DOLLA UKIR SEJARAH DI PARIS, 12 LAGU DIPERSEMBAHKAN BUAT LEBIH 2,000 PENONTON
Kumpulan M-pop DOLLA mencipta sejarah sebagai kumpulan wanita Malaysia pertama yang membuat persembahan di Paris menerusi festival The A Music Festival.
DOLLA melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya membawa muzik pop tempatan ke pentas Eropah buat pertama kali. Mereka mengadakan persembahan di The A Music Festival, Paris Event Centre, pada 24 Oktober lalu.
Kemunculan sulung mereka di Paris itu menyaksikan DOLLA menghiburkan lebih 2,000 penonton. Ia juga termasuk peminat yang sanggup datang dari beberapa negara Eropah seperti Perancis, United Kingdom, Jerman dan Itali. Lebih bermakna, pencapaian tersebut turut meletakkan DOLLA sebagai kumpulan wanita Malaysia pertama yang membuat persembahan di Paris. Sepanjang kemunculan mereka, Angel, Sabronzo dan Tabby mempersembahkan sebanyak 12 buah lagu. Mereka turut mempersembahkan single terbaharu, UGLY, selain Impikan, Bad dan Bad Girls Like You bersama Tobii.

Bagi Angel, peluang untuk berkongsi muzik dan bakat mereka di pentas Eropah merupakan pengalaman yang cukup istimewa buat seluruh anggota kumpulan.
“Perasaan ini sukar digambarkan dan peluang untuk akhirnya membuat persembahan di pentas Eropah buat pertama kali sangat bermakna buat kami. Ini merupakan momen yang akan sentiasa kami kenang,” katanya.
Sementara itu, Sabronzo mengakui sambutan hangat yang diterima daripada penonton yang pertama kali mereka temui memberikan pengalaman cukup mengharukan. Apa yang paling mengejutkannya ialah tenaga dan sokongan penonton yang begitu luar biasa. Sehinggakan ia membuatkan Sabronzo tidak mahu persembahan tersebut berakhir. Malah, Angel turut berkongsi detik menyentuh hati apabila penonton menyalakan lampu telefon masing-masing ketika salah sebuah lagu dipersembahkan. Meskipun ada antara mereka yang tidak pernah mendengar lagu tersebut atau memahami bahasanya.

Buat Tabby pula, kejayaan persembahan itu merupakan hasil kerja keras dan persiapan rapi seluruh anggota DOLLA bersama pasukan produksi mereka.
“Saya hampir menangis kerana terlalu bangga dengan kami semua apabila melihat dan mendengar sendiri bagaimana usaha keras kami dihargai oleh penonton di Paris,” ujarnya.
DOLLA SATU-SATUNYA WAKIL MALAYSIA DI THE A MUSIC FESTIVAL
Berlangsung selama dua hari, The A Music Festival menghimpunkan barisan artis dari Asia Tenggara dan Korea Selatan. DOLLA merupakan satu-satunya kumpulan dari Malaysia yang tersenarai dalam barisan persembahan festival berkenaan. Pada hari pertama, 24 Oktober, mereka berkongsi pentas bersama JASP.ER, 4EVE dan Tobii dari Thailand, TRENDZ serta Jacob dari Korea Selatan, selain ALAMAT dari Filipina.
Bukan sekadar membuat persembahan, kunjungan DOLLA ke Paris turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bersama peminat tempatan. Mereka berpeluang bertemu beberapa kumpulan tarian yang berpangkalan di Paris untuk menghasilkan video tarian menggunakan lagu-lagu DOLLA.
Sesi Pertemuan Bersama Peminat Paris
Malah, kumpulan itu turut mengadakan sesi pertemuan bersama peminat di Trocadéro. Pertemuan ini termasuk ahli komuniti iDOLLA France yang selama ini memberikan sokongan kepada mereka menerusi platform media sosial. Lebih menyentuh hati, iDOLLA France menghadiahkan sebuah buku kecil yang dipenuhi dengan mesej daripada para peminat. Angel mengakui pemberian tersebut cukup menyentuh perasaannya. Manakala Sabronzo menyifatkan pertemuan itu sebagai peluang untuk mengenali wajah-wajah di sebalik akaun peminat yang selama ini menyokong perjalanan muzik mereka secara dalam talian.

“Mengetahui bahawa muzik kami sudah sampai sejauh ini dan menyentuh hati ramai orang sehingga mereka sanggup datang menyaksikan persembahan, mempelajari koreografi serta menyertai rakaman tarian dan sesi pertemuan peminat di sekitar Paris benar-benar sesuatu yang luar biasa,” kata Sabronzo.
Dalam masa sama, DOLLA turut berkesempatan mengadakan pertemuan bersama wakil Kedutaan Malaysia di Paris. DOLLA turut sempat membincangkan potensi kerjasama serta peluang pada masa hadapan.
Mereka juga tidak melepaskan peluang merakam video tarian bersama sebuah kumpulan tarian yang berpangkalan di Paris dengan latar belakang Menara Eiffel. Mereka sekali gus mengabadikan kunjungan bersejarah tersebut.
Kejayaan persembahan sulung di Paris ini membuka lembaran baharu buat DOLLA dalam memperluas pengaruh muzik mereka ke peringkat antarabangsa. Dengan sambutan luar biasa yang diterima, tidak hairanlah jika ketiga-tiga anggota kumpulan ini menyimpan harapan untuk kembali membuat persembahan di Eropah pada masa akan datang.
Pautan berkaitan: TONTON 5 FILEM YANG TERCALON KATEGORI FILEM TERBAIK DI FFM35
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 LAGU BAHARU TEMPATAN ANDA PATUT DENGAR SEPANJANG BULAN OKTOBER 2026
Tiba masanya untuk update playlist lagu anda sempena bulan Oktober 2026 dengan keluaran lagu-lagu dari artis tempatan.
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
DOLLA ANTARA LINE UP CONCERT K-SPARK DI MALAYSIA SELAIN G-DRAGON, ITZY, HWASA &DPR IAN
DOLLA bakal berkongsi pentas bersama G-Dragon, ITZY, Hwasa dan DPR Ian di K-SPARK Concert, Stadium Merdeka pada 31 Januari 2026.
GABUNGAN HEBAT NMIXX DAN DOLLA UNTUK K-WAVE SUPER CONCERT KUALA LUMPUR
Ratu muzik genre-bending dari JYP Entertainment, NMIXX bakal menggegarkan pentas Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2025 ini di K-Wave Super Concert.
DOLLA KEMBALI DENGAN “MWA” BAWA GELOMBANG BARU
DOLLA kembali dengan single terbaharu MWA yang tampil lebih berani, matang dan penuh tenaga membuktikan evolusi serta identiti baharu mereka.
LAPAN ‘GIRL CRUSH’ GLAM LELAKI, YANG HANGAT DAN SEKSI.
Ketahui lapan wanita yang menjadi 'girl crush' GLAM Lelaki. Not just sexy, tetapi memiliki personaliti dan karakter yang cukup kuat.











