Skip to content

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

Kongsikan artikel ini

Secara skeptikalnya, lelaki sering dikatakan untuk tidak mencari sokongan kesihatan mental kerana norma budaya dan sosial.

Dalam sesetengah kes, lelaki tidak digalakkan untuk sekadar mengakui bahawa mereka mungkin boleh mendapat manfaat daripada sokongan tersebut. Ini menyebabkan ramai lelaki berasa ragu atau malu untuk mendapatkan bantuan apabila mereka menghadapi masalah mental seperti stres, kemurungan, atau kebimbangan. Sebagai seorang lelaki, anda sudah mengambil langkah besar dalam menjaga kesihatan mental anda iaitu dengan mengakui kewujudan dan kepentingan kesihatan mental anda.

#1 Menerima Emosi Anda

Anda mungkin dibesarkan dengan mentaliti ‘lelaki tidak boleh menangis’ dan ‘perasaan hanya untuk perempuan’. Dengan mentaliti ini, anda mungkin rasa sangat sukar untuk merasa berhak atas pelbagai pengalaman manusia. Tetapi anda adalah seorang yang hidup, bernafas, dan merasakan, dan anda juga mempunyai emosi sebagai seorang manusia walaupun anda seorang lelaki. Satu kajian mendapati bahawa orang yang menganggap emosi tertentu (seperti kesedihan atau kemarahan) sebagai “negatif” cenderung mempunyai kadar kebimbangan dan kemurungan yang lebih tinggi berbanding orang yang melihat pelbagai emosi sebagai sesuatu yang sihat. Penerimaan anda terhadap emosi sendiri sangat penting untuk mendapatkan kesihatan mental yang sihat. 

#2 Diet Yang Sihat

‘You are what you eat’. Mempunyai pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting untuk kesihatan mental. Nutrisi yang baik dapat memberi kesan positif terhadap mood, tenaga, dan kejelasan fikiran. Pastikan diet anda mengandungi pelbagai jenis makanan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, protein tanpa lemak, dan lemak sihat. Makanan yang tinggi kandungan gula dan garam patut dikurangkan kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada mood dan tenaga. Dengan pemakanan yang seimbang, anda dapat menyokong kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhan.

Kesihatan Mental

#3 Luangkan Masa Untuk Diri Sendiri

Meluangkan masa untuk diri sendiri adalah penting untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal. Dalam kehidupan yang sibuk, terutama dengan tanggungjawab keluarga, kerja, dan sosial, kita sering lupa untuk mengambil masa bagi diri sendiri. Masa ini diperlukan untuk menenangkan fikiran, memulihkan tenaga, dan mengekalkan keseimbangan hidup. Kadangkala, dikelilingi orang ramai boleh menyebabkan tenaga sosial anda semakin lemah, memberi kesan kepada kesihatan mental anda. Maka, ambillah masa untuk memanjakan diri sendiri dengan melakukan perkara yang disukai seperti berjoging, memancing atau melancong. 

#4 Mulakan Hobi Yang Sihat

Memulakan hobi yang sihat boleh memberi banyak manfaat kepada kesihatan mental dan fizikal. Hobi membantu mengalihkan perhatian daripada tekanan harian, memberi rasa pencapaian, dan memberi ruang untuk relaksasi. Memulakan hobi yang sihat sangat bermanfaat untuk lelaki, bukan sahaja untuk meningkatkan kesihatan fizikal tetapi juga untuk menjaga kesejahteraan mental. Antara hobi sihat yang sesuai ialah bina badan, seni bela diri, memancing atau mendaki gunung. Hobi ini boleh menjadi salah satu cara untuk mengekspres diri anda. 

Kesihatan Mental

#5 Luahkan Perasaan Melalui Tulisan

Meluahkan perasaan melalui tulisan juga sangat bermanfaat untuk lelaki. Ramai lelaki cenderung menyimpan emosi mereka atau menghadapi kesukaran untuk meluahkan perasaan secara terbuka. Penulisan boleh menjadi saluran yang selamat dan peribadi untuk mengekspresikan apa yang mereka rasa tanpa rasa takut dihakimi. Anda boleh menulis diari atau jurnal untuk mencatat pengalaman harian, perasaan, dan fikiran. Ini membantu mengenal pasti corak emosi dan memberikan ruang untuk refleksi diri. Ini adalah ruang yang bebas untuk meluahkan perasaan tanpa perlu memikirkan reaksi orang lain. 

