Skip to content

DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM

DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM

Kongsikan artikel ini

‘Sudah jatuh ditimpa tangga’ – itulah peribahasa tepat untuk menggambarkan keadaan pewaris takhta Britain, Putera William sekarang ini.

Dua bulan selepas ayahandanya, Raja Charles III didiagnos menghidap kanser, kini isterinya pula disahkan menghidap sejenis kanser yang tidak didedahkan kepada umum.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Kate Middleton tidak lama selepas tersebarnya teori konspirasi tentang kehilangannya. Dengan tenang dia berkata kansernya dikesan selepas menjalani pembedahan abdomen pada 16 Januari lalu.

“Berita ini sangat mengejutkan. William dan saya telah melakukan segala yang terdaya untuk menguruskannya secara peribadi demi keluarga kami. Namun paling penting, kami mengambil masa untuk menjelaskan segalanya kepada George, Charlotte dan Louis dengan cara tepat, dan untuk meyakinkan mereka bahawa saya akan baik-baik saja.

“Seperti yang saya katakan kepada mereka, saya sihat dan semakin kuat setiap hari dengan memberi tumpuan kepada perkara yang akan membantu saya sembuh – dari segi fikiran, tubuh dan semangat saya,” katanya.

putera william kate Middleton kanser

Foto: Reuters

Puteri berusia 42 tahun itu kini dalam proses pemulihan dan sedang menjalani kemoterapi pencegahan yang bermula pada Februari lalu.

Putera William Beri Sokongan Kepada Raja Charles III

Sebelum Kate William, Raja Charles terlebih dahulu disahkan menghidap kanser. Diagnosis itu didedahkan kepada umum seminggu selepas baginda keluar dari hospital susulan pembedahan prostatnya yang semakin membesar. Baru-baru ini tular berita yang mengatakan baginda menghidap barah pankreas dan hanya mempunyai dia tahun untuk hidup.

Baginda terpaksa menangguhkan segala urusan rasmi dan kini sedang menjalani rawatan sewajarnya. Menurut kenyataan Istana Buckingham, Raja Charles kekal positif dan tidak sabar mahu kembali melaksanakan tugas Diraja seperti biasa secepat mungkin. Buat sementara waktu, beberapa tugas awam baginda diambil alih oleh Putera William.

Raja Charles III kanser prostat

Foto: Getty Images

Walaupun kebanyakan kerabat Diraja memilih untuk mengunci mulut tentang masalah kesihatan kerana mahu menjaga privasi, Raja Charles bertindak sebaliknya. Baginda terbuka bercakap mengenainya untuk menyebarkan kesedaran tentang kanser berbahaya ini kepada orang awam.

“Baginda memilih untuk berkongsi diagnosis bagi mengelakkan spekulasi. Juga dengan harapan ia membantu pemahaman umum tentang mereka di seluruh pelosok dunia yang terjejas dek kanser,” menurut kenyataan Istana Buckingham.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: KANSER TESTIS: AWAS JIKA ANDA BERDEPAN GEJALA INI!

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FESYEN PILIHAN PUTERA WILLIAM DAHULU HINGGA KINI

FESYEN PILIHAN PUTERA WILLIAM DAHULU HINGGA KINI

Bacaan Lanjut
KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

Bacaan Lanjut
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

Bacaan Lanjut
MENGAPA PUTERA WILLIAM & KELUARGA SERING MENYARUNG PERSALINAN BIRU?

MENGAPA PUTERA WILLIAM & KELUARGA SERING MENYARUNG PERSALINAN BIRU?

Bacaan Lanjut