STAIL BINTANG BRIDGET JONES: MAD ABOUT THE BOY DI ACARA TAYANGAN PERDANA
Filem pertama Bridget Jones yang ditayangkan hampir 24 tahun lalu menjadi fenomena dan meraih kutipan lebih USD334 juta, sekali gus mencetus penghasilan francais.
Tiada siapa menyangka watak gadis Britain ini mampu digalas dengan sempurna oleh pelakon Texas, Renee Zellweger yang ketika itu sedang meniti populariti menerusi filem Jerry Maguire.
Persembahan cemerlangnya dalam Bridget Jones’s Diary mendapat pujian peminat di seluruh dunia. Sekali gus meraihnya pencalonan Anugerah Akademi untuk kategori Aktres Terbaik pada 2002.
Dua dekad kemudian, hampir kesemua barisan pelakon filem asal kembali bersatu untuk naskah keempat, Bridget Jones: Mad About The Boy.
Kali ini penonton akan menyaksikan perjalanan Bridget sebagai ibu tunggal yang memutuskan untuk kembali mencari cinta.
Tinjau penampilan pelakon Bridget Jones: Mad About The Boy di acara karpet merah yang berlangsung di Paris
Renee Zellweger
Foto: Getty Images
Aktres berusia 55 tahun ini kembali menggalas watak hot mess kegemaran milenia, Bridget Jones buat kali keempat. Pada acara tayangan perdana, Renee tampil anggun dalam gaun renda berwarna hitam rekaan Saint Laurent.
Hugh Grant
Foto: Getty Images
Selepas melangkau filem Bridget Jones’s Baby pada 2016, Hugh kembali dalam filem keempat sebagai bekas majikan dan bekas teman lelaki Bridget, Daniel Cleaver.
Aktor berusia 64 tahun ini tampil ringkas di karpet merah dalam sut hitam putih — hampir sama dengan persalinan yang digayakannya di tayangan perdana filem pertama pada 2001.
Chiwetel Ejiofor
Foto: Getty Images
Pelakon berusia 47 tahun ini menyertai francais Bridget Jones melalui filem keempat sebagai Roxster. Chiwetel memainkan watak salah seorang cinta baru Bridget selepas kematian pasangan sejiwanya Mark Darcy, lakonan Colin Firth.
Calon Oscar ini muncul di acara tayangan perdana di Paris menggayakan sut hitam yang dipadankan bersama kemeja putih.
Leo Woodall
Foto: Getty Images
Dalam francais keempat ini, Leo menggalas peranan sebagai seorang lagi cinta baru Bridget, Mr. Wallaker yang bertugas sebagai guru sekolah anak-anaknya.
Aktor berusia 28 ini memilih gaya kasual di karpet merah dengan menyarung baju panas berwarna hitam yang dipadankan bersama jaket dan celana rona coklat.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: FESYEN BINTANG MUFASA: THE LION KING DI MAJLIS TAYANGAN PERDANA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 PASANGAN ROMANTIS YANG MENYERIKAN ANUGERAH GRAMMY 2025
Permaidani merah Anugerah Grammy ke-67 menyaksikan kehadiran pasangan kelas-A dalam persalinan memukau mata.
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA FEBRUARI 2025
Tahun 2025 baru sahaja menjelma namun layar perak sudah pun rancak dengan sajian filem hebat lagi menghiburkan.
FESYEN TERHANGAT DI KARPET MERAH ANUGERAH GRAMMY 2025
Dalam banyak-banyak anugerah, Grammy cenderung menampilkan gaya karpet merah paling menyeronokkan. Tahun ini juga tidak mengecewakan.
MOMEN FESYEN SELEBRITI DI SUNDANCE FILM FESTIVAL 2025
Acara filem bebas yang ditunggu-tunggu, Sundance Film Festival kembali pada tahun ini bermula dari 23 Januari hingga 2 Februari.
30 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2025
Tanda kalendar anda kerana 2025 bakal menjadi tahun terhebat buat peminat filem!
GAYA TIMOTHEE CHALAMET & BINTANG A COMPLETE UNKNOWN DI ACARA TAYANGAN PERDANA
Hollywood Dolby Theatre, Los Angeles hangat dengan kehadiran barisan pelakon untuk tayangan filem biopik A Complete Unknown.