Skip to content

SUICIDE PREVENTION MONTH: 5 TALIAN BANTUAN UNTUK ANDA HUBUNGI

SUICIDE PREVENTION MONTH: 5 TALIAN BANTUAN UNTUK ANDA HUBUNGI

Kongsikan artikel ini

Sempena Suicide Prevention Month, banyak talian bantuan yang sedia membantu mereka yang memerlukan bantuan, tidak kira masa. 

Setiap tahun, September diperingati sebagai Suicide Prevention Month, sebuah inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pencegahan bunuh diri. Bulan ini juga mengetengahkan  kepentingan sokongan terhadap mereka yang sedang bergelut secara emosi dan mental. Lebih daripada sekadar kempen kesedaran, bulan ini mengingatkan kita bahawa perbualan tentang kesihatan mental perlu dilakukan dengan lebih terbuka, empati dan tanpa stigma. Kesihatan mental seringkali dipandang ringan, terutamanya untuk golongan lelaki. Kekuatan fizikal semestinya tiada kaitan dengan kelemahan mental dan cara untuk merawat juga berbeza.

talian bantuan suicide

Setiap tahun, lebih 720,000 nyawa terkorban akibat bunuh diri di seluruh dunia, dengan golongan berusia 15 hingga 29 tahun antara kumpulan yang paling terkesan. WHO turut menegaskan bahawa bunuh diri merupakan isu kesihatan awam yang kompleks, dipengaruhi oleh pelbagai faktor sosial, psikologi, budaya, biologi dan persekitaran. Kadangkala, satu soalan ringkas seperti “Awak okay?” boleh menjadi permulaan kepada perbualan yang sangat bermakna. Justeru, Suicide Prevention Month menjadi ruang untuk kita belajar mengenali tanda-tanda seseorang yang mungkin sedang berdepan kesukaran, mendengar tanpa menghakimi dan, yang paling penting, memastikan mereka tahu bahawa mereka tidak perlu menghadapinya seorang diri.

Untuk yang tidak tahu, terdapat banyak talian bantuan yang boleh dihubungi di Malaysia jika anda memerlukan bantuan. Sempena Suicide Prevention Month, GLAM Lelaki senaraikan lima talian bantuan di Malaysia yang boleh dihubungi sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali memerlukan sokongan emosi, kaunseling atau bantuan segera.

#1 SNEHAM Malaysia

Talian: 1800 225 757/snehammalaysia@gmail.com 

Waktu: 4PM – 8PM

#2 Befrienders

Talian: 03-76272929

Waktu: 24 Jam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BefriendersKL (@befrienderskl)

#3 Talian HEAL

Talian: 15555

Waktu: 8AM – 11:59PM

#4 Talian Kasih

Talian: 15999/019-261 5999

Waktu: 24 Jam

#5 Life Line Association Malaysia

Talian: 03-4265 7995

Waktu: 24 Jam

#6 MIASA Crisis

Talian: 1-800-18-0066/03-9765 6088

Waktu: 24 Jam

Pautan berkaitan: HOBI BAHARU LELAKI PATUT CUBA BERSAMA PASANGAN

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HARI LELAKI ANTARABANGSA: KEKUATAN SEBENAR ADALAH BERANI UNTUK BERSUARA

HARI LELAKI ANTARABANGSA: KEKUATAN SEBENAR ADALAH BERANI UNTUK BERSUARA

Bacaan Lanjut
LELAKI DAN PERUBAHAN: MENYEIMBANGKAN KEJAYAAN & KESIHATAN MENTAL

LELAKI DAN PERUBAHAN: MENYEIMBANGKAN KEJAYAAN & KESIHATAN MENTAL

Bacaan Lanjut

7 FILEM & SIRI TENTANG DEPRESI REMAJA DAN PEMBULIAN YANG WAJAR DITONTON

Bacaan Lanjut

TRAGIS TAPI BENAR: 7 SELEBRITI DUNIA YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMURUNGAN

Bacaan Lanjut
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
SELEBRITI MENGHIDAP MASALAH KESIHATAN MENTAL & TERBUKA BERCAKAP MENGENAINYA

SELEBRITI YANG BERGELUT DENGAN KESIHATAN MENTAL & TERBUKA BERCAKAP MENGENAINYA

Bacaan Lanjut