5 BAPA YANG BUKAN SELEBRITI TETAPI DIKENALI DAN MENJADI PERHATIAN
Di Malaysia, terdapat ramai individu yang dikenali ramai walaupun mereka bukan selebriti dalam bidang hiburan. Populariti mereka hadir melalui pencapaian, pengaruh di media sosial, atau kisah kehidupan peribadi yang menjadi perhatian masyarakat. Walaupun bukan dikalangan selebriti, namun senarai bapa ini ternyata dikenali dan kisah mereka menjadi perhatian.
Akhyar Rashid
Antara yang sering menjadi perhatian ialah Akhyar Rashid. Pemain bola sepak ini dikenali kerana bakatnya di atas padang serta komitmennya terhadap kerjaya sukan. Walaupun bukan pelakon atau penyanyi, namanya cukup popular dalam kalangan peminat bola sepak. Tambah lagi, Akhyar berkongsi kehidupan peribadi bersama pelakon, Eyka Farhana. Dan pasangan ini baru sahaja dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Luay Khayr pada Mei 2026.

Akhyar Rashid

Akhyar Rashid & Eyka Farhana
Aidil Zafuan
Selain itu, Aidil Zafuan Abdul Radzak juga merupakan figura yang dikenali ramai. Bekas tunggak pertahanan Harimau Malaya ini mempunyai ramai peminat dan sering menjadi perhatian media kerana perjalanan kerjaya serta kehidupan keluarganya. Pernah membina rumah tangga dengan pelakon Rita Rudaini, kini memilih untuk menjalani perkahwinan bersama seorang isteri bernama, Zarema Zainal. Pastinya pasangan ini telah melalui bermacam-macam dugaan sepanjang bergelar suami isteri namun kedua-duanya dilihat tampil ‘low profile’ dan bahagia dengan cara tersendiri.

Aidil Zafuan
Aslam Mazlan

Seterusnya, Aslam Mazlan merupakan individu yang mendapat perhatian ramai menerusi media sosial dan pelbagai laporan portal hiburan. Namanya menjadi sebutan masyarakat dan sering menjadi topik perbualan dalam kalangan netizen. Kisah rumah tangga Aslam bersama dua isterinya selalu menjadi perhatian. Namun, bapa muda ini banyak diminati oleh peminat-peminat muda oleh kerana ketampanan wajahnya.

Dr. Che Hafiz
Dr. Che Hafiz
Seorang lagi individu yang dikenali ramai ialah Dr. Che Hafiz. Walaupun bukan seorang selebriti, dia sering mendapat perhatian masyarakat menerusi kehidupan peribadi dan kerjayanya sebagai seorang profesional. Peranannya sebagai seorang bapa serta komitmennya terhadap keluarga menjadikan dia antara individu yang sering menjadi perhatian umum. Bekas isteri dan isteri yang sekarang merupakan seorang selebriti. Dan mungkin kerana itu, namanya cukup popular dan tidak terlepas dari perhatian orang.
Hanif Zaki
Hanif Zaki, ahli perniagaan dan suami kepada pelakon Anzalna Nasir, turut dikenali ramai walaupun bukan seorang selebriti. Dia sering muncul dalam perkongsian keluarga di media sosial dan mendapat perhatian kerana sifat penyayang serta hubungan rapatnya dengan anak-anak. Ramai pengikut mengagumi peranannya sebagai suami dan bapa yang disifatkan cool dad. Populariti yang diraihnya ternyata memberi impak positif apabila perniagaannya menerima sambutan yang amat menggalakkan.

Anzalna Nasir
Populariti tidak hanya dimiliki oleh artis dan selebriti hiburan. Ramai bapa yang terkenal dalam bidang sukan, perniagaan, media sosial dan kehidupan awam turut mendapat tempat di hati masyarakat kerana pencapaian, pengaruh serta nilai kekeluargaan yang mereka tunjukkan.
Artikel berkaitan: HARI BAPA 2026: K-POP IDOL YANG TURUT BERGELAR SEORANG BAPA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA PRODUK GROOMING SEBAGAI HADIAH HARI BAPA
Produk grooming juga boleh dijadikan sebagai hadiah Hari Bapa yang diingati sebagai tanda penghargaan buat ayah-ayah kita yang sibuk.
HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!
Tahun 2026, kita turut meyambut Hari Bapa dan meraikan bapa-bapa di dunia, termasuklah selebriti tempatan yang bergelar seorang ayah.
5 HADIAH PREMIUM UNTUK HARI BAPA AKAN DATANG 21 JUN INI
Pilihan hadiah Hari Bapa premium untuk lelaki sofistikated. Terokai jenama eksklusif tempatan dan global yang memenuhi estetika GLAM Lelaki.
IKMAL AMRY, “SAYA PERCAYA PROGRES LEBIH PENTING DARIPADA KESEMPURNAAN.”
Ikmal Amry menghiasi cover digital GLAM Lelaki bulan Mei 2026. Menyingkap pertumbuhan diri Ikmal yang semakin progresif dan serius dalam mengatur perjalanan kerjaya seninya, di samping konsisten menjalani tanggungjawab keluarga.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
GEMA RAMADAN 2026: MERAYAKAN “SHARE THE JOY” DALAM KILAUAN SWAROVSKI
Swarovski memperkenalkan Gema Ramadan 2026 berteraskan “Share the Joy”, menampilkan Eyka Farhana, Mimi Lana dan Sharifah Rose.











