MIA GHAZALI LENGKAPKAN KOLEKSI EMAS KELUARGA GHAZALI DI SUKMA 2026
Kejayaan Mia Ghazali diraikan di SUKMA 2026 sekaligus melengkapkan koleksi pingat emas buat keluarga Ghazali.
Nama Emylia Mia Ghazali terus mencuri perhatian. Mia Ghazali berjaya menghadiahkan pingat emas buat Sarawak dalam acara muay thai wanita kategori 42-45 kilogram (kg) pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Beraksi dalam pertarungan yang cukup sengit, Mia menundukkan wakil Johor, Damia Husna Azian. Mia mengalahkan Damia dengan keputusan tipis 34-33. Perbezaan hanya satu mata itu menggambarkan betapa kompetitifnya aksi kedua-dua petarung itu. Mereka saling berbalas serangan dari awal hingga ke penghujung perlawanan.
Namun, ketenangan Mia ketika berdepan tekanan pada saat-saat akhir menjadi antara faktor penting yang membolehkannya mengekalkan kelebihan sehingga kemenangan rasmi berpihak kepadanya. Lebih daripada sekadar kejayaan peribadi, kemenangan tersebut turut menambah satu lagi bab dalam legasi keluarga Ghazali dalam arena muay thai di pentas SUKMA.
Sebelum Mia mencipta sejarahnya, Elias Ghazali dan Johan ‘Jojo’ Ghazali terlebih dahulu membawa pulang pingat emas pada edisi SUKMA 2022. Dua tahun kemudian, Miki Ghazali meneruskan rentak tersebut dengan menambah satu lagi emas untuk keluarga berkenaan pada SUKMA 2024. Ini menjadikan Mia sebagai pelengkap pingat emas buat keluarga penuh bakat ini.
Kini, Mia melengkapkan pencapaian itu apabila keempat-empat adik-beradik Ghazali masing-masing memiliki pingat emas SUKMA dalam sukan muay thai. Ini merupakan satu pencapaian yang cukup istimewa dan jarang berlaku dalam arena sukan tempatan.
Perjalanan Mia menuju kemenangan kali ini juga tidak dilalui seorang diri. Di sisi gelanggang, Jojo dan Miki memainkan peranan sebagai ‘cornerman’, memberikan sokongan serta panduan sepanjang kesemua pertarungan yang dilaluinya.
Daripada satu generasi ke generasi seterusnya, keluarga Ghazali membuktikan bahawa kecemerlangan dalam sukan bukan sekadar tentang bakat individu, tetapi turut dibentuk oleh disiplin, sokongan dan semangat kekeluargaan. Dengan emas SUKMA kini menjadi milik keempat-empat beradik, nama Ghazali terus mengukuhkan tempatnya dalam sejarah muay thai Malaysia.
Pautan berkaitan: FIGHTER-FIGHTER MALAYSIA ANDA PATUT KENALI SELAIN KABILAN JELEVAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FAKTA MENARIK TENTANG KIMI ANTONELLI, JUARA DUNIA F1 TERMUDA DALAM SEJARAH
Andrea Kimi Antonelli mendapat perhatian besar untuk musim kali ini dengan kejayaannya, lebih-lebih lagi selepas bergelar juara dunia F1.
LILANZ BUKA BUTIK KEENAM DI PAVILION KL, PERKENAL KONSEP FESYEN ‘THE FIFTH SEASON’
LILANZ terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan butik terbaharu di Pavilion Kuala Lumpur.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
FOTOGRAFI INTIM JACOB ELORDI BUAT CARTIER LOVE UNLIMITED
Menghangatkan lagi LOVE Unlimited, wajah Jacob Elordi dirakam dalam pelbagai gaya oleh kakaknya sendiri, Isabella Elordi.
DOLLA UKIR SEJARAH DI PARIS, 12 LAGU DIPERSEMBAHKAN BUAT LEBIH 2,000 PENONTON
DOLLA mencipta sejarah sebagai kumpulan wanita Malaysia pertama yang membuat persembahan di Paris menerusi festival The A Music Festival
CHOPARD MENERUSKAN TRADISI PENGHORMATAN ‘THE DAY OF THE DEAD’ DENGAN DÍA DE LOS MUERTOS EDISI KE-13
Chopard melanjutkan tradisi menghormati budaya The Day of The Dead dari Mexico dengan mempersembahkan Chopard L.U.C. Full Strike 'Día de los Muertos' buat Edisi ke-13.











