5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Tidak dinafikan bahawa nama kumpulan muzik lokal ALPHA kini semakin membara. Disebalik wajah-wajah yang memikat mata, penghias muka depan GLAM Lelaki buat bulan September ini juga mengumpul minat dengan daya tarikan sonik mereka. Daripada lagu ikonik Bang Bang (Mona Lisa) hinggalah lagu kolaborasi Haru Biru bersama Malaysia’s sweetheart, Daiyan Trisha.
Selain ALPHA, arena muzik lokal juga melampirkan nama-nama yang tidak sepatutnya diketepikan. GLAM Lelaki menghimpun lima artis lokal, biarpun kumpulan mahupun solo, yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA.
1. DOLLA
Seperti kumpulan ALPHA, lagu-lagu DOLLA juga sentiasa penuh energi. Trek seperti G.O.A.T, QUESTION, dan MWA! berat dipengaruhi runut synth yang dapat membuatkan para pendengar mula bergerak-geri.
2. Dukes
Dukes mula membina nama sejak pertubuhannya pada tahun 2024 dengan single berjudul Girls. Semenjak itu, kumpulan lima ahli ini berterusan menobat hati para peminat dengan dendangan yang cukup hangat. Pada tahun ini, lagu mereka berjudul Surat yang juga terpaut di album debut mereka, Irama Budak Bermimpi, berjaya meraih lebih 100 ribu engagement di platform TikTok.
3. Bunga Isme
Mula dikenali luas menerusi klip video 16 Baris, Bunga terus menjadi wajah muzik rap bertudung manis di Malaysia. Bunga amat eksperimental dalam katalog lagu-lagunya, daripada lagu putus cinta Termenung hinggalah yang mencuit hati seperti Sudah Kahwin Ke Belum? bersama Luqman Podolski. Kemunculannya sebagai pembuka konsert Coldplay pada tahun 2023 juga membuktikan bakatnya yang luar biasa.
4. ALYPH
ALYPH sudah sebati dengan landskap HipHop Malaysia, terutamanya setelah melancarkan album kolaborasinya bersama SonaOne pada tahun 2019. Namun begitu, mendalami karyanya melakarkan lagu-lagu yang lebih divers, termasuklah melankolia seperti Ingat dan Mekar.
5. Aisha Retno
Nama, suara, dan muka jelita Aisha Retno cukup mendominasi arena muzik di Malaysia. Selain lagu-lagu cerianya seperti Ketipak Ketipung Raya, Aisha Retno juga merangkul genre yang elektrik seperti dalam lagunya Sutera dan genre galau seperti lagu kota ini tak sama tanpamu bersama Nadhif Basalamah dan Aziz Harun.
Artikel berkaitan: 5 LAGU ALPHA MESTI TAHU SEMPENA DEBUT ALBUM PERTAMA ALPHA
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 LAGU BAHARU TEMPATAN ANDA PATUT DENGAR SEPANJANG BULAN OKTOBER 2026
Tiba masanya untuk update playlist lagu anda sempena bulan Oktober 2026 dengan keluaran lagu-lagu dari artis tempatan.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
DANIEL SHER: APA ERTINYA MENJADI LEADER ALPHA?
Daniel Sher berkongsi erti menjadi ketua ALPHA dan cabaran menyatukan tujuh personaliti dalam satu kumpulan.
7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026
Hujung tahun ini, manjakan diri dengan konsert-konsert terbesar yang bakal berlangsung di KL, daripada The First Wave hinggalah Arirang World Tour.
ALPHA’S FAVOURITE WARDROBE, RIZAL RASID DAN GAYA FESYEN YANG TERSENDIRI
Rizal Rasid merupakan antara ahli dengan fesyen yang penuh gaya dan versatil, diiktiraf oleh ahli ALPHA sendiri!
NEW HAIR, NEW IZAT IBRAHIM: EVOLUSI GAYA RAMBUTNYA
Izat ALPHA sering tampil dengan warna dan gaya rambut berbeza. Jom lihat evolusi hair colour dan hairstyle Izat yang sentiasa berubah!











