Skip to content

5 FAKTA PERLU TAHU TENTANG LITAR SEPANG ANTARABANGSA SEBELUM F1 BAHRAIN GRAND PRIX

5 FAKTA PERLU TAHU TENTANG LITAR SEPANG ANTARABANGSA SEBELUM F1 BAHRAIN GRAND PRIX

Kongsikan artikel ini

SETELEH HAMPIR 10 TAHUN SEJAK MENJADI TUAN RUMAH PADA TAHUN 2017, MALAYSIA SEKALI LAGI TELAH DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH BAGI BAHRAIN GRAND PRIX 2026.

Kejohanan sukan permotoran berkelas tinggi, Formula One, merealisasikan Bahrain Grand Prix 2026 hanya 40km daripada Kuala Lumpur, iaitu di Litar Sepang Antarabangsa. Persaingan berprestij yang berlangsung sejak tahun 1950 ini telah menjejakkan kaki di pelbagai negara, termasuk Abu Dhabi, São Paulo, dan Jepun.

Bahrain Grand Prix yang telah dibatalkan Mac lalu akibat konflik di kawasan Timur Tengah terus-menerus meninggalkan tanda tanya buat para peminat Formula One. Namun, pengumuman rasmi daripada Formula One baru-baru ini kini menguraikan misteri lokasi Bahrain Grand Prix pada Oktober ini. “Kami dengan sukacitanya mengesahkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah Grand Prix Bahrain pada tahun 2026. Sekali lagi, sukan ini telah menunjukkan keupayaannya dalam menyesuaikan diri dan mencari penyelesaian, sekali gus mewujudkan detik yang mengujakan bagi semua yang mengikuti Formula One,” ujar Stefano Domenicali, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1.

Sebelum daerah Selangor mula dihiasi pemandu-pemandu ternama pada hujung tahun ini, lihatkan lima fakta yang anda perlu ketahui tentang Litar Antarabangsa Sepang yang cukup ikonik.

 

1. Litar Antarabangsa Sepang

Nama sebenar bagi Litar Antarabangsa Sepang adalah Litar Sepang Formula One. Pertukaran pada tahun 2018 itu seiringan dengan tamatnya hak penggunaan F1 pada tahun 2017.

 

2. Perasmian pada tahun 1999

Litar Antarabangsa Sepang dibuka secara rasmi pada 9 Mac 1999 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

3. Penampilan sulung F1

Litar Sepang mula membuat penampilan sulungnya sebagai litar pilihan Formula One pada 18 April 1999.

 

4. Status ikonik Litar Antarabangsa Sepang

Litar ini mendaki status ikonnya dengan kecabaran selekoh tajam dan cuaca tropika yang tidak menentu.

 

5. Hak penamaan Petronas

Pada 31 Oktober 2023, Petronas memperoleh hak penamaan litar ikonik ini selama tiga tahun. Jumlah bayarannya tidak didedahkan.

Artikel berkaitan: SEPANG BAKAL KEMBALI MENGGEGARKAN F1? MALAYSIA BERPELUANG JADI TUAN RUMAH GRAND PRIX 2026

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LOUIS VUITTON MENJADI RAKAN RASMI FORMULA 1

Bacaan Lanjut

RAHSIA KECERGASAN PEMANDU F1: LEBIH HEBAT DARIPADA ATLET OLIMPIK?

Bacaan Lanjut
LEMBARAN BARU WANGIAN POLO RED RALPH LAUREN

LEMBARAN BARU WANGIAN POLO RED RALPH LAUREN

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut

PUMA MENAMAKAN A$AP ROCKY SEBAGAI PENGARAH KREATIF PUMA X F1

Bacaan Lanjut
5 AKTOR YANG MERAIH PENDAPATAN TERTINGGI PADA 2022

5 AKTOR YANG MERAIH PENDAPATAN TERTINGGI PADA 2022

Bacaan Lanjut