Selepas diijabkabulkan bersama Jazmy Juma, Farah Athirah meraih lebih banyak perhatian dengan wajah cantiknya.
Nama Farah Athirah semakin menjadi perhatian, lebih-lebih lagi selepas sah bergelar isteri kepada pelakon kacak Malaysia ini. Namun, di sebalik status baharunya itu, Farah sebenarnya sudah pun membina nama sendiri sebagai usahawan muda dan pempengaruh media sosial yang berjaya. Sebagai pengasas bersama Mooi Beauty, dia aktif mengembangkan jenama kecantikannya sambil mengekalkan pengaruh yang kuat di platform digital.
Kenali dengan lebih dekat wanita yang mencuri hati Jazmy Juma, menerusi empat fakta menarik tentang Farah Athirah.
#1 Pengasas Produk Kecantikan Mooi Beauty
Farah Athirah merupakan pengasas kepada produk kecantikan Mooi Beauty. Ia merupakan jenama kecantikan tempatan yang diasaskan oleh dua beradik, termasuk Farah Athirah. Jenama ini menawarkan pelbagai produk kecantikan seperti produk bibir, blusher serta contact lens. Farah turut memainkan peranan penting dalam mengendalikan operasi perniagaan atas talian, merangkumi strategi pemasaran di media sosial serta pengurusan logistik, serta hubungan dengan pelanggan. Mooi Beauty turut menampilkan rangkaian solekan mesra kulit dan penjagaan kulit yang membantu menyerlahkan seri semula jadi.
#2 Pempengaruh Media Sosial
Dengan pengikut sebanyak 41.1 ribu di Instagram serta 83.6 ribu pengikut di TikTok, Farah Athirah sebenarnya sudah dikenali sebagai seorang pempengaruh sebelum ini. Kini, namanya semakin naik dan menjadi bualan selepas dikaitkan dengan Jazmy Juma.
Baca: JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI
#3 Berkenalan Dengan Jazmy Juma Di Media Sosial
Enam tahun lalu, Farah Athirah pertama kali berkenalan dengan Jazmy Juma yang kini sudah bergelar suaminya di media sosial. Salah satu video mereka bersiaran langsung bersama turut tular semula di TikTok.
#4 Menjadi Isteri Kepada Jazmy Juma Secara Rasmi Pada 27 Jun 2026
Pada 27 Jun 2026 yang lalu, Farah Athirah telah secara rasminya bergelar isteri kepada pelakon Jazmy Juma di Putrajaya. Pasangan ini cukup sepadan, dan diterima ramai. Ucapan dari peminat masing-masing membanjiri komen mereka di media sosial. Tahniah GLAM Lelaki ucapkan!
Pautan berkaitan: PESONA ‘GIRL-NEXT-DOOR’: KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN