Skip to content

KENALI WAGS PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026

KENALI WAGS PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026

Kongsikan artikel ini

Selain daripada pemain bola sepak FIFA World Cup 2026 mendapat perhatian musim ini, WAGs (Wives & Girlfriends) mereka tidak ketinggalan. 

Di sebalik gemerlapan pentas FIFA World Cup 2026 yang baru bermula, perhatian peminat bukan sahaja tertumpu kepada aksi para pemain di atas padang. Malah, spotlight turut terarah kepada insan tersayang yang sentiasa menjadi tulang belakang mereka, para WAGs (Wives and Girlfriends). Daripada model antarabangsa hingga usahawan berjaya, mereka bukan sekadar pasangan kepada bintang bola sepak, tetapi juga ikon gaya dan pengaruh global.

Istilah WAGs (Wives and Girlfriends) mula diperkenalkan oleh media tabloid British pada awal tahun 2000-an untuk merujuk kepada pasangan pemain bola sepak negara England.  Kini, istilah tersebut telah berkembang secara global dan digunakan untuk menggambarkan pasangan atlet dalam pelbagai sukan utama seperti NFL, NBA, F1 dan banyak lagi. WAGs sering dikaitkan dengan gaya hidup mewah, penampilan fesyen yang mencuri perhatian di acara sukan, serta pengaruh besar mereka di media sosial.

Berikut ialah Wags kepada pemain bola sepak FIFA World Cup 2026 yang ikonik.

1. Antonela Roccuzzo & Lionel Messi 

Antonela Roccuzzo bukan nama asing dalam dunia bola sepak. Dilahirkan di Rosario, Argentina, Antonela dikenali sebagai model, influencer dan usahawan yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial. Dengan gaya elegan yang sentiasa tampak effortless, Antonela sering menjadi inspirasi fesyen wanita moden.

Apa yang menjadikan Antonela begitu disukai ramai adalah personalitinya yang rendah diri walaupun bergelar isteri kepada lagenda bola sepak dunia, Lionel Messi. Kisah cinta mereka juga cukup istimewa. Bermula sejak zaman kanak-kanak sebelum berkembang menjadi hubungan yang bertahan hingga ke hari ini. Antonela sentiasa dilihat sebagai tunjang emosi terbesar Messi, terutama dalam detik kemenangan dan kekalahan terbesar kariernya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Antonela Roccuzzo (@antonelaroccuzzo)

2. Ester Expósito & Kylian Mbappé 

Pelakon Sepanyol, Ester Expósito, merupakan antara wanita muda paling berpengaruh di Eropah. Namanya melonjak menerusi siri popular Elite, sekali gus menjadikannya ikon generasi baharu dalam dunia hiburan dan fesyen.

Dengan wajah memukau serta aura glamor yang kuat, Ester sering menghiasi kempen fesyen mewah dan karpet merah antarabangsa. Hubungannya dengan Kylian Mbappé menjadikan mereka pasangan yang sering menjadi perhatian media global. Ester membawa elemen Hollywood glamour ke dalam dunia bola sepak moden. Seksi, berani dan sofistikated.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ester 🌙 (@ester_exposito)

3. Georgina Rodríguez & Cristiano Ronaldo

Jika ada satu nama yang sinonim dengan gelaran WAGs, pastinya Georgina Rodríguez. Model, usahawan dan personaliti televisyen ini telah membina empayar tersendiri, jauh melangkaui statusnya sebagai pasangan Cristiano Ronaldo.

Georgina terkenal dengan gaya hidup mewah, koleksi haute couture, barang kemas eksklusif dan kehidupan jet-set yang sering dikongsi di media sosial. Namun di sebalik kemewahan itu, dia juga dikenali sebagai seorang ibu yang sangat mementingkan keluarga. Melalui siri realiti I Am Georgina, peminat dapat melihat sisi peribadinya yang lebih intim. Penuh ambisi, disiplin dan kasih sayang terhadap keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Georgina Rodríguez (@georginagio)

4. Tolami Benson & Bukayo Saka 

Tolami Benson mungkin antara WAGs generasi baharu yang paling menarik perhatian. Dia dikenali dengan gaya street-luxe yang moden, edgy dan segar, menjadikannya kegemaran pemerhati fesyen.

Dengan penampilan yang sentiasa trend-forward, Tolami sering mencetuskan perbualan di media sosial. Aura cool-girl yang dimilikinya membuatkan ramai menganggapnya sebagai representasi sempurna WAGs era Gen Z: stylish, independent dan berpengaruh. Bersama bintang muda England, Bukayo Saka, pasangan ini mencerminkan generasi baharu dunia bola sepak yang lebih fresh dan moden.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @tolami_benson

5. Isabel Haugseng Johansen & Erling Haaland 

Tidak seperti WAGs lain yang aktif diluar media sosial, Isabel Haugseng Johansen memilih untuk kekal lebih privasi. Justeru, sisi misteri itulah yang membuatkan ramai semakin tertarik dengannya.

