TINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT DENGAN LIMA MAKANAN INI
Prostat, sebahagian daripada sistem pembiakan lelaki adalah kelenjar yang mengelilingi pundi kencing dan uretra.
Bersaiz sekitar sebiji walnut, ia berkembang sepanjang hayat seorang lelaki. Penting untuk mengekalkan prostat yang sihat seiring peningkatan usia. Ini kerana kelenjarnya boleh membesar dan menyebabkan kanser, salah satu barah paling biasa di kalangan lelaki.
Setakat ini tiada bukti menunjukkan bahawa pemakanan yang baik boleh mencegah masalah prostat. Bagaimanapun pengambilan makanan seimbang dan sihat boleh mengurangkan risiko anda. “Melebihkan pengambilan sayur dan buah-buahan adalah idea bijak untuk menjaga kesihatan khususnya buat prostat,” kongsi Dr Chris Mohr, PhD, RD, pakar nutrisi.
GL kongsikan makanan unggul yang boleh diamalkan untuk mencegah masalah prostat
1. KEKACANG

Foto: Freepik
Lemak sihat seperti dalam kekacang boleh menurunkan paras kolesterol dan menggalakkan kesihatan otak. Kacang Brazil bukan sahaja membekalkan sumber nutrien penting yang baik seperti vitamin E dan kalsium, malah juga kaya dengan selenium mineral. Satu kajian pada 2010 mendapati selenium yang diambil bersama soya boleh membantu melawan kanser prostat.
Sebiji kacang Brazil mempunyai lebih 100 peratus kadar selenium yang diperlukan tubuh dalam sehari, jadi berhati-hati ketika pengambilannya. Kacang lain yang juga hebat untuk kesihatan lelaki termasuk pekan, badam dan walnut.
2. BERI
Buah-buahan seperti strawberi, beri hitam dan raspberi mengandungi Vitamin C dan antioksidan yang tinggi. Antioksidan memainkan peranan penting dalam badan kerana ia menghalang kerosakan daripada radikal bebas, molekul yang menyerang sel sihat dan boleh menyumbang kepada kanser. Vitamin C juga boleh membantu mengurangkan gejala hiperplasia prostat tidak berbahaya dengan menggalakkan pembuangan air kecil dan mengurangkan bengkak.
Jadi apakah cara mudah dan pantas untuk menyediakan snek yang tinggi kandungan Vitamin C? Anda boleh campurkan beri dan sayur-sayuran ke dalam smoothie bersama susu dan serbuk protein. Terdapat kira-kira 90 miligram Vitamin C dalam secawan strawberi dan kira-kira 14 miligram dalam secawan beri biru. Sumber Vitamin C hebat lain termasuk buah sitrus, bayam, brokoli dan mangga. Kebanyakan lelaki dewasa disyorkan mengambil 90 miligram Vitamin C setiap hari.
3. TEMBIKAI

Foto: Freepik
Makanan ruji musim panas ini bebas lemak juga natrium serta tinggi kandungan Vitamin A dan C. Ia juga merupakan sumber baik likopena, antioksidan yang memberi warna pada makanan. Kajian menunjukkan likopena boleh membantu mengurangkan risiko kanser prostat.
Antioksidan ini boleh didapati dalam makanan seperti tomato, aprikot, limau gedang, jambu batu dan betik. Terdapat kira-kira 9 hingga 13 miligram likopena dalam secawan setengah tembikai. Kebanyakan lelaki dewasa digalakkan mengambil 10 miligram likopena setiap hari.
4. IKAN BERLEMAK
Ada banyak sebab mengapa asid lemak omega-3 penting untuk tubuh anda. Omega-3 membantu menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik, menurunkan tekanan darah tinggi, membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan risiko serangan jantung.
Walaupun pakar mengesyorkan lelaki untuk mengurangkan pengambilan lemak haiwan demi kesihatan prostat, diet tinggi omega-3 boleh meningkatkan kesihatannya. Malah asid lemak yang terdapat dalam makanan seperti ikan berlemak sebenarnya boleh mengurangkan risiko kanser prostat dengan kandungan antiradangnya yang tinggi.
Kebanyakan lelaki dewasa disyorkan mengambil dua hidangan (satu hidangan bersamaan 100 gram) ikan yang diperkaya dengan omega-3 dalam seminggu. Risau kandungan merkuri yang tinggi? Pilih ikan seperti hering, sardin dan trout air tawar yang kaya omega-3 namun rendah paras merkuri.
5. TEH HIJAU

Foto: Zirconicusso/Freepik
Kajian mendapati teh hijau boleh membantu melindungi lelaki daripada kanser prostat. Selain itu ia turut membantu menurunkan paras kolesterol serta meningkatkan daya fokus dan ingatan. Anda boleh menikmatinya secara klasik dengan membancuhnya dalam air panas atau sejuk. Cara lain adalah dengan menambahnya ke dalam smoothie atau perapan makanan.
Foto: Freepic.diller/Freepik
Pautan berkaitan: 5 MAKANAN UNTUK MENINGKATKAN GHAIRAH SEKS LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
3 JENAMA PENJAGAAN FESYEN TERBAIK
Rumah fesyen mewah kini turut menceburi dunia penjagaan diri. Adakah ia berbaloi untuk masa anda? GLAM Lelaki tahu apa yang anda perlukan!
5 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI SEMPENA HARI KEKASIH
Sempena Hari Kekasih, pemilihan wangian yang tepat boleh mencipta kenangan kerana wangian bukan sekadar pelengkap gaya.
VALENTINE HAMPIR TIBA, LELAKI GROOMING PLEASE!
Hari Valentine hampir tiba, dan tidak kira apa pendirian anda —sama ada anda menyambutnya, menolaknya, atau tidak peduli, GROOMING please!
5 WANGIAN LELAKI MASKULIN MASA KINI
GLAM Lelaki menyenaraikan wangian terbaik daripada aroma berasaskan kayu pilihan Justin Bieber hingga bau vanila kegemaran Tom Brady.
FORMULASI TIME TRAVEL DARI EUCERIN
Inovasi time travel Eucerin dalam anti-penuaan yang buat anda kelihatan lima tahun lebih muda dalam empat minggu.
JANGAN AMBIL MUDAH JANGKITAN KULAT PADA ALAT SULIT LELAKI!
Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko lelaki untuk mendapat jangkitan kulat.