Skip to content

5 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG BINTANG ELITE, MANU RIOS

Kongsikan artikel ini

Dengan bakat, stail fesyen dan rupa yang menawan, nama Manu Rios bakal bersinar terang dalam industri seni lakonan, nyanyian dan fesyen antarabangsa.

Sejak membuat kemunculan dalam siri hangat Netflix, “Elite”, namanya kian menjadi bualan peminat dan juga kelompok fesyen utama. Manu Rios kini kerap dilihat menghadiri minggu fesyen dan acara fesyen eksklusif dari New York sehinggalah kota Paris. Berbekal rupa yang menawan, stail fesyen serta bakat lakonan dan nyanyian, bintang muda kelahiran Sepanyol ini bakal bersinar terang dalam industri seni dan fesyen antarabangsa.

(Photo by Dimitrios Kambouris/Getty Images for Dior Men)

Berikut adalah 5 perkara mengenai ikon fesyen, Manu Rios yang mungkin anda tidak tahu:

Bintang Sagitarius

Manu Rios Fernandez atau popular dengan nama pentas, Manu Rios dilahirkan pada 17 Disember 1998 di Calzada de Calatrava, Sepanyol. Tahun ini, dia yang berbintang zodiak Sagitarius bakal menjangkau usia 24 tahun.

 

Ketinggian Manu Rios

Louis Vuitton

Menurut Popbuzz, pelakon muda ini mempunyai ketinggian 5 kaki 11 inci, ataupun 1.82 meter tinggi. Ini meletakkan dia beberapa inci lebih rendah daripada pelakon “Elite” yang paling tinggi iaitu Aron Piper.

 

Penyanyi Youtube

(Photo by Robert Marquardt/Getty Images)

Sebelum melangkah ke pentas lakonan, Manu Rios lebih dikenali sebagai seorang penyanyi. Sejak berusia 13 tahun lagi, dia banyak menyanyikan lagu-lagu hit daripada One Direction, Rihanna dan Adele yang dikongsikan melalui akaun Youtube. Dia turut dikenali sebagai Justin Bieber Sepanyol.

 

Peserta Pencarian Bakat

(Photo By Raul Terrel/Europa Press via Getty Images)

Sebelum dia memegang watak Patrick Blanco dalam musim keempat siri “Elite”, dia pernah muncul dalam rancangan “Pepe’s Beach Bar” sebagai Mauri pada 2014. Di amula mencipta nama dengan mengertai beberapa pertandingan pencarian bakat seperti Tú Sí Que Vales dan juga Cántame Cómo Pasó.

 

Bintang Sosial Media

(Photo by Edward Berthelot/Getty Images)

Pengaruhnya di platform media sosial cukup besar. Mahu Rios mempunyai lebih 9.8 juta pengikut melalui akaun Instagram dan lebih 2.9 pengikut di TikTok. Dia banyak berkongsikan foto atau video ketika penggambaran, menghadiri acara fesyen serta ketika bercuti bersama rakan-rakan.

 

Foto: Getty Images, Instagram

Baca lebih lanjut: 7 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI RAFAEL NADAL

 

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
fashion week 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

FELIX STRAY KIDS DAN SHO HIRANO ANTARA YANG MENGHADIRI LOUIS VUITTON MEN PRE-FALL 2024 DI HONG KONG

Bacaan Lanjut
David Beckham

ANTARA CITA-CITA & CINTA, DOKUMENTARI DAVID BECKHAM DEDAH SISI PERIBADI

Bacaan Lanjut