HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!
Tahun 2026, kita turut meyambut Hari Bapa dan meraikan bapa-bapa di dunia, termasuklah selebriti tempatan yang bergelar seorang ayah.
Di sebalik jadual kerja yang padat, sesi penggambaran yang tidak berkesudahan dan komitmen terhadap kerjaya, lapan selebriti lelaki tempatan ini membuktikan bahawa peranan sebagai seorang bapa tetap menjadi keutamaan dalam hidup mereka. Menerusi perkongsian di media sosial, mereka sering mempamerkan sisi penyayang, bertanggungjawab dan penuh kasih sayang terhadap keluarga masing-masing.
Sempena Hari Bapa 2026, GLAM Lelaki tampilkan lapan selebriti lelaki terkenal di Malaysia yang bukan sahaja berjaya dalam kerjaya, malah turut menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah dengan penuh dedikasi.
#1 Fattah Amin
Sebagai antara pelakon paling popular di Malaysia, Fattah Amin sentiasa menjadi perhatian ramai. Namun, di sebalik popularitinya, dia turut dikenali sebagai seorang bapa yang sangat menyayangi anak perempuannya. Momen-momen bersama Fatimah yang dikongsikan di media sosial sering memperlihatkan sisi lembut dan penyayang dirinya sebagai seorang ayah. Fattah Amin juga sedang menanti anak keduanya, bersama isteri Amira Othman.
#2 Ikmal Amry
Pelakon kacak ini sering berkongsi perjalanan kehidupannya sebagai seorang suami dan bapa. Kehadiran 2 cahaya mata nyata melengkapkan kehidupan Ikmal Amry.Ikmal tidak pernah melepaskan peluang untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga walaupun sibuk dengan komitmen seni. Kini, Ikmal sedang menanti kehadiran anak ketiga, apabila isterinya dikhabarkan sedang hamil.
#3 Alif Satar
Nama Alif Satar cukup sinonim dengan imej keluarga yang harmoni. Sebagai bapa kepada empat orang anak, Alif sering menjadi inspirasi ramai menerusi caranya mengimbangi kerjaya. Alif turut aktif dalam aktiviti sukan dan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Keakraban yang dipamerkan bersama anak-anak sering mencuri perhatian peminat. Pada bulan Mac yang lalu, Alif dikurniakan seorang anak perempuan yang dinamakan Aleyya Fajr, menjadikan Hari Bapa tahun ini semakin bermakna buatnya.
#4 Awal Ashaari
Awal Ashaari merupakan antara figura yang sering berkongsi kehidupan keluarganya bersama isteri dan anak-anak. Walaupun mempunyai jadual yang padat sebagai pengacara dan usahawan, dia sentiasa memastikan keluarga menjadi keutamaan, menjadikan dirinya contoh bapa moden yang penyayang dan bertanggungjawab. Bapa kepada dua anak gadis yang licik, Lara Alana dan Lyla Amina ini juga rajin berkongsi momen bersama kedua-dua mereka.
#5 Aiman Hakim Ridza
Aiman Hakim Ridza sering memuat naik momen manis bersama keluarga yang memperlihatkan hubungan eratnya dengan anak-anak. Sikap penyayang dan keprihatinannya terhadap keluarga menjadikannya antara selebriti lelaki yang dikagumi ramai. Bukan sahaja kerana bakat tetapi juga kerana peranannya sebagai seorang ayah. Hasil perkahwinan bersama isterinya, Zahirah Macwilson, merek dikurniakan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.
#6 Hairul Azreen
Hairul Azreen sering menjadi perhatian menerusi aktiviti lasak yang dilakukan bersama anak-anaknya. Dia bukan sahaja mengajar mereka tentang keberanian dan disiplin, malah sentiasa menunjukkan kasih sayang yang mendalam terhadap keluarga. Hubungan rapatnya bersama Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sering membuatkan ramai tersentuh.
#7 Han Pin
Han Pin dikenali dengan personaliti yang mesra dan dekat dengan pengikutnya. Dalam masa yang sama, dia juga sering berkongsi detik-detik berharga bersama keluarga yang memperlihatkan sisi seorang bapa yang penyayang dan sentiasa hadir dalam setiap fasa kehidupan anaknya. Pada tahun 2024, Han Pin dan pasangan, Jane Chuck dikurniakan cahaya mata pertama mereka, August Ma.
#8 Safwan Nazri
Safwan Nazri membuktikan bahawa menjadi seorang bapa adalah satu perjalanan yang penuh makna. Menerusi perkongsian di media sosial, dia juga sering menunjukkan komitmen dan kasih sayangnya terhadap keluarga, sekali gus menjadi inspirasi kepada ramai bapa muda di luar sana. Safwan dikurniakan dua anak gadis yang comel, hasil perkahwinan bersama isterinya pada tahun 2022.
Sempena Hari Bapa 2026, GLAM Lelaki ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa buat setiap figura bapa diluar sana, yang memikul tanggungjawab besar dalam keluarga.
Pautan berkaitan: HARI BAPA 2026: K-POP IDOL YANG TURUT BERGELAR SEORANG BAPA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TAHNIAH! FATTAH AMIN & IKMAL AMRY SAMBUT KEHADIRAN AHLI KELUARGA BAHARU
Berita gembira hadir apabila dua GL Boys, Fattah Amin dan Ikmal Amry berkongsi khabar bahagia mengenai kelahiran cahaya mata mereka.
FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Fattah Amin dan Amira Othman kini menikmati fasa baharu dalam kehidupan apabila selamat menimang cahaya mata pertama mereka, seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.
5 BAPA YANG BUKAN SELEBRITI TETAPI DIKENALI DAN MENJADI PERHATIAN
Walaupun bukan dikalangan selebriti, namun senarai bapa ini ternyata dikenali dan kisah mereka menjadi perhatian.
5 JENAMA PRODUK GROOMING SEBAGAI HADIAH HARI BAPA
Produk grooming juga boleh dijadikan sebagai hadiah Hari Bapa yang diingati sebagai tanda penghargaan buat ayah-ayah kita yang sibuk.
5 HADIAH PREMIUM UNTUK HARI BAPA AKAN DATANG 21 JUN INI
Pilihan hadiah Hari Bapa premium untuk lelaki sofistikated. Terokai jenama eksklusif tempatan dan global yang memenuhi estetika GLAM Lelaki.
IKMAL AMRY, “SAYA PERCAYA PROGRES LEBIH PENTING DARIPADA KESEMPURNAAN.”
Ikmal Amry menghiasi cover digital GLAM Lelaki bulan Mei 2026. Menyingkap pertumbuhan diri Ikmal yang semakin progresif dan serius dalam mengatur perjalanan kerjaya seninya, di samping konsisten menjalani tanggungjawab keluarga.











