YSL BEAUTY BLOCK PARTY KUASAI MALAM KUALA LUMPUR DENGAN GAYA
YSL Beauty sekali lagi membuktikan pengaruhnya dalam dunia kecantikan dan budaya pop menerusi penganjuran YSL Beauty Block Party.
Malam YSL Beauty Block Party menjadi sebuah konsep acara ikonik yang terkenal di seluruh dunia kerana mengubah ruang bandar biasa menjadi destinasi kecantikan dan hiburan yang penuh tenaga.
Bertempat di Capitol Cafe, Bukit Bintang pada 4 Jun lalu, acara eksklusif ini berjaya menarik kehadiran lebih daripada 280 tetamu. Turut memeriahkan acara ialah Duta Jenama YSL Beauty Malaysia, Meerqeen bersama barisan nama terkenal seperti Nadhir Nasar, Sky Iskandar dan ALVN. Selain itu , wajah cantik Angel (DOLLA), Midnight Fusic, Alicia Amin, Nia Atasha dan ramai lagi turut memeriahkan party ini.

Nadhir Nasar di YSL Beauty Block Party Kuala Lumpur

Meerqeen & Alicia Amin di YSL Beauty Block Party Kuala Lumpur

Sky Iskandar & Nia Atasha di YSL Beauty Block Party Kuala Lumpur
Sentuhan Lokal Bertemu Kemewahan Moden
Bagi edisi Kuala Lumpur, YSL Beauty menampilkan interpretasi baharu terhadap konsep kemewahan dengan menyuntik elemen budaya tempatan ke dalam pengalaman Block Party. Sebuah kopitiam yang sinonim dengan kehidupan harian rakyat Malaysia telah diubah menjadi ruang penuh tenaga yang menggabungkan dunia kecantikan, hiburan malam dan ekspresi diri tanpa kompromi.

Antara tarikan utama malam tersebut adalah stesen roti bakar dan kopi yang memberi sentuhan nostalgia tempatan. Elemen budaya Malaysia ini disepadukan secara kreatif ke dalam alam semesta YSL Beauty, mencipta pengalaman yang dekat di hati para tetamu namun tetap mengekalkan identiti mewah jenama tersebut.
Pelancaran Besar TikTok Shop YSL Beauty Malaysia
Malam penuh glamor itu turut menyaksikan Super Grand Opening TikTok Shop YSL Beauty Malaysia, menandakan langkah baharu jenama tersebut dalam memperluaskan pengalaman membeli-belah digital untuk pengguna tempatan.
Bersempena pelancaran itu, keseluruhan acara turut disiarkan secara langsung menerusi TikTok. Ia membolehkan peminat mengikuti setiap detik istimewa termasuk ketibaan selebriti, inspirasi solekan, pengalaman wangian dan penemuan produk secara masa nyata.

Dihoskan oleh Amelia Henderson, siaran langsung tersebut berjaya menghubungkan dunia fizikal dan digital dalam satu pengalaman kecantikan yang lebih interaktif. Penonton juga berpeluang meneroka dan membeli produk ikonik YSL Beauty secara terus melalui TikTok Shop sepanjang acara berlangsung.
Barisan DJ Menghangatkan Suasana
Tenaga acara diteruskan dengan persembahan daripada beberapa DJ terkenal tempatan yang membentuk identiti muzik tersendiri sepanjang malam. Antara yang mengambil alih pentas ialah Maya Letisha, Athina Kamarudin, Jovynn, Roshan Menon, dan Joee. Masing-masing membawa seleksi muzik yang menyuntik suasana penuh dinamik dan keterujaan.

Gabungan muzik, kecantikan dan budaya kontemporari menjadikan YSL Beauty Block Party lebih daripada sekadar acara pelancaran produk. Malah, sebuah pengalaman budaya yang meraikan kebebasan ekspresi generasi masa kini.
YSL Lovenude Jadi Tumpuan Utama
Menjadi nadi utama sambutan pada malam tersebut ialah pelancaran rangkaian baharu YSL Lovenude. Ia merupakan koleksi bibir matte sensual yang direka untuk mengimbangi kelembutan dan keberanian dalam satu penampilan.
Koleksi ini diterajui oleh YSL Lovenude Lip Blusher, gincu matte hibrid yang menawarkan kemasan soft-focus blurred. Sambil itu, ia memberikan keselesaan seperti lip balm. Turut dipadankan dengan YSL Lovenude Kiss Shaper, pensel bibir yang direka untuk membentuk dan menyerlahkan kontur bibir dengan ketepatan yang effortless.

YSL Lovenude
Gabungan kedua-dua produk ini menghasilkan penampilan bibir semula jadi yang sofistikated. Sekaligus, ia mencerminkan konsep “undressed lip look” yang menjadi inspirasi utama koleksi tersebut.
Melalui YSL Beauty Block Party, YSL Beauty terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama yang sentiasa mencabar norma konvensional dalam dunia kecantikan. Dengan menggabungkan budaya, hiburan dan inovasi digital, acara ini bukan sahaja memperkenalkan produk baharu. Malah, menjadi platform yang meraikan keyakinan diri, keaslian dan ekspresi tanpa batas bagi generasi moden.
YSL Beauty sekali lagi membuktikan bahawa kecantikan hari ini bukan sekadar tentang penampilan, tetapi juga tentang keberanian untuk menjadi diri sendiri.
Pautan berkaitan: EYE MAKEUP PADA LELAKI, TREND YANG WAJAR DIIKUTI? APA PENDAPAT ANDA?
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEVI’S® BLUE TAB™, EVOLUSI DENIM DALAM DIMENSI BAHARU
Levi’s® memperkenalkan koleksi baharu mereka dengan acara Blue Tab™ Exhibit yang diadakan di The Grey Box, GMBB.
BARISAN DUTA JENAMA BAJU RAYA BULAN BINTANG 2026
Barisan duta jenama Bulan Bintang 2026 tampil hebat sempena pertunjukan fesyen Raya Next Chapter, mewakili generasi moden dan tradisi Melayu.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
MEERQEEN DILANTIK SEBAGAI WAJAH BAHARU YSL BEAUTY LE VESTIAIRE DES PARFUMS
YSL Beauty secara rasmi mengumumkan pelakon dan ikon gaya Malaysia, Meerqeen, sebagai wajah baharu Le Vestiaire des Parfums.
TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI PALING FIT 2025
GLAM Lelaki menyorot tiga figura yang bukan sahaja kelihatan fit, tetapi benar-benar mengamalkan gaya hidup aktif
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025
Industri perfileman Malaysia pada tahun 2025 banyak mengeluarkan filem-filem hangat dengan pencapaian yang cukup tinggi.











