Skip to content

DALER YUSUF KINI BAPA KEPADA EMPAT CAHAYA MATA

DALER YUSUF KINI BAPA KEPADA EMPAT CAHAYA MATA

Kongsikan artikel ini

Dua hari selepas Caprice dikurniakan putera sulung, giliran Daler Yusuf pula menimang ‘anak Ramadan’ dengan kelahiran cahaya mata keempatnya.

Putera ketiga Daler dan isteri, Sokina Burikul selamat dilahirkan menerusi pembedahan kecemasan pada 19 Mac bersamaan 8 Ramadan. Dalam hantaran terkini, aktor asal Uzbekistan itu berkongsi video dirinya mengazankan anak lelakinya di hospital.

“Syukur Alhamdulillah. Berkat doa semua dan bulan Ramadan ini, pembedahan berjalan lancar. Alhamdulillah anak dan isteri saya sihat. Terima kasih atas doa-doa semua. Kami amat bersyukur kerana dikurniakan anak pada bulan Ramadan. Semoga menjadi anak soleh dunia akhirat,” tulisnya panjang lebar.

Daler Yusuf

Foto: Mstar

Beberapa jam sebelum itu, Daler memaklumkan bahawa isterinya terpaksa menjalani pembedahan bagi menyelamatkan kandungan yang baru berusia 36 minggu.

“Salam semua, minta tolong doakan anak kami. Selepas check up, doktor maklumkan kena buat pembedahan kecemasan sebab bukaan sudah 3sm. Kepala bayi masih di atas dan air ketuban agak kurang. Minta jasa baik semua doakan yang baik-baik di bulan Ramadan ini.”

Pengakuan Daler Yusuf Mengejutkan Peminat

Pelakon berusia 32 tahun ini memberi kejutan Disember tahun lalu apabila mengumumkan dia bakal menimang cahaya. Lebih mengejutkan apabila dia mengakui ini bukanlah anak pertamanya malah yang keempat.

Sejak melibatkan diri dalam industri hiburan tanah air, Daler tidak pernah mendedahkan status dirinya kepada umum. Disebabkan itu ramai menyangka aktor berbangsa Uzbek ini masih bujang.

Sebenarnya Daler Yusof dah 10 tahun kahwin

Bintang Nota Buat Cempaka ini berkata, dia tidak berniat mahu merahsiakan status perkahwinannya daripada peminat. Bagaimanapun dia lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya berbanding hal peribadi.

“Saya sudah berkahwin sejak 10 tahun lalu di Uzbekistan. Ketika itu saya sedang belajar dan belum jadi pelakon. Saya memang tidak memuat naik atau berkongsi tentang kehidupan peribadi di media sosial. Jadi memang ramai tidak tahu,” katanya, menurut Harian Metro.

Hasil perkongsian hidup, Daler dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yusuf, 10, Amira, 8 dan Abu Bakar, 5.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: REZEKI RAMADAN! CAPRICE TIMANG CAHAYA MATA SULUNG

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SELEBRITI YANG MENIMANG ‘ANAK RAMADAN’ PADA 2024

SELEBRITI YANG MENIMANG ‘ANAK RAMADAN’ PADA 2024

Bacaan Lanjut
REZEKI RAMADAN! CAPRICE TIMANG CAHAYA MATA SULUNG

REZEKI RAMADAN! CAPRICE TIMANG CAHAYA MATA SULUNG

Bacaan Lanjut
SEDEKAD BERGELAR SUAMI, DALER YUSUF BAKAL TIMANG ANAK KETIGA

SEDEKAD BERGELAR SUAMI, DALER YUSUF BAKAL TIMANG ANAK KETIGA

Bacaan Lanjut