DIOR BOLT SIMBOL KEANGGUNAN MODEN DALAM KOLEKSI BEG WINTER 2026-2027
Mendefinisikan semula gaya aksesori kontemporari, Dior memperkenalkan koleksi Dior Bolt bagi musim Winter 2026-2027 oleh Jonathan Anderson.
Koleksi Dior Bolt merupakan hasil kreativiti Jonathan Anderson yang menggabungkan siluet berani, perincian tersendiri dan keanggunan moden. Setiap rekaan menampilkan karakter tersendiri, sekali gus mencerminkan pendekatan baharu terhadap estetika Dior yang mengutamakan keseimbangan antara fungsi dan gaya.

DIOR BOLT
Menjadi antara tarikan utama koleksi ini, beg silang Dior Bolt menyerlah menerusi bentuknya yang berstruktur. Ia dilengkapi corak flat cannage ikonik pada permukaan kulit. Poket berpenutup tunggal memberikan sentuhan praktikal, manakala pemegang dengan kemasan tandatangan logam Dior menambah elemen grafik yang tersendiri. Direka untuk melengkapi pergerakan harian, beg ini menawarkan ruang dalaman yang luas bagi menyimpan keperluan peribadi tanpa mengabaikan nilai estetiknya. Selain versi kulit, Dior Bolt turut ditawarkan dalam gabungan fabrik tweed dan kulit, dengan corak cannage yang sama sebagai identiti visual.

Bagi mereka yang menggemari rekaan lebih fleksibel, Dior Bolt Duffle hadir dengan struktur lebih lembut. Ia juga hadir dengan pembinaan boleh lipat yang memberikan dimensi berbeza kepada siluetnya. Cincin berbentuk D pula menyerlahkan garis rekaannya yang seakan-akan bergerak. Sementara itu, tekstur kulit berbutir menambah daya tarikan sensori pada keseluruhan penampilan.
Melengkapi keperluan gaya hidup moden, kedua-dua rekaan dilengkapi penutup zip dan tali boleh tanggal untuk pilihan gaya pemakaian yang lebih versatil. Perincian tandatangan logam Dior pada tali dan pemegang mengukuhkan identiti koleksi ini, menjadikan setiap beg bukan sekadar aksesori pelengkap, tetapi juga pernyataan gaya yang tersendiri.

Menerusi Dior Bolt, Jonathan Anderson meneroka sisi baharu keanggunan Dior melalui rekaan yang mengutamakan perincian inovatif, kemudahan dan karakter visual yang kuat. Sebuah koleksi yang membuktikan bahawa fungsi harian dan estetika mewah mampu bergerak seiring dalam satu rekaan yang penuh identiti.
Pautan berkaitan: PENAMPILAN SELEBRITI DI NEW YORK FASHION WEEK 2026
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
SELEBRITI THAILAND MENDOMINASI BARISAN HADAPAN PARIS FASHION WEEK 2026
Kehadiran selebriti Thailand di Paris Fashion Week menunjukkan pengaruh budaya pop Asia Tenggara semakin penting dalam dunia fesyen.
7 TREND KASUT LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI MUSIM BUNGA 2026
Trend kasut lelaki musim bunga 2026 memberi fokus kepada keselesaan dan gaya daripada kanvas klasik hingga slip-on anyaman.
GRAMMYS 2026, FESYEN LELAKI JADI TUMPUAN
GLAM Lelaki menobatkan lapan lelaki paling bergaya di Grammys 2026. Mereka menetapkan standard baru untuk ekspresi sartorial karpet merah.
DIOR JETT, BEG BAHARU FOKUS DIOR UNTUK MUSIM BUNGA 2026
Dior Jett, siluet baharu antara warisan dan kemodenan. Beg musim baharu yang patut dimiliki. Terdapat dua rekaan sebagai pilihan peribadi.











