TROVE MEMPERSEMBAHKAN D’ANNAM BUBBLE TEA & CHASING SCENTS MATCHA BREAK
Dua haruman gourmand yang diinspirasikan daripada minuman kegemaran generasi masa kini, bubble tea dan matcha kini di Trove.
Trend minuman popular kini diterjemahkan ke dalam dunia wangian menerusi dua haruman baharu daripada rumah wangian Asia, d’Annam dan Chasing Scents. Dibawakan oleh peruncit kecantikan niche mewah tempatan, TROVE. Bubble Tea by d’Annam dan Matcha Break by Chasing Scents mengangkat pengalaman menikmati dua minuman ikonik. Bubble tea dan matcha, kedua-duanya dalam bentuk olfaktori yang unik.
Kedua-dua haruman ini menampilkan komposisi gourmand yang diinspirasikan secara langsung daripada karakter minuman tersebut. Walaupun hadir dengan elemen manis dan creamy, kedua-duanya dirumus dengan pendekatan yang lebih ringan. Ia menjadikannya pilihan menarik untuk cuaca lebih hangat tanpa memberikan sensasi wangian gourmand yang terlalu berat.
Bubble Tea by d’Annam

Dikenali dengan haruman yang menghidupkan semula pengalaman makanan, tempat dan memori menerusi interpretasi yang realistik. d’Annam menambah satu lagi karya menarik ke dalam koleksinya menerusi Bubble Tea.
Terinspirasi daripada minuman yang sinonim dengan budaya Taiwan, wangian ini meraikan karakter bubble tea melalui gabungan Black Tea, Whole Milk, Brown Sugar dan Tapioca Pearls. Hasilnya ialah aroma yang manis, berkrim dan menyenangkan, seolah-olah membawa pengalaman menikmati secawan bubble tea ke dalam bentuk wangian.
Nota wangian: Black Tea, Whole Milk, Brown Sugar, Tapioca Pearls.
Kepekatan: Eau de Parfum
Projection: Medium
Ketahanan: 5–6 jam
Harga: RM690
Matcha Break by Chasing Scents

Sementara itu, Matcha Break daripada jenama wangian berpangkalan di Australia, Chasing Scents, hadir sebagai penghormatan kepada ritual sederhana menikmati secawan matcha.
Mengambil masa selama tiga tahun untuk dibangunkan, haruman ini dirumus untuk menangkap karakter matcha dengan lebih tepat. Ia selari dengan peningkatan populariti wangian berasaskan teh. Menariknya, Matcha Break turut mengandungi ekstrak matcha semula jadi yang memberikan warna hijau yang terserlah pada haruman tersebut.
Komposisinya menggabungkan Matcha, Bamboo, Jasmine, White Chocolate, Milk dan Cream. Ia menghasilkan profil aroma yang creamy, lembut dan sedikit manis dengan sentuhan kehijauan yang mencerminkan identiti matcha.
Nota wangian: Matcha, Bamboo, Jasmine, White Chocolate, Milk, Cream.
Kepekatan: Eau de Parfum
Projection: Medium
Ketahanan: 7–8 jam
Harga: RM480
Kini tersedia di TROVE, kedua-dua Bubble Tea by d’Annam dan Matcha Break by Chasing Scents boleh didapati di butik serta secara dalam talian menerusi trovemy.com.
Dengan mengangkat dua minuman yang begitu dekat dengan budaya popular hari ini, kedua-dua wangian ini membuktikan bahawa inspirasi untuk sebuah haruman boleh hadir daripada perkara paling sederhana. Secawan teh, mutiara tapioka atau rehat seketika menikmati matcha.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENAMPILAN SELEBRITI DI NEW YORK FASHION WEEK 2026
Biar apa pun generasi, dari Romeo Beckham hingga Kelly Rutherford, semuanya tampil penuh gaya di New York Fashion Week 2026.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968
KUDRAT 1968 bukan sekadar prekuel, ini adalah turutan tontonan untuk faham keseluruhan High Council Universe.
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI
Filem Chelot yang kini nombor satu di Malaysia hadir dengan barisan pelakon tempatan yang amat dikenali dengan bakat lakonan mereka.











