AMY SEARCH HADIAHKAN KONSERT SOLO PERTAMA BUAT PEMINAT SETIA
Selepas 44 tahun, penyanyi lock legenda Datuk Amy Search bakal muncul dengan konsert pertama sekali gus melakar sejarah dalam kerjayanya.
Konsert yang diberi nama Amy Search Magic First Solo Concert itu akan berlangsung pada 26 April di Axiata Arena Bukit Jalil. Ia pastinya akan menjadi salah satu detik terpenting dalam perjalanan kerjaya muziknya selama lebih empat dekad.
Dibawakan secara eksklusif oleh TheWhiteGroup dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia, ia dijangka akan menjadi acara epik yang akan meninggalkan kesan abadi kepada peminatnya.
“Saya menerima pelawaan pihak penganjur tahun lalu. Tidak dinafikan memang ramai yang menawarkan saya menjayakan konsert solo, tapi saya selalu beri alasan belum bersedia.
“Tapi disebabkan tawaran ini datang daripada pengarah konsert Jennifer Thompson, saya terus terima kerana saya mahukan barisan tenaga kreatif yang cukup berpengalaman dan bukan ‘tangkap muat’,” katanya.

Foto: Says
Amy Search Magic First Solo Concert Tampilkan Perjalanan Suka Duka
Tambah Amy, konsert bertemakan magis itu bukan semata-semata melambangkan pencapaian peribadinya. Malah ia juga sebagai tanda penghargaan buat semua peminat yang menyokong perjalanan seninya sejak awal.
“Melalui konsert solo ini, saya ingin mempersembahkan bukan saja muzik tetapi juga jiwa saya. Setiap lagu yang akan saya nyanyikan nanti adalah cerminan daripada warna kehidupan saya.
“Setiap nota dan lirik membawa kisah berbeza, melambangkan suka duka yang saya lalui dalam industri ini. Saya berharap konsert ini akan memberi ruang kepada peminat untuk merasai segala perasaan yang saya alami sepanjang perjalanan ini,” katanya.
Tiket akan mula dijual pada 5 Februari ini menerusi wow.tix.vom.my. Harga bermula dari RM188 (Cat 6- Tiada lagi), RM288 (Cat 5 – Gita Rama Sita), RM388 (Cat 4 – Kerja Gila), RM538 (Cat 3- Kamilah Cinta), RM608 (Cat 2 – Saatku Idamkan) dan RM788 (Cat 1- Rock Royalty).
Foto: Hmetro
Pautan berkaitan: KRU UBATI KERINDUAN PEMINAT DENGAN KONSERT MEGA GENKRU 2025
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JEREMY ALLEN WHITE BAKAL TERAJUI FILEM BIOPIK BRUCE SPRINGSTEEN
Sebuah filem Bruce Springsteen yang berkisar tentang album klasiknya pada 1982, Nebraska kini sedang dalam pembikinan.
SUJUD AIDILFITRI, LAGU RAYA SULUNG SEARCH BUAT PEMINAT
Search membuat kejutan dan melakar sejarah tersendiri apabila muncul dengan lagu raya sempena Syawal tahun ini.
KONSERT ‘FANTASIA BULAN SALJU’ SEARCH BAKAL MENGGEGARKAN ARENA OF STAR, RESORT WORLD GENTING
Phewiittt! Kumpulan rock legenda, Search mengumumkan akan mengadakan konsert “Fantasia Bulan Salju” pada 12 Ogos 2023 di Area of Stars, Resort World Genting.
STEVEN TYLER DITUDUH MELAKUKAN SERANGAN SEKSUAL TERHADAP GADIS BAWAH UMUR
Vokalis Aerosmith, Steven Tyler disaman kerana melakukan jenayah seksual dan memberi tekanan emosi kepada gadis bawah umur dengan sengaja.
PENGLIBATAN EMPAT DEKAD AMY SEARCH DALAM INDUSTRI HIBURAN DIIKTIRAF
Tanggal 24 Ogos 2022 memahat sejarah buat penyanyi rock legenda, Amy Search apabila dikurniakan gelaran Datuk.
ALASAN MACHINE GUN KELLY MEWARNAKAN LIDAHNYA DENGAN RONA HITAM
Penyanyi Bloody Valentine ini dan kontroversi sememangnya tidak boleh dipisahkan!