Skip to content

CHOPARD MENERUSKAN TRADISI PENGHORMATAN 'THE DAY OF THE DEAD' DENGAN DÍA DE LOS MUERTOS EDISI KE-13

CHOPARD MENERUSKAN TRADISI PENGHORMATAN ‘THE DAY OF THE DEAD’ DENGAN DÍA DE LOS MUERTOS EDISI KE-13

Kongsikan artikel ini

Dengan berlangsungnya bulan Oktober, Chopard melanjutkan tradisi menghormati budaya The Day of The Dead dari Mexico dengan mempersembahkan Chopard L.U.C. Full Strike ‘Día de los Muertos’ buat Edisi ke-13.

Buat tahun yang ke-13, Chopard meneruskan tradisi maison untuk menghormati The Day of The Dead, iaitu sambutan budaya Mexico bagi mengenang insan tersayang yang telah meninggal dunia. Pada hari sambutan, permainan diletakkan di pusara kanak-kanak, manakala makanan dan minuman disediakan bagi yang dewasa – perayaan yang menyatukan kematian dan kehidupan.

 

Dial terperinci Dia de Los Muertos

Dial permukaan Chopard Dia de Los Muertos edisi ke-13.

Kemuncak jam tangan ini terletak pada dialnya, iaitu memaparkan salah satu simbol paling ikonik dalam tradisi ‘Día de los Muertos’ yang bernama Calavera. Tengkorak ini melambangkan semangat keraian yang diamalkan dalam budaya Mexico. Sebuah emblem menghormati kitaran kehidupan dan sebagai peringatan tentang sifat kehidupan yang sementara.

Menambahkan lagi keunikan arloji ini, teknik marquetry kulit telur digunakan buat pertama kali dalam sejarah Chopard. Ia juga digabungkan dengan seni tatahan jerami rai berwarna biru gelap, mengambil masa 160 jam, 70 potongan jerami, susunan serpihan kulit telur untuk mengukir motif Calavera.

Perincian misai emas yang diukir tangan serta motif dekoratif pada bezel, sisi kerangka dan crown juga melengkapkan lagi estetika artistiknya.

 

Seni hiasan dilengkapi komplikasi luar biasa

Dikuasakan kaliber L.U.C 08.01-L, jam tangan ini menampilkan teknologi gong nilam monobloc. Komplikasi ini menggabungkan kaca dan gong daripada sekeping kristal nilam, menghasilkan bunyi yang jernih. Dilengkapi lima inovasi berpaten, mekanisme ‘minute repeater’ ini turut meraih anugerah Aiguille d’Or pada 2017.

“Chopard menggabungkan komplikasi dentangan yang luar biasa bersama seni hiasan yang jarang ditemui. Edisi unik L.U.C Full Strike ‘Día de los Muertos’ Edisi 13 meraikan kekayaan budaya Mexico serta bakat luar biasa para artisan kami yang terus memelihara kemahiran-kemahiran berharga ini.” terang Karl-Friedrich Scheufele, Presiden Bersama Chopard.

Artikel berkaitan: MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FAKTA MENARIK TENTANG KIMI ANTONELLI, JUARA DUNIA F1 TERMUDA DALAM SEJARAH

5 FAKTA MENARIK TENTANG KIMI ANTONELLI, JUARA DUNIA F1 TERMUDA DALAM SEJARAH

Bacaan Lanjut
LILANZ BUKA BUTIK KEENAM DI PAVILION KL, PERKENAL KONSEP FESYEN ‘THE FIFTH SEASON’

LILANZ BUKA BUTIK KEENAM DI PAVILION KL, PERKENAL KONSEP FESYEN ‘THE FIFTH SEASON’

Bacaan Lanjut

GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN

Bacaan Lanjut
FOTOGRAFI INTIM JACOB ELORDI BUAT CARTIER LOVE UNLIMITED

FOTOGRAFI INTIM JACOB ELORDI BUAT CARTIER LOVE UNLIMITED

Bacaan Lanjut
DOLLA UKIR SEJARAH DI PARIS, 12 LAGU DIPERSEMBAHKAN BUAT LEBIH 2,000 PENONTON

DOLLA UKIR SEJARAH DI PARIS, 12 LAGU DIPERSEMBAHKAN BUAT LEBIH 2,000 PENONTON

Bacaan Lanjut
bella syed yes

CLOSE-UP BAJU KAHWIN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH UNTUK KENDURI RAKYAT SABAH

Bacaan Lanjut