SEPTEMBER BOYS: 9 SELEBRITI LELAKI YANG SAMBUT HARI LAHIR BULAN INI
Bulan September turut menjadi bulan untuk meraikan selebriti – selebriti lelaki yang dilahirkan sepanjang bulan istimewa ini.
September sering dianggap sebagai bulan yang menandakan tahun semakin menghampiri penghujungnya. Namun, dalam dunia hiburan, bulan kesembilan ini sebenarnya mempunyai satu lagi sebab untuk diraikan. Ia merupakan bulan kelahiran beberapa nama lelaki yang cukup dikenali, baik dari industri hiburan tempatan mahupun pentas antarabangsa. Daripada pelakon yang sudah bertahun-tahun menghiasi layar perak, penyanyi yang membesar bersama generasi peminat tertentu, sehinggalah figura serba boleh yang terus mencuba pelbagai cabang dalam dunia kreatif, setiap September boy mempunyai cerita dan perjalanan kerjaya yang tersendiri. Ada yang telah berada dalam industri selama puluhan tahun, ada pula yang mencipta nama sejak usia muda dan terus berkembang mengikut perubahan zaman.
Di Malaysia sendiri, September menyaksikan kelahiran beberapa nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Shaheizy Sam, Fattah Amin, Alif Satar dan Bront Palarae antara selebriti lelaki tempatan yang berkongsi bulan kelahiran ini. Masing-masing mempunyai identiti tersendiri. Daripada lakonan dan muzik hinggalah pengacaraan, serta terus menjadi sebahagian daripada landskap hiburan tempatan.
Menariknya, pentas antarabangsa juga tidak kurang meriah. September turut menjadi bulan kelahiran nama-nama besar seperti Keanu Reeves, Hugh Grant, Jungkook dari BTS, ahli Stray Kids, Nick Jonas dan Niall Horan. Ada yang sinonim dengan filem blockbuster, ada yang membina legasi menerusi muzik, manakala sebahagian yang lain berjaya mengekalkan relevansi walaupun sudah bertahun-tahun berada dalam industri.
Jadi, sempena bulan kelahiran mereka, GLAM Lelaki menyenaraikan 10 selebriti lelaki tempatan dan antarabangsa yang menyambut hari istimewa masing-masing sepanjang September. Siapa tahu, mungkin birthday boy kegemaran anda turut tersenarai?
#1 Shaheizy Sam — 4 September 1982
#2 Fattah Amin — 14 September 1990

#3 Bront Palarae — 27 September 1978
#4 Alif Satar — 19 September 1990
#5 Nick Jonas — 16 September 1992
#6 Niall Horan — 13 September 1993
#7 Hugh Grant — 9 September 1960

#8 Keanu Reeves — 2 September 1964

#9 Han, Felix, Seungmin (Stray Kids) — 14, 15, 22 September 2000

Pautan berkaitan: GL MERDEKA 2026: SELEBRITI LELAKI TEMPATAN YANG LAHIR PADA BULAN KEMERDEKAAN, OGOS
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
STRAY KIDS TERUSKAN KEJAYAAN GLOBAL DENGAN MINI ALBUM THIS & THAT
Selepas 9 bulan, Stray Kids, kumpulan terhangat generasi keempat ini akhirnya kembali dengan mini album terbaharu, THIS & THAT.
GL PLAYLIST: 10 LAGU K-HIPHOP MENGUASAI PLAYLIST GLAM LELAKI
Selain daripada K-Pop, genre K-HipHop juga kini menerima perhatian yang cukup banyak daripada peminat muzik walaupun dikira lebih niche.
FENOMENA CHROME HEARTS DALAM DUNIA K-POP
Sejak dahulu lagi, jenama Chrome Hearts sudah menjadi kesukaan kebanyakkan idola K-Pop sebagai item fesyen yang sering digayakan.
TAHNIAH! FATTAH AMIN & IKMAL AMRY SAMBUT KEHADIRAN AHLI KELUARGA BAHARU
Berita gembira hadir apabila dua GL Boys, Fattah Amin dan Ikmal Amry berkongsi khabar bahagia mengenai kelahiran cahaya mata mereka.
FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Fattah Amin dan Amira Othman kini menikmati fasa baharu dalam kehidupan apabila selamat menimang cahaya mata pertama mereka, seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.
HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!
Tahun 2026, kita turut meyambut Hari Bapa dan meraikan bapa-bapa di dunia, termasuklah selebriti tempatan yang bergelar seorang ayah.












