Skip to content

MUST WATCH! DI NETFLIX DAN HBO MAX PADA BULAN SEPTEMBER 2026

MUST WATCH! DI NETFLIX DAN HBO MAX PADA BULAN SEPTEMBER 2026

Kongsikan artikel ini

Bulan September 2026 semestinya tidak akan bosan dengan kehadiran filem dan siri di Netflix dan HBO Max yang akan datang.

September hadir dengan barisan tontonan yang cukup menarik buat kaki filem dan siri. Daripada dunia supernatural yang penuh misteri, drama psikologi dan kisah perundangan, hinggalah kepada filem aksi tempatan serta karya blockbuster Hollywood, bulan ini menjanjikan sesuatu untuk setiap selera. Berikut antara judul yang wajib masuk dalam senarai tontonan anda sepanjang September 2026.

#1 STRANGER THINGS: TALES FROM ’85: SEASON 2

Netflix | 17 September

Stranger Things: Tales From ’85: Season 2 kembali dengan musim kedua yang meneruskan kisah sekumpulan anak muda berdepan kejadian aneh di Hawkins. Kali ini, ketika sambutan Hari Valentine semakin hampir, mereka perlu membongkar misteri di sebalik kemunculan roh dan sekumpulan makhluk pelik yang mencetuskan kekacauan di bandar. Jika anda peminat dunia Stranger Things, siri ini sememangnya antara tontonan yang tidak boleh dilepaskan bulan ini.

NETFLIX HBO SEPTEMBER 2026

#2 DELUSION

Netflix | 24 September

Delusion tampil dengan kisah misteri yang menggabungkan drama keluarga, pembunuhan dan unsur supernatural. Kehidupan seorang wanita mula tidak terkawal apabila bapanya yang menghidap demensia menjadi suspek utama dalam satu kes pembunuhan. Keadaan bertambah rumit apabila penduduk kampung percaya bahawa lelaki tersebut sebenarnya dirasuk oleh roh jahat.

NETFLIX HBO SEPTEMBER 2026

Delusion. (L to R) Natapohn Phornprapha (ณฐพร พรประภา) as Wan (วรรณ), Surasak Chaiyaat (สุรศักดิ์ ชัยอรรถ) as Narong (ณรงค์) in Delusion. Cr. Courtesy of Netflix © 2025

#3 THE JUDGE

Netflix | 17 September

The Judge mengangkat kisah seorang peguam yang pulang ke kampung halaman selepas kematian ibunya. Namun, kepulangannya bertukar menjadi satu perjuangan apabila dia memilih untuk membela bapanya sendiri, seorang hakim yang disegani, selepas lelaki itu didakwa atas kesalahan membunuh. Konflik antara hubungan keluarga, prinsip dan sistem perundangan menjadi taruhan utama dalam drama ini.

#4 TARUNG: UNFORGIVEN

Netflix | 9 September

Buat penggemar filem aksi, Tarung: Unforgiven antara judul yang boleh dimasukkan ke dalam radar bulan ini. Filem ini bakal tersedia di Netflix pada 9 September, menambah pilihan tontonan berunsur aksi dalam barisan kandungan tempatan dan serantau bulan September. Pertembungan antara dua sahabat lama, dengan pengkhianatan, dendam dan peluang untuk menebus kesilapan masa lalu sebagai pertaruhan. Dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Zul Ariffin dan Amir Ahnaf, filem arahan Razaisyam Rashid ini sesuai buat peminat aksi yang mahukan lebih daripada sekadar adegan pertarungan.

NETFLIX HBO SEPTEMBER 2026

#5 LIBANG LIBU

Netflix | 11 September

Seterusnya, Libang Libu bakal ditayangkan di Netflix pada 11 September. Filem ini turut menjadi antara judul baharu yang melengkapkan barisan kandungan Netflix untuk September 2026. Menampilkan Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Nabila Huda dan Ozzlyn Wati, Libang Libu menggabungkan komedi, konflik keluarga dan sindiran sosial dalam kisah yang dekat dengan realiti masyarakat.

