Skip to content

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

Kongsikan artikel ini

Ketika Putera Harry dinamakan ‘Living Legend of Aviation’ pada satu acara berprestij Januari lalu, ramai mempertikaikan kelayakannya sebagai juruterbang.

Lebih 10,000 orang menandatangani petisyen yang menggesa penganjur acara untuk mempertimbangkan semula keputusan itu, walaupun Duke of Sussex pernah menjadi pembantu juruterbang helikopter sewaktu berkhidmat dalam Tentera British.

Penerima anugerah sebelum ini termasuk bekas angkasawan, Buzz Aldrin dan pesara juruterbang jet pejuang, Chesley ‘Sully’ Sullenberger. Di Hollywood pula, ada beberapa selebriti yang memiliki lesen dan layak menerbangkan pesawat bila-bila saja mereka mahukan.

Ini selebriti yang mungkin anda tidak tahu mempunyai lesen sebagai juruterbang

1. Tom Cruise

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

Foto: MTV

Dikenali sebagai peminat adrenalin, aktor Top Gun ini sering melakukan aksi lagak ngeri sendiri dalam filem lakonannya. Tom Cruise bukan sahaja memiliki beberapa pesawat peribadi malah mempunyai lesen untuk menerbangkan kesemuanya. Dia memperoleh lesen juruterbang pada tahun 1994 dan dibenarkan membawa helikopter, jet pejuang, pesawat persendirian serta kapal terbang komersial.

 

2. Harrison Ford

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

Foto: Getty Images

Lama sebelum menceburi bidang lakonan, Harrison Ford merupakan seorang juruterbang dan mendapat lesen sekitar tahun 1960-an. Dia juga pernah dinamakan sebagai ‘Living Legend of Aviation’, namun lebih diingati kerana kemalangan pesawat dan insiden teruk yang menyebabkan lesennya hampir ditarik balik. Insiden hampir maut terbaru melibatkan pelakon berusia 81 tahun ini adalah pada 2020 apabila dia tanpa sengaja melintasi landasan di Lapangan Terbang Perbandaran Hawthorne di Los Angeles.

 

3. Angelina Jolie

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

Foto: Ramey Photo

Selain bergelar pelakon, pengarah dan aktivis kemanusiaan yang disegani, Angelina Jolie juga merupakan pemilik beberapa pesawat dan bergelar juruterbang bertauliah sejak 2004. Kecintaannya terhadap langit bermula ketika dia cuba menarik perhatian anak sulungnya, Maddox yang obses dengan pesawat ketika berusia tiga tahun. Kini, dia juga mempunyai lesen untuk menerbangkan helikopter.

 

4. Brad Pitt

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

Foto: Getty Images

Sama seperti bekas isterinya Angelina Jolie, pelakon Once Upon a Time in Hollywood ini juga mahir menerbangkan pesawat. Brad Pitt memperoleh lesen penerbangan peribadi pada 1990-an dan boleh menerbangkan pesawat tunggal serta pesawat enjin berbilang.

 

5. Gisele Bundchen

Foto: Getty Images

Siapa sangka selain ligat di pentas peragaan, supermodel ini juga mempunyai kemahiran meluncur ski, menunggang kuda dan menerbangkan kapal terbang. Menurut Essentially Sports, bintang Brazil itu memperoleh lesennya ketika sedang hamil beberapa bulan.

 

6. Morgan Freeman

Foto: X

Lama sebelum bergelar pelakon, Morgan Freeman berkhidmat dengan Tentera Udara Amerika Syarikat. Bagaimanapun dia tidak pernah menerbangkan pesawat dan hanya bekerja sebagai mekanik kapal terbang. Hanya pada usia 65 tahun dia memperoleh lesen penerbangan peribadi.

 

7. John Travolta

Foto: X

Aktor ini bergelar juruterbang bertauliah sejak berusia 22 tahun dan meneruskan minatnya sehingga kini. Terbaru pada 2022, dia memperoleh lesen ketiga yang membolehkannya menerbangkan pesawat Boeing 747, 707 dan 737.

 

Foto: X

Pautan berkaitan: ARTIS HOLLYWOOD YANG MENGUASAI LEBIH DARIPADA LIMA BAHASA ASING

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SELEBRITI LELAKI YANG BERKAHWIN LEBIH TIGA KALI

5 SELEBRITI LELAKI YANG BERKAHWIN LEBIH TIGA KALI

Bacaan Lanjut
3 FILEM TERBURUK LAKONAN JOHN TRAVOLTA

3 FILEM TERBURUK LAKONAN JOHN TRAVOLTA

Bacaan Lanjut
TOM CRUISE PUTUS CINTA DEK GANGGUAN ORANG KETIGA

TOM CRUISE PUTUS CINTA DEK GANGGUAN ORANG KETIGA

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY TERKAIT DALAM KES SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

Bacaan Lanjut
MENGAPA TOM CRUISE TIDAK LAGI DIBENARKAN MEMBELI BUGATTI?

MENGAPA TOM CRUISE TIDAK LAGI DIBENARKAN MEMBELI BUGATTI?

Bacaan Lanjut
4 SELEBRITI YANG PERNAH DUA KALI MEMEGANG TAKHTA SEXIEST MAN ALIVE

4 SELEBRITI YANG PERNAH DUA KALI MEMEGANG TAKHTA SEXIEST MAN ALIVE

Bacaan Lanjut