Skip to content

Zenith

ZENITH PERKENALKAN CHRONOMASTER SPORT DAN TAMBAHAN DUA MODEL G.F.J. BAHARU.

Kongsikan artikel ini

MENERUSI WATCHES AND WONDERS EDISI TAHUN 2026, ZENITH MEMPERKUKUHKAN BARISAN CHRONOMASTER SPORT JUGA MENAMBAH DUA MODEL G.F.J. BAHARU.

Setahun lalu, Zenith meraikan ulang tahunnya yang ke-160 tahun. Demikian, kita bakal menjangkakan jenama ini untuk memperlahankan langkah dalam menciptakan barisan arloji baharunya tahun ini.

Zenith Chronomaster Sport Two-Tone diperbuat dalam keluli dan emas merah berlapiskan dial mother-of-pearl.

Sebaliknya, Zenith terus mengabadikan momentum lantas memperkenalkan barisan jam tangan yang lebih mantap. Satu ekspedisi luar biasa dalam merungkaikan masa, Zenith menemukan warisan dan inovasi menerusi koleksi ikoniknya Chronomaster. Penambahbaikan terkini buat barisan Chronomaster Sport, tampil beralaskan laman dial mother-of-pearl. Chronomaster Sport Skeleton pula hadir mendedahkan intipati sebenar ketepatan. Disamping itu penamilan dua model dari koleksi G.F.J. menyelami seni halus arloji melambangkan usaha tanpa henti Zenith bagi mengapai kecemerlangan, menolak batas kronometri frekuensi tertinggi sambil menghormati legasinya.

Mempertontonkan Chronomaster Sport berlapiskan dial mother-of-pearl, yang dibina daripada model sedia ada. Ciptaan baharu ini hadir dalam konfigurasi dua nada: case keluli tahan karat 41mm berserta bezel, crown dan penekan kronograf dari emas merah. Model ini masih mengekal arloji kronograf bergaya sporty, namun ia menggabungkan material logam bagi memberikan sentuhan yang lebih lembut. Perubahan paling ketaranya adalah pada laman dial mother-of-pearl dengan paparan subdial 3-6-9 bertindihan dalam tiga nada warna berbeza.

Zenith Chronomaster Sport Skeleton tampil sepenuhnya dalam emas merah dengan bazel bertatahkan berlian.

Zenith Chronomaster Sport Skeleton dalam keluli dengan cincin bezel seramik hitam.

Zenith Chronomaster Sport Skeleton dalam keluli dengan cincin bezel seramik hijau.

Zenith Chronomaster Sport Skeleton dalam emas merah dengan cincin bezel seramik hitam, bertali getah.

Susun atur model baharu ini kekal sama, dengan jarum jam, minit dan saat di pusat. Manakala paparan tarikh diposisi 4:30, dan tingkap kronograf 1/10 saat. Jarum kronograf ditengah masih melengkapkan satu pusingan penuh setiap 10 saat yang dikuasakan oleh kaliber El Primero 3600.

Rizab kuasanya juga bertahan selama 60 jam yang boleh dilihat melalui bahagian belakang case. Model ini terhad kepada 50 unit, turut didatangi dengan tali gelang sepadan bersama tali getah hitam tambahan.

Seterusnya adalah empat model Chronomaster Sport Skeleton. Dua ditampilkan dalam keluli (satu dengan bezel seramik hitam dan satunya hijau), kedua-dua jam ini disempurnakan bertali gelang serta tali getah tambahan. Terdapat sama versi emas merah bertali getah. Dan satu model emas sepenuhnya yang terhad kepada 10 unit dengan cincin bezel bertatahkan berlian berpotongan baguette.

Perubahan utama adalah pada laman dial skeleton, mendedahkan lapisan nilam tinted yang membolehkan mesin kaliber El Primero 3600 dilihat terus. Paparan kaunter kronograf kini bersandaran dalam pergerakan itu sendiri, bukan di atas seperti ciptaan terdahulu. Salah satu penambahbaikan praktikal ialah pengancing lipat baharu sedang dipatenkan. Yang membolehkan pelarasan mikro dengan cepat sehingga 10mm, tanpa perlu menanggalkan jam. Spesifikasi lainnya kekal sama dengan case 41mm, frekuensi 5 Hz, rizab kuasa 60 jam, dan kronograf 1/10 saat.

Zenith G.F.J. Emas Kuning Bloodstone, di mana Kaliber 135 kembali dalam bentuk yang lebih ekspresif, menggabungkan ketepatan kronometrik lalu diperkaya laman dail batu bertekstur.
Zenith G.F.J. Tantalum, satu interpretasi yang lebih gelap dan padat, di mana cabaran pemesinan tantalum mencerminkan disiplin ketepatan pembuatan jam tangan.

Dua model G.F.J. baharu

Akhir sekali, terdapat dua model G.F.J. baharu, kedua-duanya berukuran sekitar 39.5mm lebar dengan ketebalan 10mm. Versi emas kuning “Bloodstone” mempunyai laman dial terbahagi tiga: lingkaran cincin luar teknik guilloché bercorak bata, bahagian tengah berlapis batu jasper bloodstone, dan subdial saat kecil daripada mother-of-pearl. Jarum jam, minit dan saat serta indikasi paparan masa dilestarikan daripada emas kuning. Versi tantalum pula mengambil pendekatan berbeza dengan bahagian tengah berlapiskan batu oniks dan penanda jam bertatahkan berlian.

Kedua-duanya dikuasakan oleh Kaliber 135 yang diperbaharui. Jam mekanikal manual diperakui Pensijilan kronometer COSC, dengan rizab kuasa selama 72 jam. Pada asalnya dicipta untuk pertandingan observatori, ia merupakan salah satu mekanikal paling penting dalam sejarah Zenith. Kini dikemas kini tetapi masih mengekalkan identitinya.

Model emas kuning Bloodstone terhad kepada 161 unit, dan hadir dengan pilihan tali kulit; manakala model tantalum terhad kepada 20 unit, turut didatangkan dengan konfigurasi tali sepadan.

Artikel berkaitan: THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Bual bicara arloji bersama Julien Tornare 01

Bual bicara arloji bersama Julien Tornare

Bacaan Lanjut
GL JAN:FEB 2021, ADAM LEE, MASIH LAPAR 01

GL JAN/FEB 2022: ADAM LEE, MASIH LAPAR

Bacaan Lanjut
GL JAN:FEB 2021, HARRIS ALIF, YOUNG FATHERHOOD 01

GL JAN/FEB 2022: HARRIS ALIF, YOUNG FATHERHOOD

Bacaan Lanjut
ASLI LAGI SUBSTANSI BAK NAMANYA, CHRONOMASTER ORIGINAL 02

ASLI LAGI SUBSTANSI BAK NAMANYA, CHRONOMASTER ORIGINAL

Bacaan Lanjut
Temu ramah eksklusif bersama Romain Marietta 02

Temu ramah eksklusif bersama Romain Marietta, Ketua Produk Zenith

Bacaan Lanjut
Legasi Nadi Legenda El Primero 01

Legasi Nadi Legenda El Primero

Bacaan Lanjut