Isabel berasal dari Norway dan dikenali sebagai individu yang sentiasa menyokong Erling Haaland jauh daripada sorotan kamera. Walaupun jarang tampil di khalayak ramai, penampilannya sentiasa menampilkan aura Scandinavian chic. Minimal, clean dan effortlessly stylish. Dia membuktikan bahawa tidak semua WAGs perlu sentiasa berada di spotlight untuk memberi impak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Isabel Haugseng Johansen (@isabellaa)

6. Taylor Ward & Riyad Mahrez 

Taylor Ward merupakan model, influencer dan personaliti televisyen Britain yang terkenal dengan estetika fesyen mewahnya. Daripada gaun couture hingga gaya off-duty yang chic, Taylor sentiasa tampil sempurna.

Sebagai isteri kepada Riyad Mahrez, Taylor sering menjadi perhatian media hiburan dan fesyen. Kehadirannya di stadium juga hampir sama dinanti seperti aksi Mahrez di padang. Gaya feminin glamor yang dibawanya menjadikan Taylor antara WAGs paling fashionable tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TAYLOR WARD (@taylorwardx)

7. Bruna Biancardi & Neymar Jr. 

Bruna Biancardi adalah model dan influencer Brazil yang mempunyai pengaruh besar di media sosial. Dengan jutaan pengikut, setiap perkongsian Bruna sama ada fesyen, kecantikan mahupun gaya hidup, sentiasa mendapat perhatian.

Bruna membawa aura sensual khas wanita Brazil: confident, glamorous dan penuh karisma. Hubungannya dengan Neymar Jr. sering menjadi tajuk utama media hiburan antarabangsa. Bersama Neymar, mereka membentuk pasangan power-couple yang sentiasa mencetuskan buzz dalam dunia bola sepak dan pop culture.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BRUNA BIANCARDI (@brunabiancardi)

8. Izabel Kovačić & Mateo Kovačić

Izabel Kovačić merupakan model dan usahawan Croatia yang terkenal dengan gaya sofistikated serta penampilan yang sentiasa anggun. Dengan estetika minimalis yang mewah, Izabel sering tampil dalam helaian yang classy dan timeless, menjadikannya antara WAGs paling stylish dalam dunia bola sepak.

Selain bergelar model, Izabel juga aktif dalam dunia perniagaan dan fesyen, membuktikan dirinya lebih daripada sekadar pasangan kepada pemain bola sepak terkenal. Personalitinya yang tenang dan polished membuatkan dia sentiasa menyerlah tanpa perlu terlalu mencuri perhatian. Sebagai isteri kepada bintang tengah Mateo Kovačić, Izabel sentiasa menjadi penyokong setia di belakang tabir, menemani perjalanan karier pemain pasukan negara Croatia itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IZAKOVA (@izakova)

Dalam dunia bola sepak moden, WAGs memainkan peranan lebih besar daripada sekadar pasangan pemain. Mereka adalah sumber sokongan emosi, ikon fesyen, dan personaliti berpengaruh yang turut membentuk naratif sukan global. Menjelang Piala Dunia 2026, pasangan-pasangan ini membuktikan bahawa di sebalik setiap bintang bola sepak, ada insan istimewa yang turut berkongsi perjalanan menuju kejayaan.

Pautan berkaitan: 10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026

10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
KEHIDUPAN TERKINI RONALDO & GEORGINA RODRIGUEZ SELEPAS BERPINDAH KE ARAB SAUDI

KEHIDUPAN TERKINI RONALDO & GEORGINA RODRIGUEZ SELEPAS BERPINDAH KE ARAB SAUDI

Bacaan Lanjut

10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2022

Bacaan Lanjut
NAMA & WAJAH ANAK KELIMA CRISTIANO RONALDO DIDEDAHKAN

NAMA & WAJAH ANAK KELIMA CRISTIANO RONALDO DIDEDAHKAN

Bacaan Lanjut
PENGHORMATAN BUAT CRISTIANO RONALDO DARIPADA PENYOKONG MU & LIVERPOOL

PENGHORMATAN BUAT CRISTIANO RONALDO DARIPADA PENYOKONG MU & LIVERPOOL

Bacaan Lanjut
CRISTIANO RONALDO BERI PETUNJUK BAKAL AKHIRI ZAMAN BUJANG

CRISTIANO RONALDO BERI PETUNJUK BAKAL AKHIRI ZAMAN BUJANG

Bacaan Lanjut