GL JAN/FEB 2022: ADAM LEE, MASIH LAPAR
TAHUN INI GENAP 10 TAHUN BERKECIMPUNG DALAM DUNIA HIBURAN TEMPATAN, ADAM LEE, 28, MASIH LAPAR UNTUK MENCABANGKAN BAKAT SENINYA. MULANYA MENDAPAT PERHATIAN SATA MEMBINTNAGI DRAMA BERSIRI LARA AISHAH, PEMUDA INI TERUS MENEROKA PELUANG DEMI MENGEJAR CITA-CITA SEBAGAI ANAK SENI.
Pengarang Rencana : ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen : MUZAMMIN MUZLAN, Pengarah Seni : AMIRUL ARIFIN, Gambar : MICKY WONG/NEWSTORYBOARDS, Grooming : ADY RAZAK Rambut : MIEDY DANIEL
Perkembangan terkini Adam?
Bakal tampil dengan dua buah drama untuk tayangan slot Samarinda di saluran TV3. Keduanya berpunya 15 episod dan Adam memegang watak utama, sebagai model untuk sebuah drama yang boleh dikatakan agak serius. Satunya lagi sebagai Chef bergenre komedi romantik.
Jika Adam berpeluang untuk mengubah sesuatu pada diri…
Memperkasakan kemahiran dan kesantunan lisan agar lebih efektif.
Hobi terbaru kala ini?
Sebelum memasuki lapangan seni, Adam adalah seorang individu yang gemarkanaktiviti sukan seperti bermain futsal, badminton, bola keranjang. Sejak setahun kebelakangan ini, Adam gila memancing. Memancing bukanlah hobi yang membuang masa kerana ia sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih tenang. Senang kata, mencabar keimanan.
Masa bagi Adam?
Kita bisa huru-hara sekiranya tidak mempunyai masa. Kerna itu masa amat penting. Terkadang, kitaran masa 24 jam itu sendiri terlalu singkat untuk dipenuhi dengan pelbagai perkara.
Nasihat terbaik yang boleh anda berikan pada diri saat ini?
Jangan kesali apa jua yang sudah berlalu. Nikmati kehidupan dengan sebaiknya kerana setiap saat itu nilainya sangat berharga.
Gaya fesyen ideal?
All black, anything black; seperti Prada.
Must-have item?
Jam tangan dan wangian, dua item ini adalah pelengkap persalinan untuk Adam juga selautan jejaka di luar sana.
Apa yang paling dirisaukan?
Apa yang bakal tiba. Umpamanya, saya bawa jenama Adam Lee ini dan pada saat ini ia relevan. Namun, umum tahu, bila masa dan tahun berganti; bakat baru memenuhi ruang seni ini. Di mana kah Adam Lee kala itu?
Sesuatu yang sering menimbulkan salah faham mengenai diri anda?
Bila saya tidak senyum, orang kata saya sombong. Bila borak, friendly pula. Takkanlah nak sengih 24 jam.
Jika dapat memutarkan masa, apa yang Adam mahu ubah?
Mungkin mahu melanjutkan pelajaran sehingga berpunya Master. Apa jua yang berkaitan dalam bidang seni seperti filmmaking.
Perkara mengenai lelaki yang ingin diubah?
Ego atau baran seorang lelaki itu.
Wanita…
Tidak sekali memandang rupa paras atau fizikal. Sikap, keperibadian dan pendidikan jauh lebih penting.
Bucket list?
Mungkin ia ekstrem, tapi saya mahu mencuba Wingsuit flying.
Sweet..
Punya keperibadian yang baik dan sopan santun. Tambah lagi, sangat bijak orangnya. Kadang-kala mahu argue dengan orang bijak ini, agak pening. Tapi itulah yang bakal mematangkan saya. Dia juga seorang yang independent langsung bersungguh untuk melaksanakan sesuatu.
Apa yang anda pelajari baru-baru ini?
Lebih peka dan berwaspada dengan orang sekeliling. Contohnya, bila kita mahukan seseorang itu selesa dengan kita; pada masa yang sama bila sudah selesa bakal dipijak kepala pula.
Sukses?
Adam berusia 28 tahun, dan tidak pernah puas saat ini. Sekiranya mahu bicara mengenai sukses, kisahnya berpanjangan dan tidak punya noktah.
Berganjak ke usia 30 tahun, apa yang sudah Adam prepare?
Alhamdullilah, saat ini Adam sudah memenuhi aspek keperluan dalam kehidupan seperti memiiki rumah. Sekiranya, dimurahkan rezeki dianugerahkan jodoh, memasuki usia 30 nanti saya mahu fokus untuk membina famili serta mencabangkan punca rezeki. Paling penting, berpunya kualiti masa untuk diluangkan bersama seisi keluarga.
Are you happy? dan tahap kebahagiaan sekarang?
Yes, 8 out of 10, kerana kebahagiaan serta ketenangan itu senantiasa punya ruang untuk diperbaiki.
Apa yang anda cabar diri baru-baru ini?
To be able to improve my multitasking skills.
Lokasi kediaman idaman?
Tinggal bersama alam di sebuah pulau terpencil. Great tans, shaggy hair dan carefree!
Perancangan Adam seterusnya.
Bernikah mungkin pada tahun ini. Jangan risau kami tidak akan merahsiakannya seperti waktu pertunangan kerana mengikuti Prosedur Operasi Standard. Selain itu, bakal terus berkecimpung dalam dunia seni lakonan serta berhasrat untuk mencabangkan sumber rezeki dalam dunia bisnes.
Tiga perkataan menggambarkan diri anda.
Aktif, berimaginasi tinggi, dan degil. Haha.
PAUTAN BERKENAAN: GL JAN/FEB 2022: HARRIS ALIF, YOUNG FATHERHOOD
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN DIOR MEN SUMMER 2025 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan Dior Men Summer 2025. Saksikan secara livestream pada 21 Jun 2024 bersempena Paris Fashion Week Men 2024.
“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024
Untuk edisi digital Januari 2024, GLAM Lelaki menampilkan hero Malaya berbakat, Aiman Hakim Ridza yang bakal menimang cahaya mata kedua bersama aktres jelita, Zahirah MacWilson pada tahun ini.
GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023
Meerqeen sering menampilkan perwatakan yang begitu segak yang disulami dengan stail fesyen peribadinya yang cukup bergaya. Mari lihat gaya terbaik Merqeen sepanjang 2023.
JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR
Bintang Korea Selatan, Ji Chang-wook yang juga merupakan duta Rado terbang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan pembukaan butik terbaharu di Pavilion KL.
TEROKAI ERA BAHARU WANGIAN RABANNE BERSAMA POWER COUPLE PILIHAN GLAM LELAKI
Rabanne menerokai era baharu dengan pelancaran wangian PHANTOM dan FAME Parfum bersama tiga power couple pilihan GLAM Lelaki.
KENDALL JENNER DAN BAD BUNNY BINTANG DALAM KEMPEN BAHARU GUCCI VALIGERIA
Kempen terbaru Gucci menampilkan pasangan kekasih Kendall Jenner dan Bad Bunny. Ia dirakam di lapangan terbang dengan konsep jet set glamour era 90-an.