SEPANG BAKAL KEMBALI MENGGEGARKAN F1? MALAYSIA BERPELUANG JADI TUAN RUMAH GRAND PRIX 2026
Malaysia dikatakan berpeluang menjadi tuan rumah dengan Sepang sempena Grand Prix 2026 berikutan konflik yang dilaporkan di kawasan Timur Tengah.
Selepas hampir sedekad menyepi daripada kalendar Formula 1 (F1), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dikatakan berpeluang membuat kemunculan semula yang tidak dijangka. Malaysia dilaporkan sedang dipertimbangkan sebagai lokasi gantian. Sekiranya perlumbaan di Timur Tengah tidak dapat diteruskan berikutan konflik yang masih berlarutan di rantau tersebut, keputusan ini akan dilakukan.

Menurut beberapa laporan antarabangsa, F1 kini sedang menyusun semula kalendar musim 2026. Ini semua selepas Grand Prix Bahrain dan Arab Saudi yang dijadualkan pada April lalu dibatalkan akibat faktor keselamatan. Percubaan untuk mengadakan semula perlumbaan Bahrain pada 4 Oktober dilaporkan semakin sukar direalisasikan apabila situasi geopolitik kembali meruncing.
Sepang Jadi Pilihan Paling Realistik Grand Prix 2026
Sekiranya perlumbaan Bahrain benar-benar tidak dapat dianjurkan, Sepang muncul sebagai antara pilihan utama Formula 1. Ini kerana litar tersebut masih memiliki pensijilan FIA Grade 1 yang diperlukan untuk menganjurkan perlumbaan F1. Setiap tahun, litar ini juga masih aktif menjadi tuan rumah MotoGP Malaysia. Kedudukannya yang strategik di antara Grand Prix Azerbaijan dan Grand Prix Singapura turut menjadikan aspek logistik lebih mudah untuk semua pasukan.

Selain Malaysia, beberapa litar lain seperti Suzuka di Jepun, Portimão di Portugal dan Barcelona di Sepanyol turut berada dalam senarai pilihan. Keputusan ini akan dilakukan sekiranya lebih banyak perlumbaan di Timur Tengah terpaksa dibatalkan. Namun, mengadakan dua perlumbaan di Suzuka dalam satu musim dilaporkan kurang mendapat sokongan daripada pasukan-pasukan F1.
Malaysia Tuan Rumah Pada Tahun 2017
Malaysia kali terakhir menjadi tuan rumah Grand Prix Formula 1 di Sepang pada tahun 2017. Kemudian, perlumbaan tersebut dihentikan akibat kos penganjuran yang tinggi serta penurunan jumlah penonton. Sepanjang tempoh 1999 hingga 2017, Sepang menjadi antara litar ikonik dalam kalendar F1. Litar Sepang pernah menyaksikan kemenangan beberapa legenda sukan permotoran seperti Michael Schumacher, Fernando Alonso, Sebastian Vettel dan Lewis Hamilton.

Walaupun F1 tidak lagi berlumba di Malaysia, hubungan negara dengan sukan itu masih kukuh menerusi Petronas yang kekal sebagai rakan teknikal. Selain itu, menjadi penaja utama pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One Team. Faktor ini turut dilihat memberi nilai tambah sekiranya Sepang kembali menjadi destinasi Formula 1.
Keputusan Dijangka Sebelum Rehat Musim Panas
Laporan menyebut Formula One Management perlu membuat keputusan mengenai perubahan kalendar sebelum cuti musim panas selepas Grand Prix Hungary. Sekiranya konflik di Timur Tengah masih belum reda, peluang untuk melihat Formula 1 kembali ke Sepang buat pertama kali dalam sembilan tahun semakin cerah.
Buat peminat sukan permotoran tempatan, ia pastinya satu berita yang cukup mengujakan. Jika segala-galanya menjadi kenyataan, deruman enjin Formula 1 bakal kembali menggegarkan Sepang dan mengembalikan Malaysia ke pentas perlumbaan paling berprestij dunia.
Pautan berkaitan: CORTIS, ZARA LARSSON, JAMES ARTHUR DAN RAMAI LAGI LINE-UP SINGAPORE GP 2026
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CORTIS, ZARA LARSSON, JAMES ARTHUR DAN RAMAI LAGI LINE-UP SINGAPORE GP 2026
Tahun ini, Singapore GP 2026 tampilkan barisan artis antarabangsa yang bakal membuat persembahan, serta menjadi penantian ramai.
5 RUTIN CARLOS SAINZ SEMPURNA BUAT LELAKI GENERASI KINI
Lihat bagaimana Carlos Sainz mengekalkan prestasi melalui latihan intensif, diet seimbang dan rutin grooming yang konsisten.
BRAD PITT PANDU SENDIRI DI DALAM F1 THE MOVIE!
Bersedia untuk pengalaman perlumbaan yang bukan biasa-biasa? F1 The Movie akhirnya memecut masuk ke pawagam dan membawa penonton terus ke jantung dunia Formula 1 dengan kelajuan yang gila, aksi yang menggetarkan dan gaya yang penuh kelas. Bukan sahaja Brad Pitt memegang watak utama sebagai pelumba veteran, tetapi apa yang membuatkan filem ini lebih ‘cool’ adalah…
KOLEKSI APXGP TOMMY HILFIGER GABUNGAN BERSAMA FILEM F1®
Tommy Hilfiger telah menyatukan dunia fesyen, sukan permotoran dan penceritaan sinematik menerusi pelancaran Koleksi APXGP.
10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU KEDUA 2025
Tahun ini peminat filem dijanjikan dengan naskah luar biasa yang menampilkan barisan pelakon ternama tempatan dan antarabangsa.
LOUIS VUITTON MENJADI RAKAN RASMI FORMULA 1
Rumah fesyen mewah Louis Vuitton telah mengumumkan perkongsian bersejarah selama 10 tahun dengan Formula 1, menjadikannya Rakan Rasmi.











