Skip to content

5 TIP ELAK MULUT BERBAU KALA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

5 TIP ELAK MULUT BERBAU KALA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

Kongsikan artikel ini

Ramadan adalah bulan paling suci buat umat Islam dan merupakan peluang terbaik untuk menyahtoksik badan secara rohani serta jasmani.

Berpuasa memberi banyak manfaat kesihatan seperti mengawal gula dalam darah, tekanan darah dan paras kolesterol. Bagaimanapun ia juga boleh menyebabkan nafas berbau atau halitosis, akibat pengeluaran air liur yang berkurangan.

Air liur memainkan peranan penting dalam mengurangkan pertumbuhan bakteria pada mulut. Ini boleh mencetus kebimbangan buat umat Islam sepanjang bulan Ramadan. Jika anda mengalami mulut berbau semasa berpuasa, jangan risau. Ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengatasinya.

Amalkan tip ini untuk pastikan nafas kekal segar pada bulan Ramadan

 

1. Jaga Kebersihan Mulut

Berus gigi selama dua hingga tiga minit menggunakan ubat gigi berfluorida selepas sahur dan berbuka puasa untuk mengurangkan pembentukan plak. Ia membantu menyingkir zarah makanan dan bakteria yang boleh menyebabkan nafas berbau. Seterusnya gunakan flos untuk membersihkan sisa makanan di celah gigi yang boleh menyumbang kepada masalah gusi. Jangan lupa bersihkan lidah untuk menyingkir bakteria yang menjadi punca mulut berbau.

 

2. Amalkan Penggunaan Miswak

Foto: Noor Academy

Selain memberus gigi, anda boleh memastikan kebersihan mulut terjaga sepanjang hari dengan miswak atau kayu sugi. Diambil daripada ranting pokok salvadora persica, ia membunuh bakteria dalam mulut dan menyingkir bau tidak menyenangkan dengan aroma semula jadi. Selain itu ia turut menghalang pembentukan plak dan kaviti serta meningkatkan pengeluaran air liur. Miswak dianggap sebagai gabungan berus, ubat gigi dan flos semula jadi yang berkesan.

 

3. Kekal Hidrat

Penting untuk anda minum banyak air, kira-kira lapan hingga sepuluh gelas, antara waktu berbuka dan sahur di bulan Ramadan. Anda juga boleh makan sayur dan buah yang kaya dengan air untuk pastikan mulut tidak kering. Elakkan pengambilan teh atau kopi terutama pada waktu sahur kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi. Minuman bergula juga boleh menyebabkan nafas berbau dengan menggalakkan pertumbuhan bakteria.

 

4. Ambil Probiotik

Foto: Freepik/Jcomp

Tingkatkan bakteria baik dalam usus. Dengan menjaga kesihatan usus, probiotik boleh digunakan untuk merawat nafas berbau. Apabila anda mengambil makanan diproses dan ditapis, ia mengurangkan bakteria sihat dalam usus, jadi penting untuk menyuburkan badan dengan bakteria baik. Antara contoh probiotik adalah yogurt kultur hidup, kefir, jeruk kubis dan kimchi.

 

5. Elak Makanan Tertentu

Untuk memastikan nafas kekal segar, jauhkan diri daripada makanan seperti bawang, bawang putih dan rempah ratus ketika berbuka puasa di bulan Ramadan. Sebaliknya ambil hidangan sarat kandungan air seperti tembikai, timun dan saderi yang boleh membantu membersihkan sisa makanan dan bakteria dalam mulut.

 

Foto: Freepik/Pressfoto

Pautan berkaitan: 5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 TIP KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA

5 TIP KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA

Bacaan Lanjut
mulut berbau puasa

4 TIP ELAK MULUT BERBAU KETIKA BULAN PUASA

Bacaan Lanjut

POTONG STIM MULUT BERBAU! INI TIP PENCEGAHANNYA

Bacaan Lanjut