BVLGARI MENGHIDUPKAN SEMULA LEGASI EMAS DAN KELULI. MENAMPILKAN WAJAH BERPENGARUH THAILAND.
Sempena koleksi hangat Bvlgari ini, Bvlgari hadirkan imej kempen eksklusif bersama wajah-wajah semasa Thailand, seperti Mile Phakphum, Off Jumpol, Orm Kornnaphat dan Nine.
Dalam dunia perhiasan mewah yang sentiasa berkembang, inovasi sering lahir daripada keberanian untuk mencabar norma. Itulah yang dilakukan oleh Bvlgari menerusi pelancaran terbaharunya, Gold & Steel, sebuah koleksi yang menghidupkan kembali salah satu identiti reka bentuk paling berani dan ikonik jenama itu sejak era 1970-an.

Mile Phakphum
Gabungan emas berharga dan keluli tahan karat mungkin kelihatan luar biasa pada zamannya, namun pendekatan revolusioner inilah yang telah meletakkan Bvlgari sebagai peneraju dalam dunia reka bentuk avant-garde. Hari ini, falsafah tersebut kembali diberi nafas baharu melalui koleksi yang menghubungkan warisan dengan cita rasa kontemporari.
Antara sorotan utama ialah pengenalan dua cincin baharu B.zero1, masing-masing dalam versi dua jalur dan empat jalur. Dihasilkan daripada keluli tahan karat dengan kemasan tepi emas kuning. Rekaan ini memperlihatkan bagaimana Bvlgari terus bereksperimen dalam ruang yang kompak. Spiral ikonik B.zero1 kekal menjadi identiti utama, melambangkan pergerakan tanpa henti dalam bentuk arca yang moden dan sofistikated.

Mile Phakphum

Off Jumpol
Keluli memberikan kekuatan seni bina yang diinspirasikan daripada ritma tiang-tiang purba Rom, manakala emas menambah elemen kehangatan dan definisi. Direka khusus untuk kegunaan harian, cincin-cincin ini menampilkan profil yang lebih nipis dan ringan. Menawarkan keselesaan optimum tanpa mengorbankan estetika mewah. Fleksibiliti rekaannya juga membolehkan ia dipakai secara individu atau digayakan secara bertindih (stacking), memberi kebebasan kepada pemakai untuk mencipta gaya peribadi yang unik.
Dilancarkan pertama kali pada tahun 1999 sebagai simbol keberanian menentang konvensi, B.zero1 terus berkembang mengikut zaman tanpa kehilangan DNA asalnya. Selain B.zero1, koleksi Gold & Steel turut menampilkan rangkaian Bvlgari Tubogas, ciptaan High Jewelry serta jam tangan Serpenti Tubogas Studs Capsule yang menggabungkan ketukangan luar biasa dengan ekspresi moden.

Orm Kornnaphat

Nine
Melalui Gold & Steel, Bvlgari sekali lagi membuktikan bahawa inovasi sejati lahir daripada penghormatan terhadap warisan. Hasilnya adalah koleksi yang meraikan keseimbangan antara tradisi, kreativiti dan kemewahan kontemporari.
Artikel berkaitan: KOLABORASI GLAM LELAKI DAN CORTINA WATCH HARGAI SENI PEMBUATAN JAM TANGAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ZENITH CHRONOMASTER SPORT SKELETON TONJOLKAN KEHEBATAN EL PRIMERO
ZENITH CHRONOMASTER Sport Skeleton di Watches and Wonders 2026 dengan dial skeleton moden yang memberi fokus pergerakan mekanikal El Primero.
SELEBRITI THAILAND MENDOMINASI BARISAN HADAPAN PARIS FASHION WEEK 2026
Kehadiran selebriti Thailand di Paris Fashion Week menunjukkan pengaruh budaya pop Asia Tenggara semakin penting dalam dunia fesyen.
PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI
Bagi Park, menjadi duta OMEGA merupakan satu penghormatan besar dan peluang berkongsi falsafah dan nilai jenama tersebut peringkat global.
BLACK BAY ILHAM TUDOR: IKON JAM TANGAN PENYELAM DENGAN EVOLUSI TERKINI
TUDOR membuktikan kehebatannya dalam dunia horologi dengan memperkenalkan evolusi terbaharu jam tangan penyelam ikonik mereka, Black Bay.
RALPH LAUREN BAWA ARTIS THAI, JOONG & DUNK MELAWAT JEWEL CHANGI AIRPORT
Musim ini, Ralph Lauren bekerjasama dengan Jewel Changi Airport di Singapura sebagai jenama fesyen pertama yang mengubah ruang Forest Valley menjadi ekspresi penuh semangat musim percutian.
60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear SS25 di kota Milan dan Paris kali ini?











