GAYA BINTANG BORDERLANDS DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Filem Borderlands yang diinspirasikan daripada permainan video popular dengan nama sama akhirnya menemui penonton di pawagam tanah air.
Naskah arahan Eli Roth ini dibintangi oleh nama-nama besar Hollywood termasuk Cate Blanchett, Jamie Lee Curtis, Kevin Hart, Gina Gershon dan Jack Black.
Beberapa hari lalu berlangsungnya sesi bertemu peminat dan tayangan perdana di Los Angeles yang dihadiri barisan pelakon dan pasukan kreatif. Bertempat di TCL Chinese Theatre, bintang-bintang filem muncul di karpet merah dalam persalinan mewah lagi bergaya.
Jamie tampil menggayakan trend monokrom yang hangat pada tahun ini bersama cermin mata steampunk sebagai tanda penghormatan kepada filem itu. Cate pula menyarung persalinan Hodakova yang menampilkan lebih 100 sudu antik sebagai hiasan pada bajunya.
Borderlands berkisar tentang seorang penjahat terkenal yang membentuk pakatan tidak dijangka dengan sepasukan adi wira di planet asalnya. Bersama-sama, mereka memerangi makhluk asing dan penjenayah berbahaya untuk mencari seorang gadis yang memegang kunci kepada kuasa luar biasa.
Ia menemui penonton di pawagam Malaysia pada 8 Ogos 2024.
Tinjau stail selebriti di tayangan Borderlands
Kevin Hart
Cate Blanchett
Jamie Lee Curtis
Jack Black
Gina Gershon
Edgar Ramirez
Bobby Lee
Florian Munteanu
Janina Gavankar
Pengarah Eli Roth
Foto: Michael Buckner/Getty Images
Pautan berkaitan: STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA DEADPOOL & WOLVERINE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 PASANGAN ROMANTIS YANG MENYERIKAN ANUGERAH GRAMMY 2025
Permaidani merah Anugerah Grammy ke-67 menyaksikan kehadiran pasangan kelas-A dalam persalinan memukau mata.
FESYEN TERHANGAT DI KARPET MERAH ANUGERAH GRAMMY 2025
Dalam banyak-banyak anugerah, Grammy cenderung menampilkan gaya karpet merah paling menyeronokkan. Tahun ini juga tidak mengecewakan.
STAIL BINTANG BRIDGET JONES: MAD ABOUT THE BOY DI ACARA TAYANGAN PERDANA
Tinjau penampilan pelakon Bridget Jones: Mad About The Boy di acara karpet merah yang berlangsung di Paris.
MOMEN FESYEN SELEBRITI DI SUNDANCE FILM FESTIVAL 2025
Acara filem bebas yang ditunggu-tunggu, Sundance Film Festival kembali pada tahun ini bermula dari 23 Januari hingga 2 Februari.
GAYA TIMOTHEE CHALAMET & BINTANG A COMPLETE UNKNOWN DI ACARA TAYANGAN PERDANA
Hollywood Dolby Theatre, Los Angeles hangat dengan kehadiran barisan pelakon untuk tayangan filem biopik A Complete Unknown.
GAYA MENSWEAR TERBAIK DI THE FASHION AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
Tinjau gaya segak selebriti yang mencuri perhatian di The Fashion Awards 2024 bertempat di Royal Albert Hall London.