Skip to content

SUICIDE PREVENTION MONTH: 5 HOBI PATUT DICUBA UNTUK MENAMBAH BAIK KESIHATAN MENTAL

SUICIDE PREVENTION MONTH: 5 HOBI PATUT DICUBA UNTUK MENAMBAH BAIK KESIHATAN MENTAL

Kongsikan artikel ini

Hobi harian dapat meningkatkan kesihatan mental, kesihatan yang sewajarnya diberikan perhatian yang sama dengan kesihatan fizikal.

Kian kita melangkah ke Suicide Prevention Month, menjadi lambang tempoh bagi kita pelajari tentang kesihatan mental. Tiba masa bagi kita mengurangkan stigma, meningkatkan kesedaran, dan mencetuskan tindakan yang bermakna. GLAM Lelaki telahpun berkongsi talian bantuan, perkhidmatan kaunseling berpatutan, dan filem berkaitan kesihatan mental untuk dilayari. Namun disebalik kesemuanya, kesihatan mental juga boleh dipelihara dengan tabiat harian kecil. Tidak perlu drastik, lihatkan enam perkara mudah yang anda boleh lakukan sebagai permulaan langkah.

 

1. Bersenam

Senaman bukan sekadar untuk kecergasan badan, namun juga dapat membantu kecergasan otak. Aktiviti fizikal dapat merangsang hormon Dopamine, iaitu salah satu daripada empat hormon gembira.

 

2. Journaling

Mungkin hobi ini nampak janggal bagi sesetengah orang. Namun, jurnal dapat menggalakkan refleksi diri, kreativiti, dan memperbaiki komunikasi. Mulakan dengan menulis apa sahaja yang terpaut di fikiran, kemudian tujukan soalan yang mendalam untuk diri sendiri.

 

3. Gaming

Lupakan masalah realiti dengan menyelesaikan masalah fiksi! Gaming menggalakkan penyelesaian masalah, pemikiran kreatif, strategi, dan interaksi sosial yang boleh mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan fungsi kognitif. Tidak kira permainan papan hinggalah permainan video.

 

4. Cooking dan baking

Sama ada memasak atau membakar yang menjadi pilihan, rasai kepuasan mengikuti resepi dan kelazatan makanan sambil menenangkan rasa resah. Lebih rumit resepi, lebih baik – seperti croissant.

 

5. Sukarelawan

Membantu orang lain dapat melahirkan rasa kepuasan dan meningkatkan harga diri. Cabar diri menjadi sukarelawan di tempat perlindungan haiwan, bank makanan, atau organisasi komuniti. Sebagai bonus, kesukarelawanan juga memupuk hubungan sosial.

 

6. Menyertai kelab

Tidak kira apa jua minat – sukan, buku, motor, atau larian – menjadi sebahagian daripada kelab atau kumpulan sosial membantu memerangi kesunyian dan memupuk rasa kekitaan. Hobi ini juga bagus untuk kesihatan mental kerana dapat membina rasa tujuan dan mengelakkan sifat kesendirian.

Pautan berkaitan: SUICIDE PREVENTION MONTH: 5 TALIAN BANTUAN UNTUK ANDA HUBUNGI

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SIRI TENTANG KESIHATAN MENTAL PATUT TONTON SEMPENA SUICIDE PREVENTION MONTH

SIRI TENTANG KESIHATAN MENTAL PATUT TONTON SEMPENA SUICIDE PREVENTION MONTH

Bacaan Lanjut
SUICIDE PREVENTION MONTH: 5 PERKHIDMATAN KAUNSELING DIBAWAH RM150

SUICIDE PREVENTION MONTH: 5 PERKHIDMATAN KAUNSELING DIBAWAH RM100

Bacaan Lanjut
SUICIDE PREVENTION MONTH: 5 TALIAN BANTUAN UNTUK ANDA HUBUNGI

SUICIDE PREVENTION MONTH: 5 TALIAN BANTUAN UNTUK ANDA HUBUNGI

Bacaan Lanjut
LELAKI DAN PERUBAHAN: MENYEIMBANGKAN KEJAYAAN & KESIHATAN MENTAL

LELAKI DAN PERUBAHAN: MENYEIMBANGKAN KEJAYAAN & KESIHATAN MENTAL

Bacaan Lanjut

TRAGIS TAPI BENAR: 7 SELEBRITI DUNIA YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMURUNGAN

Bacaan Lanjut
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut