Skip to content

TAHNIAH! FATTAH AMIN & IKMAL AMRY SAMBUT KEHADIRAN AHLI KELUARGA BAHARU

TAHNIAH! FATTAH AMIN & IKMAL AMRY SAMBUT KEHADIRAN AHLI KELUARGA BAHARU

Kongsikan artikel ini

Berita gembira hadir apabila dua GL Boys, Fattah Amin dan Ikmal Amry  berkongsi khabar bahagia mengenai kelahiran cahaya mata mereka.

Fattah Amin memaklumkan isterinya, Amira Othman, telah selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada petang semalam, selepas hampir setahun perkahwinan mereka. Berita itu dikongsikan menerusi media sosial miliknya dan pantas meraih perhatian peminat serta rakan selebriti yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Menurut perkongsian tersebut, bayi lelaki mereka dilahirkan sekitar jam 6.20 petang dan diberikan nama Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Dalam kapsyennya, Fattah meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak mereka serta menitipkan doa agar putera sulungnya itu membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa menjadi penyejuk hati kedua ibu bapanya.

Perkongsian penuh bermakna itu turut menggambarkan rasa syukur dan kegembiraan pasangan berkenaan dalam menyambut kehadiran ahli keluarga baharu.

Ikmal Amry Kini Bapa Kepada Tiga Anak

Dalam perkembangan berasingan, pelakon Ikmal Amry turut berkongsi berita gembira apabila selamat menimang cahaya mata ketiga pada Jumaat lalu. Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Tarung: Unforgiven itu menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan kepada keluarganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

“Secara rasmi saya kini bapa kepada tiga cahaya mata. Alhamdulillah atas nikmat dan rahmat ini,” tulisnya ringkas.

Ruangan komen turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis yang sama-sama meraikan berita bahagia tersebut. Untuk rekod, Ikmal mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata, terdiri daripada dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Kedua-dua GL Boys  ini menimang cahaya mata lelaki pada tahun ini, menjadikan tahun ini cukup bermakna buat mereka berdua. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua keluarga atas kelahiran insan baharu. Semoga anak-anak yang dilahirkan membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan ibu bapa.

Pautan berkaitan: HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

fattah amin bapa

FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

Bacaan Lanjut
HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!

HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!

Bacaan Lanjut
ikmal amry glam lelaki

KOLEKSI FILEM DAN DRAMA LAKONAN IKMAL AMRY YANG PALING MENYERLAH

Bacaan Lanjut

IKMAL AMRY, “SAYA PERCAYA PROGRES LEBIH PENTING DARIPADA KESEMPURNAAN.”

Bacaan Lanjut

ENAM PERSONALITI TEMPATAN CABAR DIRI SERTAI HYROX DI SHANGHAI, BARCELONA & SEOUL

Bacaan Lanjut
ikmal amry

HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI

Bacaan Lanjut