Skip to content

CORTIS, ZARA LARSSON, JAMES ARTHUR DAN RAMAI LAGI LINE-UP SINGAPORE GP 2026

CORTIS, ZARA LARSSON, JAMES ARTHUR DAN RAMAI LAGI LINE-UP SINGAPORE GP 2026

Kongsikan artikel ini

Tahun ini, Singapore GP 2026 tampilkan barisan artis antarabangsa yang bakal membuat persembahan, serta menjadi penantian ramai. 

Singapore GP 2026 bakal kembali dari 9 hingga 11 Oktober 2026 di Marina Bay Street Circuit. Edisi tahun ini dijangka menjadi antara yang terbesar dan paling meriah dalam sejarah penganjurannya. Selain perlumbaan malam ikonik di Singapura, penganjur turut memperkenalkan beberapa pembaharuan besar. Ia termasuk perlumbaan Sprint F1 yang pertama di Singapura serta peluasan besar-besaran program hiburan.

Tahun 2026 menyaksikan peningkatan ketara dalam pengalaman acara. Lebih banyak pentas hiburan diperkenalkan di sekitar litar, termasuk pentas waterfront baharu. Ia menawarkan persembahan muzik secara terbuka dengan latar belakang Marina Bay. Secara keseluruhan, acara ini akan menampilkan lebih 170 jam hiburan di 10 pentas dan kawasan bertema. Ini menjadikannya bukan sekadar perlumbaan tetapi juga festival hiburan berskala global.

Barisan Artis Antarabangsa Buat Persembahan

Barisan artis antarabangsa yang diumumkan turut mencuri perhatian, dengan Janet Jackson, JJ Lin, Zara Larsson, James Arthur, DJ HYO serta pelbagai nama besar lain mengisi pentas utama sepanjang hujung minggu perlumbaan. Di Padang Stage (Zone 4), tumpuan turut terarah kepada kumpulan K-pop yang sedang meningkat naik, CORTIS.

Kehadiran CORTIS menjadikan barisan artis tahun ini lebih segar dan relevan dengan generasi muda. Mereka sekaligus menambah daya tarikan acara yang bukan sahaja tertumpu kepada peminat F1, tetapi juga pencinta muzik global. Gabungan antara legenda muzik antarabangsa dan bakat baharu ini menjadikan Singapore GP 2026 sebagai antara edisi paling dinantikan dalam kalendar sukan dan hiburan dunia tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CORTIS (@cortis)

Selain itu, pentas Barge yang baharu diperkenalkan di Zone 1 turut menjadi tarikan utama dengan persembahan DJ antarabangsa seperti Mark Ronson dan DJ Snake. Selain itu, Major Lazer Soundsystem, ZHU dan TOKiMONSTA. Sementara itu, Wharf Stage pula menampilkan artis seperti Split Enz dan Goo Goo Dolls. Sesi Fan Forum yang membolehkan peminat bertemu secara langsung dengan pemandu Formula 1.

Dengan gabungan perlumbaan berprestij, format Sprint baharu serta barisan hiburan bertaraf dunia, Singapore GP 2026 dilihat sebagai antara edisi paling dinantikan dalam kalendar sukan dan hiburan antarabangsa tahun ini.

Pautan berkaitan: GL PLAYLIST: 10 LAGU BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI JUN 2026

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 RUTIN CARLOS SAINZ SEMPURNA BUAT LELAKI GENERASI KINI

Bacaan Lanjut

BRAD PITT PANDU SENDIRI DI DALAM F1 THE MOVIE!

Bacaan Lanjut
KOLEKSI APXGP TOMMY HILFIGER GABUNGAN BERSAMA FILEM F1®

KOLEKSI APXGP TOMMY HILFIGER GABUNGAN BERSAMA FILEM F1®

Bacaan Lanjut
10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU KEDUA 2025

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU KEDUA 2025

Bacaan Lanjut

LOUIS VUITTON MENJADI RAKAN RASMI FORMULA 1

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI

KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI

Bacaan Lanjut