Skip to content

5 JENAMA PRODUK GROOMING SEBAGAI HADIAH HARI BAPA

5 JENAMA PRODUK GROOMING SEBAGAI HADIAH HARI BAPA

Kongsikan artikel ini

Produk grooming juga boleh dijadikan sebagai hadiah Hari Bapa yang diingati sebagai tanda penghargaan buat ayah-ayah kita yang sibuk. 

Hari Bapa merupakan waktu terbaik untuk menghargai segala pengorbanan insan bergelar ayah. Selain hadiah konvensional seperti dompet atau jam tangan, produk grooming kini menjadi pilihan yang lebih praktikal dan premium. Daripada penjagaan wajah sehinggalah wangian mewah, hadiah sebegini bukan sahaja membuatkan ayah tampil lebih kemas, malah memberi pengalaman self-care yang sering diabaikan oleh golongan lelaki.

Berikut merupakan 5 jenama grooming yang boleh dijadikan inspirasi hadiah Hari Bapa tahun ini.

#1 Kahf

Diasaskan sebagai jenama penjagaan diri lelaki moden, Kahf terkenal dengan formulasi berkualiti yang direka khusus untuk lelaki aktif dan urban. Selain produk penjagaan kulit, jenama ini juga semakin mendapat perhatian menerusi koleksi wangian premium mereka yang menawarkan karakter maskulin moden.

Untuk Hari Bapa, Kahf Spicestone Extrait de Parfum ialah pilihan hadiah yang cukup istimewa buat ayah yang sukakan wangian elegan dan berkarisma. Wangian ini menampilkan gabungan nota cinnamon, citrus dan tonka bean pada lapisan awal. Kemudian, diikuti sentuhan vanilla, lavender dan rose, sebelum diakhiri dengan nota asas oud, patchouli dan gaiac wood yang hangat serta mewah. Hasilnya ialah aroma woody-spicy yang sofistikated.

produk grooming hari bapa

#2 Gote Skin

Buat ayah yang mula mengambil berat tentang kesihatan kulit, Gote Skin menawarkan rangkaian skincare yang minimalis tetapi berkesan. Jenama ini semakin mendapat perhatian kerana fokusnya terhadap penjagaan kulit dengan bahan aktif berkualiti.

Cadangan terbaik untuk hadiah Hari Bapa ialah Hydrating Cleanser, pencuci muka lembut yang membantu membersihkan tanpa membuat kulit terasa kering. Padankan bersama Hydrating Moisturizer untuk membantu mengurangkan kulit kusam dan mengekalkan skin barrier yang sihat. Cukup sesuai buat ayah yang sering berada dalam ruang berhawa dingin.

produk grooming hari bapa

#3 Rituals

Jika anda mencari hadiah yang terasa lebih mewah, Rituals adalah pilihan sempurna. Jenama dari Belanda ini terkenal dengan produk penjagaan badan dan haruman rumah yang memberikan pengalaman spa di rumah.

Untuk ayah yang sibuk dan memerlukan waktu relaksasi, The Ritual of Samurai Foaming Shower Gel memberikan pengalaman mandian yang menyegarkan dengan aroma maskulin yang elegan. Tambahkan Rituals Homme Charcoal Face Scrub untuk rutin penjagaan wajah yang lebih premium. Hadiah ini sesuai buat ayah yang menghargai momen tenang selepas hari yang panjang.

produk grooming hari bapa

#4 Debut Homme

Direka khas untuk lelaki moden, Debut Homme mengetengahkan konsep grooming yang sofistikated dengan fokus pada penjagaan rambut, janggut dan styling. Estetikanya yang sleek juga menjadikannya hadiah yang kelihatan eksklusif.

Antara produk yang patut dipertimbangkan ialah Debut Homme All Purpose Pomade sesuai untuk ayah yang gemar tampil kemas sepanjang hari tanpa rambut kelihatan terlalu berminyak.

#5 Scents of Memento

Bagi yang ingin menghadiahkan sesuatu yang lebih peribadi dan sentimental, Scents of Memento menawarkan pengalaman wangian yang unik. Jenama ini menampilkan koleksi parfum artisanal yang bukan sekadar harum, tetapi turut membawa cerita dan emosi dalam setiap botol.

Untuk Hari Bapa, wangian seperti Blue Jeans White Shirt daripada Scents of Memento sesuai buat ayah yang menghargai gaya sofistikated dan elegan. Nota dari musk dan sandalwood menjadi pilihan ideal kerana memberikan aura clean, tenang dan berkarisma. Wangian yang tepat bukan sahaja melengkapkan penampilan, malah mampu menjadi identiti peribadi seseorang.

Kesimpulannya, hadiah terbaik sempena Hari Bapa tidak semestinya mahal, yang penting adalah nilai penghargaan di sebaliknya. Produk grooming bukan sekadar hadiah praktikal, tetapi juga satu cara untuk mengingatkan ayah bahawa mereka juga berhak meluangkan masa menjaga diri. Tahun ini, berikan sesuatu yang membuatkan ayah anda rasa lebih segar, yakin dan dihargai.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!

HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!

Bacaan Lanjut
5 HADIAH PREMIUM UNTUK HARI BAPA AKAN DATANG

5 HADIAH PREMIUM UNTUK HARI BAPA AKAN DATANG 21 JUN INI

Bacaan Lanjut

IKMAL AMRY, “SAYA PERCAYA PROGRES LEBIH PENTING DARIPADA KESEMPURNAAN.”

Bacaan Lanjut
8 PRODUK GROOMING LELAKI YANG MENJADI 'HOLY GRAIL' BUAT LELAKI

5 PRODUK GROOMING LELAKI YANG MENJADI ‘HOLY GRAIL’ BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut

TIGA HARUMAN BAHARU SETIAP LELAKI MESTI MILIKI

Bacaan Lanjut
selebriti daddy

LIMA SELEBRITI DADDY PALING ‘HOT’ DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut