Skip to content

RAINAA BUAH HATI TERBARU RIZMAN NORDIN DAN NURIDA SURAYA

RAINAA BUAH HATI TERBARU RIZMAN NORDIN & NURIDA SURAYA

Kongsikan artikel ini

Tahniah diucapkan kepada pereka fesyen tersohor, Rizman Nordin dan isteri yang baru saja menyambut kehadiran seorang lagi cahaya mata dalam kehidupan mereka.

Puteri kedua Rizman dan Nurida Suraya selamat dilahirkan pada 22 Mac bersamaan 11 Ramadan pada jam 9.30 pagi dengan berat 2.78 kilogram. Pasangan ini mengikut jejak langkah Caprice dan Daler Yusof yang turut dikurniakan ‘anak Ramadan’ baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pereka terkenal tanah air ini mengumumkan kelahiran cahaya matanya dan berkongsi wajah serta maksud di sebalik nama Rainaa.

Rizman anak kedua

“Alhamdulillah, 11 Ramadan, telah lahir puteri kedua kami yang dinanti, Princess Rainaa. Rainaa: Beautiful princess, night, peaceful, queen. Semoga Rainaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama dan Insya-Allah, yang akan menghuni syurga Allah yang abadi,” tulisnya panjang lebar.

Foto wajah Rainaa mengundang pujian netizen dan rakan selebriti di ruangan komen. Ramai memuji kecomelan Rainaa yang irasnya saling tidak tumpah seperti kakaknya, Rizqaa.

Rizman Nordin Berkongsi Khabar Gembira Bersama Peminat

Sempena ulang tahun kelahiran Nurida pada November tahun lalu, Rizman menitipkan ucapan manis di Instagram sekali gus mengumumkan kehamilan isterinya.

“Happy birthday to the most beautiful girl on earth. Beautiful inside and out. Thank you so much my love for completing my life. You are the best thing that happened to me. I love you eternally.

“Birthday Mummy tapi Daddy yang dapat hadiah. Alhamdulillah we are expecting new baby! semoga Allah SWT permudahkan segalanya buat kami sekeluarga Insya-Allah,” kongsinya.

anak rizman nordin

Foto: Sinar Plus

Rizman dan Nurida disatukan sebagai suami isteri pada 13 September 2019 di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan puteri comel, Rizqaa yang kini berusia empat tahun.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: DALER YUSUF KINI BAPA KEPADA EMPAT CAHAYA MATA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SELEBRITI YANG MENIMANG ‘ANAK RAMADAN’ PADA 2024

SELEBRITI YANG MENIMANG ‘ANAK RAMADAN’ PADA 2024

Bacaan Lanjut

RECAP STAIL PERIBADI SELEBRITI LELAKI DI KLFW 2023

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN GO FORTH AND CONQUER, RIZMAN RUZAINI

Bacaan Lanjut
KAMAL ADLI SELAMAT BERGELAR SUAMI UQASHA SENROSE

KAMAL ADLI SELAMAT BERGELAR SUAMI UQASHA SENROSE

Bacaan Lanjut

HP INC. X RIZMAN RUZAINI, TAFSIR SEMULA INSPIRASI BAGI PEREKA DI KLFW 2019

Bacaan Lanjut