Skip to content

5 TIP MUDAH ANDA PERLU CUBA UNTUK MENGATASI MULUT BERBAU

5 TIP MUDAH ANDA PERLU CUBA UNTUK MENGATASI MULUT BERBAU

Kongsikan artikel ini

Masalah mulut berbau atau halitosis bukanlah isu yang seharusnya dipandang remeh.

Selain merendahkan keyakinan dan menjejaskan imej diri, ia boleh menandakan masalah kesihatan yang mungkin bersarang dalam tubuh anda.

Jadi usah biarkan masalah mulut berbau bermaharajalela. Bimbang pula orang sekeliling terutama rakan-rakan berasa tidak selesa dan mula menjauhkan diri daripada anda.

GL kongsikan beberapa cara mudah untuk menyingkir mulut berbau

 

1. Rajin-Rajinlah Membersihkan Mulut

Karang gigi yang terhasil di sekitar celahan gigi memerangkap bakteria dan ini menyebabkan masalah bau mulut terjadi. Makanan yang tersangkut di celah gigi juga boleh menjadikan masalah ini lebih teruk.

Jadi berus gigi anda sekurangnya dua kali sehari dan lakukan flos. Jika anda lebih mengambil berat akan perkara ini, lakukannya tiga kali sehari atau lebih. Jangan lupa bersihkan lidah dengan berus gigi atau scaper untuk menyingkir bakteria, lebihan makanan dan sel kulit mati.

 

2. Elakkan Makanan Punca Bau Mulut

Foto: Drobotdean/Freepik

Bawang putih mentah boleh menyebabkan bau mulut walaupun selepas memberus gigi. Jadi elakkan mengambilnya sebelum keluar bersama rakan atau ke tempat kerja. Rajin-rajinlah mengunyah gula-gula getah atau makan epal kerana ia boleh menyegarkan nafas secara semula jadi.

 

3. Berkumur Dengan Cecair Antiseptik

Ia bukan sekadar memberikan kesegaran tetapi juga memastikan mulut dan gigi sentiasa bersih daripada bakteria. Tetapi pastikan cecair pencuci mulut anda jenis yang membunuh bakteria kerana itu yang menjadi punca bau mulut. Seeloknya pilih perasa daun pudina kerana ia lebih menyegarkan.

 

4. Berhenti Merokok

Foto: Freepik

Ia bukan hanya menjadi punca pelbagai penyakit, malah boleh merosakkan gusi, membuatkan gigi bertukar kuning dan mencetus masalah bau mulut. Perokok sejati selalunya mengalami kesukaran untuk berhenti daripada tabiat ini. Jadi dapatkan bantuan pakar untuk berhenti merokok secara perlahan-lahan.

 

5. Pastikan Mulut Sentiasa Lembap

Risiko masalah gigi dan bau mulut boleh terjadi jika anda tidak mempunyai air liur yang cukup. Jika mulut terlalu kering, sebaiknya minum sebanyak air yang mungkin setiap hari.

 

Foto: Pressfoto/Freepik

Pautan berkaitan: BENARKAH MAKAN SAMBIL BERMAIN TELEFON BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BENARKAH MAKAN SAMBIL BERMAIN TELEFON BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN?

BENARKAH MAKAN SAMBIL BERMAIN TELEFON BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN?

Bacaan Lanjut
3 BAHAN SEMULA JADI YANG MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

3 BAHAN SEMULA JADI YANG MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Bacaan Lanjut
5 TIP ELAK MULUT BERBAU KALA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

5 TIP ELAK MULUT BERBAU KALA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

Bacaan Lanjut
mulut berbau puasa

4 TIP ELAK MULUT BERBAU KETIKA BULAN PUASA

Bacaan Lanjut

POTONG STIM MULUT BERBAU! INI TIP PENCEGAHANNYA

Bacaan Lanjut