Skip to content

PENAMPILAN PERTAMA TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM BIOPIK BOB DYLAN

PENAMPILAN PERTAMA TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM BIOPIK BOB DYLAN

Kongsikan artikel ini

Selepas beberapa kali ditangguhkan, filem biopik Bob Dylan yang dibintangi Timothee Chalamet akhirnya memulakan penggambaran.

Filem arahan James Mangold bertajuk A Complete Unknown ini menyaksikan Timothee menggalas watak utama sebagai pemuzik ikonik Amerika. Ia menyusuri kemunculan Bob Dylan dalam senior muzik rakyat pada tahun 1960-an selepas penyanyi-penulis lirik itu berhijrah dari Minnesota ke New York.

Foto pertama Timothee sebagai penyanyi legenda itu berjaya dirakam di set penggambaran di New York. Aktor berusia 28 tahun itu dilihat menyarung jaket hijau tentera, topi newsboy dan skarf tebal. Sudah tentu, dia turut membawa gitarnya bersama.

Timothee Chalamet

Foto: SteveSands/NewYorkNewswire/Mega/Newscom

Imejnya yang tular di internet dengan pantas mengundang keterujaan dan jenaka netizen. “Dia nampak macam mahu sertai Camp Rock,” ulas seorang pengguna X, merujuk kepada filem muzikal Disney yang berkisar tentang perkhemahan musim panas.

“Ini bukan Bob Dylan, tetapi lebih kepada seorang lelaki yang cuba bercakap dengan saya tentang Bob Dylan,” tulis pengarang Marissa R. Moss. Netizen lain berjenaka dengan mengatakan bahawa Timothee kelihatan seperti Fievel, tikus animasi dalam filem muzikal An American Tail.

Penantian Empat Tahun Timothee Chalamet

Perancangan filem ini diumumkan buat kali pertama pada 2020. Malangnya ia terpaksa ditunda beberapa kali disebabkan pandemik Covid dan mogok SAG-Aftra. Bagaimanapun Bob Dylan tetap menyokong penghasilan filem ini, malah memberi maklumat terperinci kepada pengarah untuk dimasukkan ke dalam skrip.

Menurut James Mangold, filem ini bukan sepenuhnya biopik tetapi lebih tertumpu kepada detik penting dalam kehidupan penyanyi itu.

“Ia karya mengenai masa sekarang, awal tahun 60-an di New York, dan seorang remaja 17 tahun yang hanya ada $16 dalam poketnya, sedang dalam perjalanan untuk bertemu Woody Guthrie di hospital,” katanya.

Foto: Entertainment Weekly

Timothee akan menyanyikan sendiri lagu-lagu dalam filem ini. Dia telah pun mengupah jurulatih vokal dan dialek sama yang bekerja dengan Austin Butler untuk filem Elvis.

Antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuk Elle Fanning sebagai Sylvie Russo, Monica Barbaro sebagai Joan Baez, Nick Offerman sebagai Alan Lomax dan Boyd Holbrook sebagai Johnny Cash. Edward Norton dipilih memegang watak Pete Seeger, menggantikan Benedict Cumberbatch yang terpaksa menarik diri kerana terlibat dalam projek lain.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: KOLABORASI JOHNNY DEPP & AL PACINO UNTUK FILEM BIOPIK AMEDEO MODIGLIANI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JEREMY ALLEN WHITE BAKAL TERAJUI FILEM BIOPIK BRUCE SPRINGSTEEN

JEREMY ALLEN WHITE BAKAL TERAJUI FILEM BIOPIK BRUCE SPRINGSTEEN

Bacaan Lanjut

MOMEN FESYEN BINTANG HOLLYWOOD DI GOLDEN GLOBES 2024

Bacaan Lanjut
SUT MERAH JAMBU & RANTAI CANDY TANDA PENGHORMATAN TIMOTHEE CHALAMET BUAT WONKA

SUT MERAH JAMBU & RANTAI CANDY TANDA PENGHORMATAN TIMOTHEE CHALAMET BUAT WONKA

Bacaan Lanjut
KENALI CAILEE SPAENY, AKTRES JELITA PENDAMPING JACOB ELORDI DALAM FILEM PRISCILLA

KENALI CAILEE SPAENY, AKTRES JELITA PENDAMPING JACOB ELORDI DALAM FILEM PRISCILLA

Bacaan Lanjut
TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET & HUGH GRANT DALAM TRELER FILEM WONKA

TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET & HUGH GRANT DALAM TRELER FILEM WONKA

Bacaan Lanjut
FESYEN TERBAIK IKON HOLLYWOOD DI CINEMACON 2023

FESYEN TERBAIK IKON HOLLYWOOD DI CINEMACON 2023

Bacaan Lanjut