OUTFIT CHECK DI ITALIAN GRAND PRIX 2026!
Penampilan para pelumba di Italian Grand Prix 2026 terus memacu intergrasi fesyen dan Formula One.
Italian Grand Prix 2026 baru sahaja melabuhkan tirai di Monza, Itali. Ia juga menandakan tamatnya pusingan ketiga belas dan mengindikasikan perlumbaan ke-77 Grand Prix Itali sebagai pusingan kejohanan buat Kejohanan Dunia Formula One 2026.
Selain dikenali luas bagi perlumbaan automobil, Formula One juga sudah serasi menjadi tumpuan bagi para pencinta fesyen dan jam tangan. Terutamanya nama-nama seperti Lewis Hamilton, Lando Norris, dan George Russell yang sering menjentik F1 sebagai tarikan global. Ternyata, Grand Prix Itali pada kali ini tidak terkecuali.
1. Lewis Hamilton

Bagai mustahil untuk berbicara tentang atlet yang menentukan fesyen tanpa menyebut nama Lewis Hamilton. Selain kebolehannya dalam berlumba, IQ gaya pemandu Ferrari itu meletakkannya di papan pendahulu, dengan daya tarikan yang dicapai dengan bakat penceritaan sartorial yang tinggi. Kali ini, Lewis Hamilton menjejak langkah ke Grand Prix Itali dalam Ferrari F40 miliknya. Meskipun cuaca panas, Lewis memadankan pakaian penuh daripada Yves Saint Laurent, termasuklah kot bulu, bersama beg bimbit yang tampil old school daripada Louis Vuitton.
2. Liam Lawson

Sebelum melabuhkan diri di sebalik stereng RB22, Liam Lawson tiba di trek dengan kombinasi warna menonjol. Kemeja-T biru tua dipadankan dengan seluar kargo kuning air, sementara beg anyaman Bottega Venetta menjadi pembicara status tanpa logo.
3. Yuki Tsunoda

Yuki Tsunoda mencuri perhatian apabila memasuki paddock dengan potongan rambut baharu. Yuki menjadi wakil bagi pasukan Visa Cash App Racing Bulls atau VCARB, menggantikan tempat Isack Hadjar yang belum sembuh untuk kembali beraksi.
4. Lando Norris

Merangkul trend monokromatik, pemenang 13 Grand Prix, Lando Norris, hadir dengan kemeja-T putih daripada Loewe. Jaket dan seluarnya berpadanan hitam, manakala aksesori rantai berlapis menambahkan tumpuan pada bahagian leher.
5. Ollie Bearman

Sesuatu tentang pakaian Ollie Bearman membuatkannya nampak hot! Mungkin fittingnya yang tidak tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar? Mungkin pilihan aksesori kaca matanya yang menambah seri? Debatably, ia merupakan penampilan terbaik Ollie ketika di paddock.
Pautan berkaitan: 5 FAKTA PERLU TAHU TENTANG LITAR SEPANG ANTARABANGSA SEBELUM F1 BAHRAIN GRAND PRIX
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KERETA F1 YANG PALING MAHAL PERNAH DIJUAL DI AUCTION
Lihatkan lima kereta lumba F1 yang termahal pernah dijual di auction sementara menanti jualan 1996 McLaren F1 GTR yang bakal mengukir sejarah di Monterey Sabtu ini.
5 FAKTA PERLU TAHU TENTANG LITAR SEPANG ANTARABANGSA SEBELUM F1 BAHRAIN GRAND PRIX
Setelah hampir 10 tahun lalu sejak menjadi tuan rumah pada tahun 2017, Malaysia sekali lagi telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Bahrain Grand Prix 2026.
LOUIS VUITTON MENJADI RAKAN RASMI FORMULA 1
Rumah fesyen mewah Louis Vuitton telah mengumumkan perkongsian bersejarah selama 10 tahun dengan Formula 1, menjadikannya Rakan Rasmi.
LUANG MASA BERSAMA, SOFIA VERGARA & LEWIS HAMILTON DILAMUN CINTA?
Tahun baru, kekasih baru? Selepas memutuskan hubungan dengan doktor ortopedik tahun lalu, Sofia Vergara dilaporkan sedang menjalin cinta dengan ‘pucuk muda’.
RAHSIA KECERGASAN PEMANDU F1: LEBIH HEBAT DARIPADA ATLET OLIMPIK?
Ketahui segala-galanya tentang pemandu F1, dari latihan intensif hingga dunia perlumbaan Formula 1 berkelajuan tinggi.
LEMBARAN BARU WANGIAN POLO RED RALPH LAUREN
POLO RED, wangian terlaris Ralph Lauren Fragrances membuka lembaran baru setelah sekian lama dengan wakil kelajuan dunia. Mewakili kelajuan dan adrenalin, merka menampilkan pelumba Formula 1 terkenal di dunia, Lando Norris. Diilhamkan oleh gaya elektrik dan semangat Norris terhadap kelajuan, kempen ini berani baki aroma POLO RED. Circuito de Navarra merupakan salah satu fasiliti perlumbaan…











