Skip to content

RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?

Kongsikan artikel ini

Untuk 2026, dunia Rick Owens  tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan. 

Gelap, oversized, ekstrem dan sedikit pelik. Kalau ini rupa fesyen masa hadapan, Rick Owens mungkin sudah membuka langkah terdahulu. Rick Owens tidak pernah bermain dalam dunia fesyen yang biasa. Siluetnya besar, kasutnya chunky, materialnya eksperimental dan keseluruhan look sentiasa ada aura dark, futuristic and slightly dystopian.

Futuristik, Tetapi Bukan Seperti Filem Sci-fi

Bila fikir tentang fesyen masa depan, kita mungkin bayangkan silver, metallic dan pakaian yang nampak seperti datang dari angkasa. Rick Owens? Tidak. Futurismenya lebih gelap dan raw.

Dalam Fall/Winter 2026 “Tower”, Owens bermain dengan idea kekuatan dan perlindungan. Siluet yang oversized dan berstruktur membuatkan model kelihatan seperti memakai armor moden. Lebih menarik, dia menggunakan Kevlar, material yang terkenal dengan ketahanan dan fungsi perlindungan, tetapi mengubahnya menjadi sesuatu yang high fashion. Basically, protection wear just got a fashion upgrade.

Dark, Sexy & Sedikit Chaotic

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fashion Week (@fashionweek)

Sebelum “Tower”, koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” pula membawa mood yang lebih sensual dan ritualistik. Runway dipenuhi air dan kabus, sementara pakaian menampilkan leather, fringe, strap dan potongan yang kelihatan sengaja tidak siap. Hasilnya? Dark. Sexy. Messy. Cool. Ia bukan fesyen yang cuba kelihatan sempurna. Sebaliknya, ia meraikan sisi yang lebih raw dan rebellious.

Maskuliniti? Owens Buat Ikut Cara Sendiri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RICK OWENS ONLINE (@rickowensonline)

Rick Owens juga tidak terlalu peduli tentang definisi maskuliniti yang konvensional. Kenapa lelaki perlu sentiasa kelihatan kemas, slim dan structured? Dalam dunia Owens, lelaki boleh memakai siluet oversized, bahu exaggerated, boots besar dan pakaian yang hampir sculptural dan masih kelihatan berkuasa. Maskuliniti tidak semestinya tentang menjadi lebih keras. Kadang-kadang, ia tentang berani kelihatan berbeza.

Jadi, Ini Fesyen Masa Hadapan?

Mungkin. Apa yang membuatkan Rick Owens relevan bukan kerana dia cuba meneka apa yang akan berlaku pada masa depan. Dia cuma tidak takut untuk melakukan sesuatu yang orang lain belum biasa lihat. Pada 2026, ketika fesyen semakin terbuka kepada eksperimentasi, oversized silhouettes dan bentuk maskuliniti yang lebih bebas, Rick Owens terasa seperti seseorang yang sudah lama hidup dalam timeline tersebut. Fesyen masa depan mungkin bukan tentang kelihatan futuristic. Mungkin ia tentang tidak takut untuk kelihatan pelik. Dan kalau begitu, Rick Owens sudah jauh di hadapan.

Pautan berkaitan: BOLD DYSTOPIAN BY NAZREEM MUSA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut

7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK

Bacaan Lanjut
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut