HARI BAPA 2026: K-POP IDOL YANG TURUT BERGELAR SEORANG BAPA
Selain menjadi bintang di atas pentas buat peminat-peminat mereka, K-Pop idol ini juga menjadi bintang, sebagai seorang bapa buat anak mereka.
Dunia K-pop sering dikaitkan dengan jadual padat, persembahan bertenaga dan kehidupan glamor yang sentiasa menjadi perhatian peminat. Namun di sebalik status selebriti, K-Pop idol turut memikul satu lagi peranan yang paling bermakna dalam hidup mereka iaitu sebagai seorang bapa. Disebalik jadual yang sibuk dan padat, mereka masih mampu meluangkan masa buat keluarga, lebih-lebih lagi nak mereka. Ini membuktikan bahawa seorang bapa ialah individu yang hebat.
Sempena sambutan Hari Bapa 2026, GLAM Lelaki menyenaraikan enam bintang K-pop yang berjaya mengimbangi kerjaya seni dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
#1 Rain
Dikenali sebagai antara pelopor gelombang Hallyu, Rain bukan sahaja mencipta nama sebagai penyanyi dan pelakon terkenal. Malah, dirinya turut dikenali sebagai seorang suami dan bapa yang penyayang. Bintang yang berkahwin dengan Kim Tae-hee pada tahun 2017 ini dikurniakan dua orang anak perempuan. Walaupun jarang berkongsi kehidupan keluarganya secara terbuka, Rain beberapa kali meluahkan rasa syukur terhadap peranannya sebagai seorang bapa. Bagi peminat, sisi kebapaan Rain memperlihatkan kematangan dan keperibadian yang semakin disenangi ramai.
#2 Chen (EXO)
Ahli kumpulan EXO, Chen mencetuskan kejutan dalam kalangan peminat apabila mengumumkan perkahwinan dan berita bakal bergelar bapa pada tahun 2020. Walaupun menerima pelbagai reaksi pada awalnya, Chen terus menunjukkan komitmen terhadap keluarga dan kerjayanya. Penyanyi bersuara emas ini kini merupakan bapa kepada dua cahaya mata dan terus aktif dalam industri muzik sebagai artis solo serta anggota EXO. Walaupun Chen mengekalkan privasi keluarganya, ramai peminat yang pernah terserempak dengannya dan menyatakan bahawa kedua-dua anak perempuannya itu mengikut raut wajahnya.
#3 Bobby (iKON)
Pada tahun 2021, Bobby mengumumkan bahawa dirinya bakal berkahwin dan menimang cahaya mata pertama. Berita tersebut mengejutkan ramai peminat memandangkan pengumuman itu dibuat ketika kariernya bersama iKON masih berada di kemuncak perhatian. Kini, Bobby berjaya membuktikan bahawa kehidupan berkeluarga tidak menghalang perjalanan seninya. Malah, ramai peminat menghargai kejujuran dan keberaniannya dalam berkongsi berita penting tersebut. Bobby turut pernah berkongsi bahawa dia cukup gembira menjadi seorang bapa.
#4 Chansung (2PM)
Ahli termuda kumpulan 2PM ini mengumumkan perkahwinannya bersama pasangan bukan selebriti pada penghujung tahun 2021. Dalam masa yang sama, Chansung turut berkongsi khabar bahawa mereka sedang menantikan kelahiran anak pertama. Sejak bergelar bapa, Chansung lebih banyak memberi fokus kepada keluarga di samping meneruskan aktiviti lakonan dan muzik. Perubahan fasa kehidupan ini memperlihatkan sisi dirinya yang lebih matang dan bertanggungjawab.
#5 Changmin (TVXQ)
Sebagai salah seorang vokalis utama kumpulan legenda TVXQ, Changmin terkenal dengan imej profesional dan peribadi yang tertutup. Selepas berkahwin pada tahun 2020, dia menyambut kelahiran anak pertama beberapa tahun kemudian. Walaupun jarang berkongsi kisah keluarga kepada umum, peminat sentiasa memberikan sokongan terhadap perjalanan baharunya sebagai seorang suami dan bapa.
#6 Taeyang (BIGBANG)
Taeyang dan isterinya, Min Hyo-rin, menyambut kelahiran anak pertama mereka pada tahun 2021. Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu hit seperti Eyes, Nose, Lips ini sering menerima pujian kerana sifatnya yang merendah diri dan penyayang. Selepas bergelar bapa, ramai peminat melihat perubahan positif dalam dirinya, termasuk caranya menghargai masa bersama keluarga walaupun masih aktif menghasilkan muzik. Taeyang pernah berkongsi bahawa anak lelakinya yang kini berusia 5 tahun itu cukup mirip dengan ibunya, Min Hyo-rin. Dae-sung dari BIGBANG juga pernah berkongsi tentang bagaimana anak Taeyang menyerupai kedua ibu bapanya.
Pautan berkaitan: TALK TO MY MANAGER 2: KENALI 10 ANAK SELEBRITI YANG SERTAI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NEW RELEASE K-POP ANDA PATUT DENGAR DI SPOTIFY
Lagu-lagu new release K-pop semestinya menjadi satu keperluan untuk di dengari setiap kali dilancarkan di platform-platform muzik digital.
BIG BANG MENGEJUTKAN PEMINAT SELEPAS 7 TAHUN
Selepas tujuh tahun, kumpulan lelaki terkenal dari Korea Selatan, BIG BANG akhirnya kembali semula tanpa dirancang. Kumpulan lelaki yang membawa fenomena dari Korea Selatan hingga serata dunia, BIG BANG akhirnya kembali dan membuat persembahan bersama tanpa dirancang. Salah seorang ahli BIG BANG, Taeyang telah melakukan konsertnya, The Light Year di Seoul pada 31 Ogos dan…
5 FILEM TERBAIK LAKONAN ASHTON KUTCHER ANDA WAJIB TONTON
Semak barisan filem hebat yang menaikkan nama Ashton Kutcher sebagai salah seorang aktor paling berjaya di Hollywood.
RAIN GEGARKAN KUALA LUMPUR 27 OGOS INI!
Bintang Korea Selatan terkenal, Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon bakal mengubati kerinduan peminat di Malaysia sedikit masa lagi.
3 PASANGAN SELEBRITI TERMASYHUR & TERKAYA DI ASIA
Mereka bukan sahaja memiliki kekayaan berjuta dolar malah digelar sebagai antara pasangan selebriti paling bahagia dalam industri hiburan.
CHANSUNG 2PM TINGGAL AGENSI, BAKAL BAWA HALUAN SENDIRI
Chansung mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengunduran diri daripada agensi yang menaunginya sejak 15 tahun lalu, JYP Entertainment.











