5 MANFAAT YOGA UNTUK KESIHATAN LELAKI
Senaman yoga sering dikaitkan dengan wanita, namun ini tidak bermakna kaum lelaki tidak boleh mengamalkannya.
Tidak dinafikan kebanyakan lelaki akan pergi ke gimnasium untuk bersenam atau membentuk otot. Duduk atau berbaring di atas yoga mungkin tidak pernah terlintas dalam fikiran anda. Namun hakikatnya ia memberi pelbagai kebaikan untuk kesihatan secara keseluruhan.
Asana yoga adalah gabungan holistik postur fizikal yang melibatkan mekanisme pernafasan, regangan, meditasi, fleksibiliti, keseimbangan dan menggalakan kesihatan serta kesejahteraan. Ia boleh ditambah sebagai senaman mini ke dalam rejimen anda atau dijadikan ‘pemanas badan’ sebelum melakukan senaman berat di gim.
Ini lima kebaikan yoga yang setiap lelaki perlu tahu
1. Membantu Meningkatkan Fleksibiliti
Peningkatan fleksibiliti tubuh adalah manfaat utama yang boleh diperolehi daripada senaman ini. Disebabkan pergerakan tubuh yang terhad, bahagian rawan yang terabai boleh menjadi ‘haus’ dari semasa ke semasa. Sekali gus mengakibatkan masalah seperti artritis, sakit belakang, sakit kronik dan osteoporosis.
Senaman yoga akan memastikan sendi digerakkan sepenuhnya dan membekalkan bahagian rawan yang tidak digunakan dengan nutrien, oksigen dan darah. Amalan asana yoga yang konsisten membantu melonggarkan otot dan tisu di sekeliling tulang dan sendi sambil mengekalkan kekuatan otot. Ia turut meningkatkan fleksibiliti dan melegakan otot yang tegang.
2. Melancarkan Peredaran Darah
Yoga membantu meningkatkan aliran darah beroksigen dalam badan melalui peningkatan tahap hemoglobin dan sel darah merah. Terdapat beberapa posisi yoga yang membantu mengeluarkan darah vena dari organ dan memastikan darah segar dan beroksigen masuk ke dalam badan. Posisi seperti ‘seated spinal twists’ dan ‘revolved side angles’ memberi manfaat kepada cakera tulang belakang dengan meningkatkan aliran darah.
3. Meningkatkan Kesihatan Kardiovaskular
Satu kajian pada 2012 mendedahkan bahawa tempoh senaman yoga yang konsisten dan panjang terbukti meningkatkan daya tahan kardiopulmonari di kalangan orang dewasa. Ketika senaman ini dilakukan, penggunaan oksigen, ambang anaerobik dan laktat darah meningkatkan daya tahan keseluruhan dan menurunkan kadar denyutan jantung ketika berehat. Ini sekali gus meningkatkan fungsi kardiovaskular dan mencegah penyakit jantung.
4. Memulihkan Kesihatan Mental
Kemurungan, kebimbangan, tekanan dan insomnia merupakan isu kesihatan mental yang agak biasa di kalangan individu hari ini. Selain melakukan terapi, anda boleh melakukan senaman yoga untuk menangani isu yang dialami.
Yoga dan meditasi mengaktifkan mod relaks dengan mengalihkan fokus daripada sistem saraf simpatetik kepada sistem parasimpatetik. Ini bermakna fikiran anda menyimpang daripada mod tekanan kepada mod tenang. Ini disebabkan oleh teknik pernafasan dalam yoga yang turut membantu mengawal tekanan darah, menurunkan tahap kortisol dan meningkatkan aliran darah.
5. Membantu Melegakan Sakit Belakang
Ramai lelaki hari ini mengalami sakit pinggang disebabkan postur duduk yang tidak baik, gaya hidup tidak aktif dan sebagainya. Ia bukan saja menyakitkan malah menjejaskan rutin harian dan gaya hidup. Kajian mendapati mengamalkan yoga untuk jangka masa lama mampu melegakan sakit belakang dan sakit pinggang.
Foto: Freepik
Pautan berkaitan: 5 SENAMAN UNTUK JAWLINE LEBIH MENONJOL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 DIET YANG BOLEH MEROSAKKAN KEHIDUPAN SEKSUAL ANDA
Lihat bagaimana diet mengganggu prestasi seksual anda dan ketahui cara untuk mengatasinya.
DIET ASAS TUMBUHAN ANTARA RAHSIA AWET MUDA LENNY KRAVITZ
Walaupun sudah berusia lebih separuh abad, pemuzik dan pelakon ini membuktikan dirinya masih gagah dan bergaya.
PUNCA & RAWATAN MASALAH EJAKULASI PRAMATANG
Walaupun jarang dibincang secara terbuka, ejakulasi pramatang dialami hampir kebanyakan lelaki di seluruh dunia.
5 SUPERFOOD PERLU AMBIL UNTUK MILIKI PROSTAT YANG SIHAT
Tiada bukti menunjukkan pemakanan yang baik boleh mencegah masalah prostat, namun pengambilan makanan unggul boleh mengurangkan risiko anda.
5 SENAMAN UNTUK JAWLINE LEBIH MENONJOL
Jawline atau rahang lelaki yang menonjol dianggap sebagai salah satu ciri yang paling menarik dan seksi. GLAM Lelaki mengesyorkan 5 senaman yang boleh dipraktikkan di rumah nanti.
5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT
Kaum lelaki perlu mengelak untuk mengambil beberapa makanan ini yang berpotensi untuk memberikan kesan negatif kepada kesihatan zakar dan stamina seksual nanti.