Skip to content

BRAD PITT BERSUARA SELEPAS WANITA DITIPU HASIL PENIPUAN CATFISHING

Kongsikan artikel ini

Nasib si malang! Heboh satu dunia apabila hanya dengan menggunakan teknologi seorang wanita Perancis yang ditipu untuk menjalinkan hubungan dalam talian dengan seorang penipu yang menyamar sebagai pelakon pemenang Oscar itu.

Dalam satu kisah seperti filem Hollywood, seorang penipu yang menyamar sebagai Brad Pitt didakwa melarikan wang ribuan dolar dalam satu skim penipuan catfishing. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita berusia 53 tahun, yang dikenali sebagai Anne. Dia baru-baru ini muncul dalam rancangan berita Perancis Sept à huit untuk berkongsi kisahnya, dengan mengatakan bahawa dia telah menyerahkan hampir seluruh simpanan hidupnya.

Kini, dalam satu kenyataan kepada E! News, wakil Brad memberikan reaksi terhadap situasi tersebut. “Adalah sesuatu yang mengerikan apabila penipu mengambil kesempatan terhadap hubungan kuat peminat dengan selebriti. Tetapi ini adalah peringatan penting untuk tidak memberi respons kepada mesej dalam talian yang tidak diminta, terutama dari pelakon yang tidak mempunyai akaun di media sosial.”

Brad memang tidak mempunyai akaun rasmi di platform media sosial utama seperti Instagram, TikTok, dan X (dahulunya Twitter). Namun, itu tidak menghalang Anne daripada mempercayai sebaliknya mengaku dirinya tidak biasa dengan media sosial. Dia tidak memahani apa yang berlaku dan dikala masih meratapi perpisahan dengan bekas suami, dia teruja menerima menerima mesej daripada seseorang yang mendakwa dirinya sebagai Brad dan akhirnya jatuh cinta selepas menerima puisi cinta.

 

Selain itu Anne berkata “Jarang ada lelaki yang puitis, dia tahu bagaimana untuk bercakap dengan wanita”.  Selepas memberitahu bahawa dia baru sahaja menerima penyelesaian perceraian dari bekas suaminya. Brad palsu itu memberitahunya bahawa dia tidak dapat mengakses akaun banknya. Hal ini kerana perceraian dengan Angelina Jolie dan memerlukan pinjaman untuk rawatan kanser yang dikatakan. Brad palsu itu menghantar gambar sebagai bukti hospital. “Ia menyakitkan hati saya untuk melakukannya, tetapi saya memberitahu diri sendiri bahawa mungkin saya boleh menyelamatkan nyawa seorang lelaki.” Anne hanya menyedari dia telah ditipu apabila dia melihat gambar Brad sebenar keluar bersama teman wanitanya, Ines de Ramon. Pada ketika itu, katanya, dia telah menyerahkan kira-kira $850,000. “Saya bertanya pada diri sendiri, mengapa mereka memilih saya untuk melakukan kejahatan seperti ini? Saya tidak pernah menyakiti sesiapa. Orang-orang ini layak mendapat balasan di neraka.”

Pautan berkaitan: BRAD PITT & INES DE RAMON MENIKMATI PERCUTIAN DI KOTA CINTA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
8 LAGU IKONIK NYANYIAN MICHAEL JACKSON

8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

Bacaan Lanjut
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

Bacaan Lanjut