Skip to content

OUR NEW JAMES BOND! ROBERT PATTINSON DIUMUMKAN SEBAGAI PELAKON 007 BAHARU

OUR NEW JAMES BOND! ROBERT PATTINSON DIUMUMKAN SEBAGAI PELAKON 007 BAHARU

Kongsikan artikel ini

Robert Pattinson secara rasmi diumumkan sebagai pemegang watak utama buat filem 007, James Bond yang baharu.

Spekulasi mengenai pelakon yang bakal menyarung sut ikonik ejen perisikan Britain, James Bond, akhirnya terjawab. Bintang The Batman dan The Odyssey itu dipilih oleh Amazon MGM Studios bersama pengarah Denis Villeneuve untuk menerajui filem terbaharu francais James Bond. Ini sekali gus menamatkan teka-teki mengenai siapakah pelakon yang bakal mengambil alih legasi watak ejen rahsia paling terkenal dalam dunia perfileman itu.

Menerusi kenyataan rasmi, Pattinson menyifatkan peluang membawa watak James Bond sebagai satu penghormatan terbesar dalam perjalanan karier lakonannya.

“James Bond ialah antara watak paling legenda dalam sejarah perfileman dan diberi kepercayaan untuk membawa watak 007 merupakan penghormatan sepanjang hayat. Saya amat berterima kasih kepada Denis, Amy, David, Tanya serta seluruh pasukan Amazon MGM Studios atas kepercayaan mereka. Mengatakan bahawa watak ini merupakan impian yang menjadi kenyataan masih belum cukup untuk menggambarkan perasaan saya,” katanya.

robert pattinson james bond

Pengarah Denis Villeneuve turut meluahkan keterujaan menyambut kehadiran Pattinson sebagai ejen 007 baharu. Menurutnya, pelakon itu memiliki jiwa klasik James Bond. Namun, pada masa sama mampu membawa pendekatan dan identiti tersendiri kepada karakter berkenaan.

“Saya amat gembira mengalu-alukan Robert Pattinson sebagai James Bond baharu kita. Dia memiliki jiwa klasik 007 dan pada masa sama membawa semangat yang benar-benar baharu. Saya tidak sabar untuk memulakan perjalanan ini,” ujar Villeneuve.

Filem terbaharu ini bakal diterbitkan oleh Amy Pascal, individu di sebalik kejayaan francais Spider-Man. Bersama David Heyman yang cukup dikenali menerusi siri Harry Potter. Tanya Lapointe pula bertindak sebagai penerbit eksekutif, manakala Steven Knight dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan skrip.

MENGGANTIKAN DANIEL CRAIG SEBAGAI 007

Pattinson mengambil alih watak James Bond selepas Daniel Craig menamatkan perjalanan lima filemnya sebagai ejen rahsia berkenaan. Craig mula membawa karakter ikonik itu menerusi Casino Royale pada 2006 sebelum membuat kemunculan terakhir dalam No Time to Die pada 2021. Pemilihan Pattinson hadir selepas beberapa nama pelakon lain turut dikaitkan dengan watak berkenaan sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini. Antara nama yang menjadi perhatian termasuk Jacob Elordi, Jack Lowden, Callum Turner, Nicholas Hoult, Josh O’Connor, Tom Francis, Aaron Taylor-Johnson, Harris Dickinson dan Harry Styles.

robert pattinson james bond

Namun, Pattinson akhirnya berjaya menewaskan persaingan tersebut untuk menjadi wajah baharu francais James Bond. Menurut penerbit Amy Pascal dan David Heyman, keupayaan Pattinson untuk mencabar dirinya sebagai pelakon antara yang menarik perhatian mereka. Personalitinya yang bersahaja serta kebolehan menghidupkan pelbagai karakter juga menjadikannya pilihan sesuai untuk era baharu James Bond.

DARIPADA BATMAN KE JAMES BOND

Pemilihan Pattinson juga bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan namanya semakin kukuh sebagai antara bintang utama Hollywood. Pelakon berusia 40 tahun itu sebelum ini mencipta fenomena menerusi watak Bruce Wayne dalam The Batman (2022) arahan Matt Reeves dan bakal kembali menerusi sekuelnya yang dijadualkan pada 2028. Selain itu, Pattinson turut membintangi beberapa produksi berprofil tinggi termasuk The Drama bersama Zendaya, Primetime dan The Odyssey. Dia juga bakal muncul dalam Dune: Part Three arahan Villeneuve yang dijadualkan menemui penonton pada Disember 2026.

Menariknya, kerjasama Pattinson dan Villeneuve dalam Dune: Part Three dipercayai menjadi antara pengalaman yang mempertemukan kedua-duanya sebelum berganding tenaga untuk francais James Bond. Kini, dengan satu lagi karakter ikonik bakal berada dalam genggamannya, persoalannya adalah bagaimana Pattinson akan mentafsirkan identiti James Bond untuk generasi baharu penonton.

Pautan berkaitan: YANG CHAO-YUE & DONG SI-CHENG BINTANGI DRAMA ROMANTIK BAHARU, SUNSHINE THROUGH THE RAIN

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

YANG CHAO-YUE & DONG SI-CHENG BINTANGI DRAMA ROMANTIK BAHARU, SUNSHINE THROUGH THE RAIN

Bacaan Lanjut
GOTEWELL FESTIVAL BAKAL MENGHIDUPKAN SEMANGAT FITNESS DI SENTUL DEPOT

GOTEWELL FESTIVAL BAKAL MENGHIDUPKAN SEMANGAT FITNESS DI SENTUL DEPOT!

Bacaan Lanjut
MELON MUSIC AWARDS 2026: MALAM GEMILANG BUAT BINTANG K-POP

MELON MUSIC AWARDS 2026: MALAM GEMILANG BUAT BINTANG K-POP

Bacaan Lanjut
RESEPI RAHSIA HAEL HUSAINI: DISEBALIK KEJAYAAN DUA DASAWARSA DALAM INDUSTRI MUZIK

DUA DEKAD HAEL HUSAINI: ANTARA AMBISI, EVOLUSI DAN LEGASI

Bacaan Lanjut
JAC T9 PHEV: PIKAP HIBRID PLUG-IN PETROL PERTAMA DIPASANG SECARA TEMPATAN

JAC T9 PHEV: PIKAP HIBRID PLUG-IN PETROL PERTAMA DIPASANG SECARA TEMPATAN

Bacaan Lanjut
LONGINES MEMPERLUAS KOLEKSI SPIRIT DENGAN EMPAT MODEL BARU

LONGINES MEMPERLUAS KOLEKSI SPIRIT DENGAN EMPAT MODEL BARU

Bacaan Lanjut