  • Best Music Video: IVE — “BANG BANG”

  • Top 10 Artists: AKMU, CORTIS, BTS, Hearts2Hearts, I.O.I, ILLIT, IVE, KiiiKiii, NCT WISH, PLAVE

Pautan berkaitan: SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

OUR NEW JAMES BOND! ROBERT PATTINSON DIUMUMKAN SEBAGAI PELAKON 007 BAHARU

OUR NEW JAMES BOND! ROBERT PATTINSON DIUMUMKAN SEBAGAI PELAKON 007 BAHARU

Bacaan Lanjut

YANG CHAO-YUE & DONG SI-CHENG BINTANGI DRAMA ROMANTIK BAHARU, SUNSHINE THROUGH THE RAIN

Bacaan Lanjut
GOTEWELL FESTIVAL BAKAL MENGHIDUPKAN SEMANGAT FITNESS DI SENTUL DEPOT

GOTEWELL FESTIVAL BAKAL MENGHIDUPKAN SEMANGAT FITNESS DI SENTUL DEPOT!

Bacaan Lanjut
RESEPI RAHSIA HAEL HUSAINI: DISEBALIK KEJAYAAN DUA DASAWARSA DALAM INDUSTRI MUZIK

DUA DEKAD HAEL HUSAINI: ANTARA AMBISI, EVOLUSI DAN LEGASI

Bacaan Lanjut
JAC T9 PHEV: PIKAP HIBRID PLUG-IN PETROL PERTAMA DIPASANG SECARA TEMPATAN

JAC T9 PHEV: PIKAP HIBRID PLUG-IN PETROL PERTAMA DIPASANG SECARA TEMPATAN

Bacaan Lanjut
LONGINES MEMPERLUAS KOLEKSI SPIRIT DENGAN EMPAT MODEL BARU

LONGINES MEMPERLUAS KOLEKSI SPIRIT DENGAN EMPAT MODEL BARU

Bacaan Lanjut