Kesihatan Mental

#6 Dapatkan Bantuan Profesional

Bantuan profesional boleh didapati di kebanyakkan hospital di Malaysia. Jika anda bergelut dengan tekanan, kebimbangan, kemurungan, atau masalah mental yang lain, berjumpa dengan ahli terapi atau kaunselor. Terapi menyediakan ruang selamat untuk meneroka perasaan dan membangunkan strategi demi mengatasi masalah. Jika masalah mental yang lebih serius seperti kemurungan klinikal atau gangguan bipolar dialami, psikiatri boleh membantu dengan mengesyorkan rawatan termasuk ubat-ubatan jika perlu. Psikiatri adalah doktor perubatan yang pakar dalam kesihatan mental dan boleh memberikan rawatan lebih mendalam jika diperlukan. 

Kesihatan Mental

#7 Tidur Yang Cukup

Tidur yang cukup adalah elemen penting dalam menjaga kesihatan mental dan fizikal. Kekurangan tidur boleh menyebabkan masalah seperti keletihan, kesukaran memberi tumpuan, dan peningkatan tahap stres. Mendapat tidur yang mencukupi bukan sahaja membantu badan anda pulih, tetapi juga memberi peluang kepada minda untuk berehat. Ketika anda tidur, tubuh menjalankan proses pembaikan pada sel-sel yang rosak, meningkatkan sistem imun, dan memulihkan tenaga fizikal. Ini penting untuk menjaga kesihatan fizikal. Kesihatan fizikal yang baik akan menjurus kepada kesihatan mental yang baik. 

Kesihatan Mental

#8 Berhubung Dengan Orang Dipercayai

Berjumpa dengan orang yang boleh dipercayai boleh memberi peluang untuk berkongsi perasaan dan kegusahan yang dirasai.Sokongan daripada rakan, keluarga, atau individu yang dipercayai boleh membantu melegakan tekanan dan memberi pandangan yang lebih jelas tentang masalah yang dihadapi. Kadangkala kita terperangkap dalam masalah sehingga sukar untuk melihat penyelesaiannya. Orang yang dipercayai boleh memberi perspektif berbeza atau membantu kita menilai situasi dengan lebih objektif. 

#9 Ketahui Cara Kawal Stres

Mengawal stres sangat penting untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal. Stres yang tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuk kemurungan, kebimbangan, keletihan, dan masalah kesihatan fizikal seperti tekanan darah tinggi. Salah satu cara terbaik untuk mengawal stres adalah dengan mengenal pasti apa yang mencetuskan stres anda. Sama ada dari kerja, hubungan, kewangan, atau masalah kesihatan. Dengan mengetahui punca stres, anda boleh mula mencari cara untuk menanganinya. Meditasi membantu anda memberi fokus serta menenangkan fikiran. Latihan mindfulness juga boleh membantu anda lebih sedar dengan perasaan dan emosi tanpa membiarkannya mengawal anda.

Kesihatan Mental

#10 Kenali Simptom Dengan Lebih Awal

Mengenali simptom masalah kesihatan mental dengan lebih awal adalah langkah penting untuk mengelakkan daripada perkara menjadi lebih serius. Apabila anda dapat mengenal pasti tanda-tanda awal masalah kesihatan mental, anda boleh mengambil tindakan segera untuk mengawalnya. Rasa gelisah atau bimbang yang berterusan walaupun terhadap perkara kecil adalah salah satu tanda awal masalah kesihatan mental seperti anxiety. Anda mungkin merasa tidak tenang dan sukar untuk bertenang. Simptom fizikal seperti sakit kepala yang berulang juga oleh menjadi tanda bahawa anda sedang mengalami stres.

Kesihatan mental lelaki sangat penting dan boleh ditingkatkan melalui beberapa langkah mudah. Dengan langkah-langkah yang dikongsi ini, anda dapat menjaga kesejahteraan mental dan mencapai keseimbangan dalam hidup.

Pautan berkaitan: 5 MANFAAT YOGA UNTUK KESIHATAN LELAKI 

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut

10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

Bacaan Lanjut
amirul danial glam lelaki

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA AMIRUL DANIAL

Bacaan Lanjut
Haruman Chanel

WANGIAN CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA UNTUK LELAKI AKTIF

Bacaan Lanjut
glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut