Skip to content

JEREMY ALLEN WHITE BAKAL TERAJUI FILEM BIOPIK BRUCE SPRINGSTEEN

JEREMY ALLEN WHITE BAKAL TERAJUI FILEM BIOPIK BRUCE SPRINGSTEEN

Kongsikan artikel ini

Sebuah filem Bruce Springsteen yang berkisar tentang album klasiknya pada 1982, Nebraska kini dalam pembikinan. Khabarnya, ia akan diterajui oleh Jeremy Allen White.

Diberi judul Deliver Me From Nowhere, ia berdasarkan buku nukilan Warren Zanes yang diterbitkan pada 2023 dengan tajuk sama. Bruce dan pengurusnya, Jon Landau dilaporkan terlibat dalam pembikinan filem ini. Skrip ditulis oleh Scott Cooper yang turut bertindak sebagai pengarah.

Scott memuji hasil karya Warren dan penceritaannya tentang bab penting dalam kehidupan Bruce. “Filem ini berpotensi memberi pengalaman sinematik transformatif kepada penonton, menawarkan jendela ke dalam jiwa Bruce Springsteen dan kebenaran mengenai kehidupannya,” kata Scott.

Foto: Deadline

Jon turut menggelar Deliver Me From Nowhere sebagai salah satu buku terbaik yang pernah ditulis mengenai pemuzik itu.

Nebraska Karya Agung Bruce Springsteen

Pemilik nama Bruce Frederick Joseph Springsteen ini bukan saja merupakan penyanyi rock tersohor malah juga penulis lagu dan pemain gitar disegani. Diberi gelaran ‘The Boss’, dia telah mengeluarkan 21 album studio sepanjang enam dekad kerjayanya. Kebanyakan album itu menampilkan kumpulan sokongannya, E Street Band.

Album Nebraska memberi impak besar terhadap Bruce, sebagai sebuah karya agung abadi dan penanda salah satu detik paling sukar dalam hidupnya. Dia merakam album itu di sebuah rumah sewa tepi tasik di New Jersey susulan kejayaan album The River pada 1980. Lagu-lagu ini pada awalnya hanyalah demo, namun selepas berbincang dengan kumpulannya, Bruce dan Jon bersetuju menggunakan versi ini dalam album.

Bruce Springsteen jeremy allen white

Foto: So Much Great Music

Dalam satu temu bual tahun lalu, Bruce berkata selepas kejayaan The River, dia ditimpa gangguan mental yang langsung tidak dijangkanya. “Saya mengalami kemurungan teruk buat pertama kali dan terfikir, ‘Saya perlu lakukan sesuatu untuk tanganinya,’” ujarnya. Dari situ terhasillah Nebraska.

Pemuzik berusia 75 tahun ini menggelar album itu sebagai ‘happy accident’. “Cadangnya saya mahu menulis beberapa lagu hebat, perdengarkan kepada kumpulan, kemudian masuk studio dan rakam. Namun setiap kali saya cuba perbaiki lagu yang saya rakam di rumah tepi tasik, ia tidak menjadi semakin baik. Jadi kami teruskan saja dengan versi demo.”

 

Foto: British GQ

Pautan berkaitan: PENAMPILAN PERTAMA TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM BIOPIK BOB DYLAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG ROCK PALING KAYA DI DUNIA PADA 2024

5 BINTANG ROCK PALING KAYA DI DUNIA PADA 2024

Bacaan Lanjut
must watch June 2024

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2024

Bacaan Lanjut
TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM SUKAN MARTY SUPREME

PENAMPILAN PERTAMA TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM BIOPIK BOB DYLAN

Bacaan Lanjut
KENALI CAILEE SPAENY, AKTRES JELITA PENDAMPING JACOB ELORDI DALAM FILEM PRISCILLA

KENALI CAILEE SPAENY, AKTRES JELITA PENDAMPING JACOB ELORDI DALAM FILEM PRISCILLA

Bacaan Lanjut
CABARAN AUSTIN BUTLER UNTUK MENJAYAKAN FILEM ELVIS

CABARAN AUSTIN BUTLER DALAM MENJAYAKAN FILEM ELVIS

Bacaan Lanjut
STEVEN TYLER DITUDUH MELAKUKAN SERANGAN SEKSUAL TERHADAP GADIS BAWAH UMUR

STEVEN TYLER DITUDUH MELAKUKAN SERANGAN SEKSUAL TERHADAP GADIS BAWAH UMUR

Bacaan Lanjut