NETFLIX HBO SEPTEMBER 2026

#6 THE FURIOUS: PERTARUHAN MARUAH

Netflix | 28 September

Menutup senarai Netflix bulan ini ialah The Furious: Pertaruhan Maruah, yang bakal menemui penonton pada 28 September. Dengan tajuk yang menjanjikan konflik dan aksi, filem ini sesuai buat mereka yang mahu menamatkan September dengan tontonan yang lebih intense. Selepas kematian bapa mereka, legenda peninju Hameed, kedua-dua adik-beradik ini memilih haluan hidup yang berbeza. Dibintangi Zul Ariffin sebagai Firdaus, Sky Iskandar sebagai Hakim dan Ikmal Amry sebagai Danial, filem arahan Heng Aik Siong ini menjadikan maruah, keluarga dan legasi sebagai taruhan utama.

NETFLIX HBO SEPTEMBER 2026

#7 AZTEC BATMAN: CLASH OF EMPIRES

HBO Max | 4 September

Apa jadinya jika Batman dibawa ke dunia tamadun Aztec? Aztec Batman: Clash of Empires menjadi antara filem utama HBO Max untuk September, dengan tayangan perdana pada 4 September. Filem ini turut akan ditayangkan di HBO pada 19 September, jam 9 malam MYT, menjadikannya salah satu judul yang menarik perhatian buat peminat superhero dengan sentuhan yang berbeza.

#8 MICHAEL

HBO Max | 25 September

Salah satu judul paling dinanti bulan ini ialah Michael, filem biopik mengenai legenda muzik dunia, Michael Jackson. Dibintangi Jaafar Jackson, filem ini membawa penonton menyelami kisah kehidupan dan legasi Raja Pop menerusi perspektif dramatik. Michael bakal mula distrim di HBO Max pada 25 September.

#9 MY BIAS, MY BOSS

HBO Max | Finale 8 September

Buat penggemar drama Korea, My Bias, My Boss bakal sampai ke penghujungnya pada 8 September. Bagaimana jika anda mendapat pekerjaan impian hanya kerana mahu berada dekat dengan selebriti yang selama ini menjadi bias anda — tetapi akhirnya jatuh hati kepada bos sendiri? Itulah dilema Nam Da-reum. Jika anda sudah mengikuti perjalanan siri ini sejak episod pertama, jangan lepaskan episod finale untuk mengetahui bagaimana kisahnya berakhir.

Daripada kisah supernatural dan drama keluarga hinggalah filem aksi serta biopik muzik, September 2026 hadir dengan pilihan tontonan yang cukup pelbagai. Sama ada anda lebih gemarkan Netflix atau HBO Max, pastikan judul-judul ini sudah berada dalam watchlist anda sebelum bulan bermula.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026

TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026

Bacaan Lanjut
TOP 10 DRAMA DI NETFLIX PATUT TONTON SEKARANG!

TOP 10 DRAMA DI NETFLIX PATUT TONTON SEKARANG!

Bacaan Lanjut
SELAIN SINGLE'S INFERNO, TONTON 5 DATING SHOW KOREA INI

SELAIN SINGLE’S INFERNO, TONTON 5 DATING SHOW KOREA INI

Bacaan Lanjut

THE ASIAN HOT CHEF LIST: 5 WAJAH KULINARI PALING MENARIK 2025

Bacaan Lanjut
KENALI LEE CHAE-MIN, RAJA KACAK DALAM DRAMA BON APPÉTIT, YOUR MAJESTY

KENALI LEE CHAE-MIN, RAJA KACAK DALAM DRAMA BON APPÉTIT, YOUR MAJESTY

Bacaan Lanjut

PELAKON LELAKI PALING MENARIK DALAM NETFLIX WEDNESDAY MUSIM 2

Bacaan Lanjut