Skip to content

AARON TAYLOR-JOHNSON BAKAL TERAJUI FILEM JAMES BOND TERBAHARU?

AARON TAYLOR-JOHNSON BAKAL TERAJUI FILEM JAMES BOND TERBAHARU?

Kongsikan artikel ini

Sekian lama mencari dan berteka-teki, penyandang watak Ejen 007 dilaporkan telah berjaya ditemui. Pelakon yang dimaksudkan adalah Aaron Taylor-Johnson.

Menurut laporan, Aaron bakal menandatangani kontrak untuk menggalas peranan sebagai James Bond. Jika berita ini sahih, dia akan mengambil alih tanggungjawab daripada Daniel Craig yang memainkan watak pengintip rahsia MI6 terkenal itu selama 15 tahun.

Pembikin filem Eon Productions dilaporkan akan memulakan penggambaran pada tahun ini. “Bond milik Aaron, sekiranya dia mahu. Tawaran rasmi telah pun tersedia dan kini mereka hanya menunggu jawapan daripadanya sebelum membuat sebarang pengumuman,” menurut sumber terdekat.

Aaron Taylor-Johnson

Foto: Heroic Hollywood

Penerbitan filem baru James Bond lama tertangguh disebabkan mogok SAG-Aftra tahun lalu. Bagaimanapun sumber dalaman mengesahkan bahawa skrip hampir siap dan penggambaran dijadualkan berlangsung di Pinewood Studios di Buckinghamshire.

Minggu lalu apabila ditanya adakah dia akan menerajui filem James Bond, aktor Inggeris itu berkata, “Saya rasa berbesar hati kerana orang ramai melihat saya sesuai dengan peranan itu. Saya anggap ini sebagai pujian.”

Aaron Taylor-Johnson Pilihan Tepat

Oktober tahun lalu nama Aaron hangat diperkatakan di internet sebagai Ejen 007 seterusnya. Dia dilaporkan bertemu penerbit, Barbara Broccoli pada September 2022 dan menjalani uji bakat secara rahsia.

Pelakon berusia 34 tahun itu menjalani penggambaran sebagai perisik dalam beberapa babak termasuk menggunakan senjata ikonik James Bond. Satu sumber mendedahkan, sesi itu berjalan dengan sangat baik.

“Aaron menjalani uji bakat pada September lalu, dan Barbara menyukainya. Dia kini dalam senarai teratas. Dia membuatkan penerbit kagum sehingga diberi peluang merakamkan babak aksi terkenal bersama pistol ikonik, seperti yang dilakukan semua aktor James Bond.

“Itu membawanya selangkah lebih dekat untuk menandatangani perjanjian sebagai Ejen 007. Penerbit benar-benar kagum dengan mutu lakonan dan pengalamannya berlakon dalam filem aksi hebat,” tambah sumber.

Foto: The Daily Dot

Filem No Time To Die yang ditayangkan pada September 2021 menyaksikan Daniel Craig menyarung tuksedo 007 buat kali terakhir. Penglibatan bintang berusia 56 tahun itu bermula pada tahun 2006 menerusi Casino Royale di samping Eva Green dan Mads Mikkelsen.

Sebelum ini nama yang disebut-sebut sebagai calon paling layak adalah Idris Elba, Tom Hardy, Henry Cavill, Richard Madden, Regé-Jean Page dan bintang tempatan yang mencipta nama di Hollywood, Henry Golding.

 

Foto: Screen Rant

Pautan berkaitan: KENALI AARON TAYLOR-JOHNSON, AKTOR YANG DISEBUT-SEBUT SEBAGAI ‘THE NEXT 007’

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KENALI AARON TAYLOR-JOHNSON, AKTOR YANG DISEBUT-SEBUT SEBAGAI ‘THE NEXT 007’

KENALI AARON TAYLOR-JOHNSON, AKTOR YANG DISEBUT-SEBUT SEBAGAI ‘THE NEXT 007’

Bacaan Lanjut
PENCARIAN CALON JAMES BOND MENEMUI TITIK NOKTAH

PENCARIAN CALON JAMES BOND MENEMUI TITIK NOKTAH

Bacaan Lanjut
NAMA MICHELLE YEOH BAKAL DIPAHAT DI HOLLYWOOD WALK OF FAME

TIME NOBAT TAN SRI MICHELLE YEOH SEBAGAI ICON OF THE YEAR

Bacaan Lanjut
DANIEL CRAIG DIKURNIA PENGHORMATAN DIRAJA SEPERTI WATAK IKONIKNYA, JAMES BOND

DANIEL CRAIG DIKURNIA PENGHORMATAN DIRAJA SEPERTI WATAK IKONIKNYA, JAMES BOND

Bacaan Lanjut
PENCARIAN CALON JAMES BOND MENEMUI TITIK NOKTAH

SELEPAS DANIEL CRAIG, ‘THE NEXT 007’ BERJAYA DIKENAL PASTI?

Bacaan Lanjut
SUT MERAH JAMBU DANIEL CRAIG DI TAYANGAN FILEM JAMES BOND MENCETUS PERBALAHAN PEMINAT FESYEN

SUT MERAH JAMBU DANIEL CRAIG DI TAYANGAN FILEM JAMES BOND MENCETUS PERBALAHAN PEMINAT FESYEN

Bacaan Lanjut