YANG CHAO-YUE & DONG SI-CHENG BINTANGI DRAMA ROMANTIK BAHARU, SUNSHINE THROUGH THE RAIN
Peminat drama China, ini mungkin siri seterusnya untuk masuk dalam senarai tontonan anda! Netflix membawakan drama terbaharu berjudul Sunshine Through The Rain yang menampilkan Yang Chao-yue dan Dong Si-cheng sebagai watak utama. Mula ditayangkan pada 6 November 2026, drama ini mengangkat kisah percintaan, persaingan dan perjalanan mengenali diri dalam menghadapi cabaran kehidupan.

DARIPADA PESAING KEPADA TEMAN SEPERJUANGAN
Drama ini mengikuti kehidupan Zheng Yu lakonan Yang Chao-yue, seorang pelajar biologi yang terpaksa melakukan beberapa pekerjaan sambilan demi menampung kos rawatan ibunya serta hutang keluarga. Dalam masa sama, dia turut berusaha mendapatkan biasiswa untuk menjamin masa depannya.
Kehidupannya mula berubah apabila bertemu Chen Yan-zhou, lakonan Dong Si-cheng, seorang pelajar berbakat yang kembali menyambung pengajian selepas mengambil cuti. Pertemuan mereka pada awalnya dipenuhi persaingan, khususnya apabila kedua-duanya perlu bekerjasama dalam sebuah projek penyelidikan.
Namun, hubungan yang bermula dengan perselisihan perlahan-lahan berkembang menjadi sebuah ikatan yang lebih bermakna. Di sebalik personaliti masing-masing, mereka sebenarnya menyimpan kisah silam dan cabaran tersendiri. Sedikit demi sedikit, mereka mula memahami keadaan antara satu sama lain.
MENCARI SINAR DI SEBALIK CABARAN KEHIDUPAN
Lebih daripada sekadar kisah percintaan, Sunshine Through The Rain turut mengetengahkan realiti kehidupan anak muda yang berdepan tekanan keluarga, impian peribadi dan cabaran untuk mengenali diri sendiri. Melalui perjalanan Zheng Yu dan Chen Yan-zhou, penonton dapat melihat bagaimana sokongan serta kepercayaan mampu membantu seseorang menghadapi masa lalu.
Diarahkan oleh Cattree, drama ini turut menghimpunkan semula pasukan produksi di sebalik siri When I Fly Towards You. Penceritaan yang dekat dengan realiti kehidupan menjadikan kisah ini lebih mudah untuk dihayati.
Dengan visual yang lembut serta suasana kampus yang menenangkan, Sunshine Through The Rain membawa simbolik bahawa harapan tetap boleh hadir walaupun seseorang masih berdepan kesukaran. Buat peminat drama romantik yang menggemari kisah penuh emosi dan perkembangan watak, siri ini kini boleh ditonton menerusi Netflix.
Pautan berkaitan: DORM 403: KENALI PELAKON-PELAKON MUDA DRAMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH KONFLIK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM FIGHTER PATUT TONTON DI NETFLIX
Temukan 5 filem fighter di Netflix 2026 penuh aksi, adrenaline dan watak kental yang patut ditonton oleh peminat filem.
MUST WATCH! DI NETFLIX DAN HBO MAX PADA BULAN SEPTEMBER 2026
Bulan September 2026 semestinya tidak akan bosan dengan kehadiran filem dan siri di Netflix dan HBO Max yang akan datang.
TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026
Sebelum memasuki bulan Mei 2026, buat persedian dengan memasukkan senarai filem dan siri ini di Netflix, supaya anda tidak ketinggalan!
TOP 10 DRAMA DI NETFLIX PATUT TONTON SEKARANG!
Drama di Netflix akan sentiasa bertambah dengan pelbagai pilihan, dan boleh dipilih mengikut genre kesukaan kita untuk dijadikan tontonan.
SELAIN SINGLE’S INFERNO, TONTON 5 DATING SHOW KOREA INI
Selain daripada dating show terhangat di Korea Selatan, Single's Inferno, banyak lagi rancangan dengan genre yang sama boleh ditonton.
THE ASIAN HOT CHEF LIST: 5 WAJAH KULINARI PALING MENARIK 2025
The Asian Hot Chef List 2025: 5 chef dengan gaya, teknik, dan personaliti yang mencuri perhatian dan paling memikat di Asia.











