Skip to content

SELEBRITI YANG MENIMANG ‘ANAK RAMADAN’ PADA 2024

SELEBRITI YANG MENIMANG ‘ANAK RAMADAN’ PADA 2024

Kongsikan artikel ini

Dalam keseronokan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, beberapa selebriti tanah air ini nampaknya merasai kegembiraan berganda apabila dikurnia ‘anak Ramadan’.

Kelahiran cahaya mata merupakan satu rahmat yang membawa kebahagiaan. Dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, sambutan Syawal barisan selebriti ini pastinya lebih meriah, terutama yang baru pertama kali dikurniakan zuriat.

Lihat siapakah yang menimang ‘anak Ramadan’ pada tahun ini

1. Caprice

anak ramadan

Foto: Instagram

Lebih dua tahun mendirikan rumah tangga, Caprice dan isteri, Farra Inalis selamat menyambut kelahiran anak pertama mereka pada 6 Ramadan.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram. Caprice memuat naik sebuah vido pendek yang memperlihatkan dia sedang mendukung bayinya yang baru dilahirkan ke dunia.

“17 Mac, Alhamdulillah Lil Cappy selamat dilahirkan. Salam Malaysia,” tulisnya ringkas. Pemilik nama Ariz Ramli ini tidak berkongsi butiran lanjut. Namun di ruangan komen, Carprice mendedahkan dia dan isteri dikurniakan anak lelaki.

 

2. Daler Yusuf

Daler Yusuf

Foto: Mstar

Dua hari selepas Caprice dikurnia putera sulung, giliran Daler Yusuf pula menimang ‘anak Ramadan’ dengan kelahiran cahaya mata keempatnya.

Putera ketiga Daler dan isteri, Sokina Burikul selamat dilahirkan menerusi pembedahan kecemasan pada 19 Mac bersamaan 8 Ramadan. Dalam satu hantaran, aktor asal Uzbekistan itu berkongsi video dirinya mengazankan anak lelakinya di hospital.

“Syukur Alhamdulillah. Berkat doa semua dan bulan Ramadan ini, pembedahan berjalan lancar. Alhamdulillah anak dan isteri saya sihat. Terima kasih atas doa-doa semua. Kami amat bersyukur kerana dikurniakan anak pada bulan Ramadan. Semoga menjadi anak soleh dunia akhirat,” tulisnya.

 

3. Rizman Nordin

Rizman anak ramadan

Foto: Instagram

Pereka fesyen tersohor, Rizman Nordin dan isteri, Nurida Suraya menyambut kehadiran seorang lagi cahaya mata dalam kehidupan mereka. Puteri mereka selamat dilahirkan pada 22 Mac bersamaan 11 Ramadan pada jam 9.30 pagi dengan berat 2.78 kilogram.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pereka terkenal tanah air ini mengumumkan kelahiran cahaya matanya dan berkongsi wajah serta maksud di sebalik nama Rainaa.

“Alhamdulillah, 11 Ramadan, telah lahir puteri kedua kami yang dinanti, Princess Rainaa. Rainaa: Beautiful princess, night, peaceful, queen. Semoga Rainaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama dan Insya-Allah, yang akan menghuni syurga Allah yang abadi,” kongsinya.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: “CINTA HATI KAMI” – MALUMA KINI BERGELAR BAPA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RAINAA BUAH HATI TERBARU RIZMAN NORDIN DAN NURIDA SURAYA

RAINAA BUAH HATI TERBARU RIZMAN NORDIN & NURIDA SURAYA

Bacaan Lanjut
DALER YUSUF KINI BAPA KEPADA EMPAT CAHAYA MATA

DALER YUSUF KINI BAPA KEPADA EMPAT CAHAYA MATA

Bacaan Lanjut
REZEKI RAMADAN! CAPRICE TIMANG CAHAYA MATA SULUNG

REZEKI RAMADAN! CAPRICE TIMANG CAHAYA MATA SULUNG

Bacaan Lanjut
SEDEKAD BERGELAR SUAMI, DALER YUSUF BAKAL TIMANG ANAK KETIGA

SEDEKAD BERGELAR SUAMI, DALER YUSUF BAKAL TIMANG ANAK KETIGA

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN GO FORTH AND CONQUER, RIZMAN RUZAINI

Bacaan Lanjut
REZEKI RAMADAN! CAPRICE TIMANG CAHAYA MATA SULUNG

“SIAPA SANGKA SIFAT BARAN SAYA RUPANYA BERPUNCA DARI…” – CAPRICE SAHKAN DIRINYA MENGHIDAP PENYAKIT

Bacaan Lanjut