BOSS MERAIKAN KISAH SUKSES BERSAMA NBA
Kolaborasi BOSS dengan NBA adalah simbol bagaimana kita meraikan kekuatan mental sebagai tunjang utama manusia!
Gelanggang NBA adalah tempat dimana terhimpunnya mereka yang berdedikasi tinggi. Selain mempunyai bakat yang luar biasa, atlet NBA adalah mereka yang mampu menzahirkan watak sebenar BOSS. Mereka mahu menang sehabis-habisnya. Inilah tunjang DNA di BOSS. Dalam apa juga situasi, kita terus harunginya dengan penuh dedikasi.
Tahun lalu, koleksi kapsul BOSS & NBA menjadi antara yang terhangat buat peminat dua jenama ini. Lantas diteruskan lagi dengan taruhan logo baharu BOSS. Himpunan ini turut mempunyai logo NBA itu sendiri serta pasukan terbaik daripada league ini. Ada 12 item sebagai taruhan koleksi ini yang dihiasi dengan grafik khas.
Koleksi kapsul BOSS & NBA ini merakam Klay Thompson, pemain terbaik daripada pasukan Golden State Warrior sebagai bintang utama mereka. Koleksi ini bakal singgah ke butik BOSS di Pavillion Kuala Lumpur bermula 25 Februari,
ARTIKEL BERKAITAN: AURA BINTANG COLE SPROUSE UNTUK VERSACE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOSS LEGEND SERIES, INSPIRASI GAYA FREDDIE MERCURY
Sentimen gaya legenda muzik Freddie Mercury membentuk koleksi kapsul BOSS sempena BOSS Legend Series.
KUASA TARIKAN BOSS
Memasuki dimensi baharu, BOSS The Scent hadir dengan aroma menggoda yang dibintangi Jacob Elordi dan Laura Harrier memancar keghairahan.
ALAMI SENSASI TOKYO 2020 TERUS DARI RUMAH
Airbnb menawarkan siri program istimewa dalam memberikan pengalaman maya Sukan Olimpik Tokyo 2020 bersama barisan atlet Olimpik, Paralimpik dan sukarelawan Jepun terus dari rumah anda.
LVxNBA, LOUIS VUITTON REALISASI PROJEK BERSAMA NBA
Louis Vuitton hadirkan koleksi lengkap bersifat sukan lagi. Namun berbeza kali ini, LVxNBA dihasilkan bersama National Basketball Association (NBA), meluncurkan koleksi yang mengeksplorasi dunia dan esensi sukan bola keranjang.
BERTEMU BOSS X RUSSELL ATHLETIC
Koleksi BOSS X Russell Athletic mengagungkan siluet sukan serta kepelbagaian yang berkembang rancak. Aspek tailoring turut mengatur secara spesifiknya.
SKINNY JEANS SUDAH ADA PENGGANTI!
'Skinny jeans' semakin kehilangan populariti sejak kebelakangan ini. 5 seluar ini merupakan "cultural reset" untuk "skinny jeans"!