Skip to content

ZENITH CHRONOMASTER SPORT SKELETON TONJOLKAN KEHEBATAN EL PRIMERO

Kongsikan artikel ini

ZENITH MEMPERKENALKAN ARLOJI BAHARU CHRONOMASTER SPORT SKELETON DI WATCHES AND WONDERS 2026 DENGAN DIAL SKELETON MODEN YANG MEMBERI FOKUS KEPADA KEINDAHAN PERGERAKAN MEKANIKAL EL PRIMERO.

CHRONOMASTER Sport Skeleton direka dalam sarung keluli tahan karat bersaiz 41mm dengan bezel seramik hitam.

CHRONOMASTER dan Legasi El Primero

El Primero yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1969 dikenali sebagai kronograf automatik frekuensi tinggi pertama di dunia. Koleksi CHRONOMASTER Sport meneruskan legasi ZENITH dengan enjin El Primero 3600, kronograf automatik frekuensi tinggi ini beroperasi pada 5Hz berdetik pada 36,000 getaran sejam dan mengukur masa sehingga 1/10 saat.

Tidak seperti kronograf biasa yang jarum saat berpusing sekali setiap minit, model ni membantu meningkatkan ketepatan masa dan menjadi identiti utama ZENITH dalam dunia jam tangan. Pendekatan ini menjadikan ketepatan frekuensi tinggi lebih mudah dilihat dan terus menjadi ciri utama jam kronograf ZENITH sejak lebih 50 tahun.

CHRONOMASTER Sport Skeleton hadir dalam bekas keluli bersaiz 41mm dengan bezel seramik hijau.

Reka Bentuk Telus yang Menyerlahkan Prestasi

Arloji ini menampilkan dial nilam dengan bernada hitam di bahagian tepi yang beransur transparan di bahagian tengah, mendedahkan struktur dalaman pergerakan jam. Rekaan skeleton ini dihasilkan dengan teliti bagi mengekalkan kekuatan dan ketepatan tinggi tanpa menjejaskan prestasi frekuensi tinggi.

Ia turut mengekalkan sub-dial tiga warna ikonik (kelabu, anthracite dan biru) yang diinspirasikan daripada El Primero asal 1969. Penanda jam jenis baton serta jarum disuntik cat kilau memastikan bacaan masa kekal jelas dan mudah dilihat.

Bahagian column wheel atau roda lajur berwarna biru, sistem klac horizontal dan rotor terbuka dengan logo bintang ZENITH turut diperlihatkan di bahagian belakang jam. Pergerakan ini turut dilengkapi roda pelepas silikon, mekanisme hentian saat, serta rizab kuasa sehingga 60 jam.

CHRONOMASTER Sport Skeleton menggabungkan bekas emas ros bersaiz 41mm dengan bezel seramik hitam serta tali getah hitam

CHRONOMASTER Sport Skeleton hadir dalam bekas emas ros bersaiz 41mm dengan 50 berlian potongan baguette pada bezel.

Berlindung di dalam case 41mm dengan tekstur kemasan mengilap dan dimadukan cincin bezel seramik tahan calar; CHRONOMASTER Sport Skeleton, kalis air sehingga 10 ATM. Ia ditawarkan dalam versi keluli tahan karat dengan cincin bezel warna hijau atau hitam, versi ketiga tampil elegan dalam emas merah 18 karat dipadankan dengan bezel seramik hitam serta tali getah berwarna hitam.

Melengkapkan koleksi ini ialah edisi terhad eksklusif sebanyak 10 unit dalam emas merah 18 karat yang dipadankan dengan tali gelang sepadan dengan cincin bezel bertatahkan berlian potongan baguette.

ZENCLASP™, Pengancing Lipat Baharu oleh ZENITH

ZENITH turut memperkenalkan pengancing lipat baharu dikenali sebagai ZENCLASP™ bagi model keluli tahan karat. Ia dilengkapi sistem keselamatan dan pelarasan mikro tanpa alat bagi memberikan keselesaan dan pemakaian lebih baik. Pengancing ini dibangunkan selama tiga tahun dan diuji melebihi 600,000 kali bukaan dan penutupan sebelum diperkenalkan kepada model CHRONOMASTER Sport lain secara berperingkat.

ZENITH memperkenalkan arloji bahary Chronomaster Sport Skeleton di Watches and Wonders 2026 dengan dial skeleton moden yang memberi fokus pergerakan mekanikal El Primero.

Artikel berkaitan: ZENITH PERKENALKAN CHRONOMASTER SPORT DAN TAMBAHAN DUA MODEL G.F.J. BAHARU.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Zenith

ZENITH PERKENALKAN CHRONOMASTER SPORT DAN TAMBAHAN DUA MODEL G.F.J. BAHARU.

Bacaan Lanjut
omega seamaster planet

PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI

Bacaan Lanjut

BLACK BAY ILHAM TUDOR: IKON JAM TANGAN PENYELAM DENGAN EVOLUSI TERKINI

Bacaan Lanjut
Bual bicara arloji bersama Julien Tornare 01

Bual bicara arloji bersama Julien Tornare

Bacaan Lanjut
GL JAN:FEB 2021, ADAM LEE, MASIH LAPAR 01

GL JAN/FEB 2022: ADAM LEE, MASIH LAPAR

Bacaan Lanjut
GL JAN:FEB 2021, HARRIS ALIF, YOUNG FATHERHOOD 01

GL JAN/FEB 2022: HARRIS ALIF, YOUNG FATHERHOOD

Bacaan Lanjut